SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Mac 2012

SBPA: TERIMA KASIH

Utusan Malaysia
11/3/2012




WALAUPUN Awang bukan kakitangan awam tetapi cukup lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak, Khamis lalu.

Hal yang kelihatan kusut dapat dileraikan. Pokok permasalahan iaitu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi, dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang bantahan banyak pihak terutama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Penjawat kategori rendah merasakan ketidakadilan dalam cara skim itu digubal. Ramai juga kalangan yang berjawatan tinggi dan sederhana merungut atas pelbagai sebab.

Awang melihat pembatalan tersebut sebagai langkah berani Najib yang responsif kepada suara kakitangan awam.

Pembatalan itu juga boleh dilihat sebagai mesej jelas kepada beberapa pegawai kanan terutama Ketua Setiausaha Negara, Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Abu Bakar Abdullah yang terlibat menggubal SBPA.

Awang setuju dengan saranan Perkasa bahawa mereka sepatutnya bertanggungjawab atas permasalahan yang timbul. Setidak-tidaknya mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam. Sekadar berbuat demikian kepada Perdana Menteri, jika ada, tidak memadai. Kesilapan dan kecuaian yang mereka lakukan telah menjejaskan imej kerajaan.

Jika Najib tidak segera campur tangan dan mengambil kira maklum balas banyak pihak, isu tersebut pasti meletus bagai gunung berapi.

Apa pun, pengumuman Najib membawa khabar gembira buat 1.4 juta kakitangan awam. Sebahagian besar tuntutan CUEPACS dipenuhi. Dengan pembatalan SBPA, kerajaan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup (COLA) dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam bagi masa depan - amat bermakna. Ketika ramai penjawat awam bimbang dengan rancangan pembangkang khususnya DAP untuk mengecilkan saiz perkhidmatan sehingga separuh, Najib menjamin status quo malah memberikan harapan baru. Keyakinan beliau kepada penjawat awam bukan sedikit.

Berdasarkan penyelidikan rambang Awang menerusi Internet, Malaysia merupakan negara paling komited melakukan penambahbaikan imbuhan buat kakitangan awam.

Ternyata kerajaan amat menghargai peranan dan jasa penjawat awam. Ia bukan sekadar penghargaan menerusi ucapan dan kata-kata, malah lebih daripada itu. Syukur.

Najib dan maaf

SELAIN membatalkan SBPA, ada lagi perkara lebih besar yang Perdana Menteri, lakukan.

Awang teruja apabila Mohd. Najib Tun Razak tampil di khalayak ramai memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kesilapan lalu bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Kejutan itu dilakukan oleh beliau pada perjumpaan bersama rakyat di Kuala Ketil, Baling, Kedah baru-baru ini.

Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti pemerintah memohon maaf atas perihal lampau. ‘‘Kita (BN) minta maaf atas kesilapan kita dulu,’’ katanya. Bukan itu sahaja, beliau berjanji untuk memperbaiki daripada kesilapan dan membetulkannya dengan memberi perkhidmatan terbaik.

Sebagai pemimpin semasa, beliau memilih untuk mengambil tanggungjawab itu di bahunya. Awang melihat ia satu lagi keberanian politik Najib.

Terlintas Awang kepada satu petikan kata-kata Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain pada era 1950-an. Beliau menyifatkan keberanian sebagai “the first of human qualities, because it guarantees all the others.’’ (Topik The Choice is yours dalam buku Make Yourself Unforgettable terbitan Dale Carnegie).

Apa yang beliau lakukan itu membuktikan Najib mendekati rakyat dalam erti kata sebenar. Jika beliau tidak memohon maaf, juga bukan isu besar. Sepanjang 54 tahun BN memerintah, sudah tentu ada kepincangan dan kelemahan tetapi keseluruhannya terlalu banyak jasa, kebaikan dan manfaat buat rakyat dan negara. Namun Najib merendah diri kepada rakyat dan akur BN perlukan pembetulan.

Pemimpin mempunyai banyak pilihan termasuk gaya kepimpinan yang mahu diterapkan. Najib memilih untuk berada dalam apa yang dianggap sebagai class act. Budiman dan berjiwa besar.

Sayap politik

AWANG tertanya-tanya mengapa Majlis Peguam tidak berminat membela Ahli Parlimen Sabak Bernam (BN), Abdul Rahman Bakri yang dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan rasuah membabitkan tuntutan palsu, baru-baru ini.

Pada hal, kes tersebut hampir sama dengan siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock, yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah daripada parti DAP. Difahamkan siasatan kes tersebut mampu membongkar penyelewengan lebih besar membabitkan beberapa pemimpin pembangkang di Selangor.

DAP telah bertindak mengalihkan perhatian daripada isu pokok iaitu siasatan sebenar, dengan mempolitikkan kematian Beng Hock secara luar biasa. Malangnya, Majlis Peguam mengambil pendirian memihak kepada parti tersebut.

Dalam kes pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Majlis Peguam juga tidak teruja membela beliau. Mungkin Liong Sik adalah tokoh MCA, bukan DAP.

Awang melihat semakin banyak petunjuk bahawa Majlis Peguam telah diresapi fahaman politik pembangkang terutama DAP. Badan guaman itu umpama sayap kepada pakatan pembangkang. Maka elok jika lambang DAP dipaparkan sama di ibu pejabat Majlis Peguam.

Semua masih ingat Majlis Peguam menyokong secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Malah sehinggakan tidak mahu pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Majlis Peguam sendiri menafikan hak keadilan rakyat biasa. Tiada badan guaman lain di dunia yang bersikap seperti itu.

Majlis Peguam turut terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih bersama pembangkang selain program mempromosi seks bebas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Sesungguhnya, badan guaman itu sudah hilang kewibawaan. Awang pernah sebut dan ingin ulangi. Jika diberi pilihan untuk percaya kepada Majlis Peguam atau kumpulan ah long, tidak ragu Awang memilih yang kedua.

Majlis Peguam sudah tidak hirau soal kewibawaan kerana ia mempunyai agenda lebih besar. Waspadalah, tindak tunduk golongan yang penuh muslihat. Jangan lupa, ancaman kini muncul dalam banyak bentuk. Ada yang berselindung di sebalik topeng profesionalisme, hak asasi dan demokrasi. Penyangak jenis ini lebih berbahaya.

Tanya saja...

Dalam ruangan ini, minggu lalu, Awang melontarkan pertanyaan mengapa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdiam terhadap satu rakaman perbualan beliau bersama seorang wanita, yang didedahkan dalam blog.

Setakat ini, beliau terus membisu walaupun ramai terutama orang muda teruja menanti reaksinya. Apakah rakaman itu benar? Tiada penjelasan dikeluarkan sama ada daripada Mat Sabu mahupun ibu pejabat Pas.

Awang tidak pasti sama ada tindakan berdiam diri itu mendapat arahan Presiden Pas, Hadi Awang mahupun Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Mat Sabu wajar tampil untuk mempertahankan diri dan membersihkan namanya. Ini kerana blog berkenaan mendakwa ia sebagai rakaman skandal beliau bersama wanita berkenaan. Ia dakwaan yang serius. Awang percaya Mat Sabu tidak takut untuk menjawab persoalan ini sebagaimana aksinya laksana panglima ketika berceramah.

Ambil iktibar

Marah, bosan dan kecewa. Itulah reaksi warga kota terhadap kesesakan luar biasa jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kelmarin.

Puluhan ribu pemandu kenderaan terkandas beberapa jam sehingga malam. Implikasinya besar daripada emosi rakyat, imej Malaysia hinggalah kepada produktiviti negara. Tidak pernah terjadi kesesakan seburuk itu. Penutupan terowong SMART, beberapa kemalangan melibatkan kenderaan berat, kerja-kerja pembaikan di atas jalan dan menjelang cuti sekolah - adalah antara punca.

Awang bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi ia cukup untuk menuntut perhatian pihak berkuasa.

Ambillah pengajaran. Kesesakan hari itu tidak ditangani dengan berkesan. Pihak manakah yang sebenarnya bertanggungjawab? Siapakah yang sepatutnya memanggil sidang media untuk makluman kepada orang ramai dan banyak lagi pertanyaan. Awang lihat seolah-olah tiada integrasi dalam menangani aliran lalu lintas terutama dari segi usaha pre-emtif dan ketika terjadi banjir dan kemalangan kenderaan berat.

Adalah dicadangkan agar kerajaan tidak membina terowong laluan seperti SMART pada masa depan. Peranan dwifungsi untuk mengurangkan kesesakan dan mengawal banjir, tidak berkesan. Tiada elemen stabiliti kepada pengguna jalan raya terutama pada musim hujan. Ketidaktentuan aliran trafik bukan penyelesaian yang baik. Adalah lebih sesuai jika dibina lebuh raya laluan atas. Bagi menangani banjir pula, bina sahaja lebih banyak kolam tadahan. Ia lebih praktikal dan menjimatkan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu la jangan hanya pandai berjanji tapi perlaksanaan tiada, kajian dibuat bertahun2 tapi hasil kosong...
tapi aku hairan dulu bukan main lagi akbar puji tinggi melangit SBPA ni skim yang sangat naik dan bla.bla......, tapi sekarang puji pula SBPA ni dibatalkan. tak faham dimana pendirian mereka ni sebenarnya, seperti lalang je ku tengok.

Tanpa Nama berkata...

tau tak per

Tanpa Nama berkata...

Jawatan FT17 menggunakan spm ...jika mempunya sijil poli dibayar lebih dr spm.

selagi jawatan tu menggunakan SPM + SIJIL maka susah la JPA nk upgred skim tu kecuali apa yg terjadi pada skim J17 yg hanya menggunakan SIJIL KEJURUTERAAN POLI maka sebab tu JPA boleh upgred j17 ke j27

kalau jawatan FT17 juruteknik komputer nk diupgred maka JPA haruslah menukar kelayakan masuk jawatan tu ke SIJIL POLI shj tanpa menggunakan SPM...ok

Isnin, Mac 12, 2012 10:24:00 AM

++++++++++++++++++++++++++

ko ni,ko ingat J17 tu juruteknik je ker? pelukis pelan kebanyakan masuk SPM je.KENAPA BOLEH UPGRED 27 juga?

jgn pandai cakap semua J17 tu masuk guna sijil poli.kat pejabat aku bersepah budak2 muda masuk J17 guna SPM.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih

kakitangan sokongan BERIJAZAH berkata...

ada beberapa benda positif dalam SBPA yang sebenarnya perlu digunakan kembali, diekstrak keluar, diadun dengan SSM sedia ada dan digubal menjadi skim yang baru pada masa akan datang:

1. konsep gred dalam SBPA, seperti 1-1 2-1 3-1 4-1 5-1. yang membezakan kumpulan seseorang berdasarkan angka di depan. yang membezakan kekananan seseorang dalam kumpulan masing-masing adalah nombor di belakang. pendek kata budak budak hingus tak habis kering yang masuk menggunakan ijazah akan dilantik ke jawatan 1-1. berbeza dengan mereka yang ada diploma yang sudah berkhidmat lama akan menggunakan gred 2-2 atau 2-3. 1 dengan 2 tak jauh beza. berbanding dengan 41 dengan 38, apatah lagi 41 dengan 29. begitu juga dengan 41 dengan 22(CC). jadi gred 41 sekarang akan jadi 1-1, manakala cc pula akan jadi 4-2 atau 4-4. jadi jurang NOMBOR tu tak jauh, seterusnya boleh mengelakkan budak-budak universiti hingus tak habis kering ni tak rasa hebat sangat bila masuk perkhidmatan awam sebab nombor gred tak jauh berbeza.

2. PENCEN. dalam SSM sama yang ambil opsyen awal kena tunggu sampai umur mereka sepatutnya bersara. jika seseorang bersara awal pada umur 52, jika mereka sign 56, mereka kena tunggu 4 tahun untuk mendapat pencen. itupun kalau dia sempat hidup sampai umur 56.

tu je yang aku nampak agak MENARIK dalam SBPA. yang lain tu tak menguntungkan semua pihak pun.

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH....
TERIMA KASIH......
TERIMA KASIH........
DAN
TERIMA KASIH..................

er berkata...

bagi aku la pulak.JPA patut selaraskan pemberian elaun kritikal 15% drp gaji pokok kepada semua staff yang perkhidmatannya kritikal juga di hospital kerajaan. skrg ni hanya bagi kepada jururawat u29 jer. Bagi la juga elaun kritikal tu kepada juru xray, fisioterapi, pembantu farmasi dan juruteknologi makmal. Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

Tanpa Nama berkata...

Buatlah kajian yang menyeluruh tentang kenaikan Pangkat secara Time Base untuk semua ktagn Awam khususnya kumpulan Perlaksana sehingga mereka mendapat Gred di maksimum .
Jangan hanya memberi kepada beberapa golongan sahaja menampakkan double Standard sebagai Contoh Skim Perguruan .
Ini boleh dilakukan penambahbaikan berkhidmat lebih 10tahun dahulunya 15tahun.

Tanpa Nama berkata...

wahai presiden cuepacs...hari tu kata nak bela penjawat awam gred 17 asal yang terdiri daripada pembantu tadbir, bomba, imigresen, kastam, pembantu antidadah dan sebagainya...yg mana semakin terhimpit dan tersepit dek penjumudan jawatan yg lebih rendah(ayat datuk dlm rancangan soaljawab TV3)...tapi selepas pengumuman PM, dah tak ada lagi kenyataan datuk utk nak bela golongan ini kecuali untuk Juruteknik J17, pembantu pertanian G17 dan pembantu veterinar......hmmmm....kami yang dari lain2 skim 17 ni hanya tunggu dan terus menunggu buah yg tak pernah gugur...

Tanpa Nama berkata...

KASI JELAS LA YANG KGT TU DARI 80-320 GRED MANA YANG DAPAT?? ADOII SENGAL TOL PEMIMPIN2 SEKARANG NIE...BAGI MCM TAK IKHLAS..TAK MCM ZAMAN PAK LAH...TIMER BAJET DAH CLEAR TTG BAB GAJI...NIE ZAMAN NAJIB, SBPA DAH JADI ARWAH PUN, PENJAWAT AWAM MASIH LAGI TERTANYA2 TENTANG KENAIKAN GAJI DAN KGT...DAH TU, BILA KAMI NIE NAK MERASA KENAIKAN GAJI KAMI?? ADAKAH LEPAS TUBUH SURUHANJAYA?? KE LEPAS PILIHAN RAYA?? JAWABLA PAK OMAR OITTTT....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

tu la jangan hanya pandai berjanji tapi perlaksanaan tiada, kajian dibuat bertahun2 tapi hasil kosong...
tapi aku hairan dulu bukan main lagi akbar puji tinggi melangit SBPA ni skim yang sangat naik dan bla.bla......, tapi sekarang puji pula SBPA ni dibatalkan. tak faham dimana pendirian mereka ni sebenarnya, seperti lalang je ku tengok.
--------------------------------

Baru tau awang ke, tukang ampu tegar kah kah kah awang awang

Tanpa Nama berkata...

kepala puki mak lu

Tanpa Nama berkata...

Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BELAH LA LU. KALU DAH NAK SAMBIL LEWA BERENTI KEJA GOMEN,,,SEJUTA LAGI KAT LUAR SANA NAK KEJA TEMPAT KAU TU,
TAMAK-PENTING DIRI-SIJIL CIPUT- HELLO TAMBI, KALU MAU LEBIH PEGI BERNIAGA LA. KASI MELAYU EKONOMI KUAT.
TAK PUAS HATI SAJA MAU SAMBIL LEWA. RAMAI LA KAT LUAR SANA NAK MOHON KEJA LU TU.BERENTI SEKARANG....PI KEJA LAIN. ADA BERANI...ADA TULUR KA

Tanpa Nama berkata...

utusan meloya ni apa pun akan sokong.....
kalau naik pun dia sokong kerajaan , PA dapat tahi kucing pun utusan tetap sokong kerajaan...

dasar lidah kontot

Tanpa Nama berkata...

pe plak kata HARAMkah?????
tlong bgtau aku xpenah bagca lahhhh

Tanpa Nama berkata...

Kalau YAB Perdana Menteri sudah meminta maaf kepada rakyat secara terbuka atas kesilapan BN yang lalu, diharap Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hassan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Abu Bakar) juga meminta maaf secara terbuka kepada seluruh 1.4 juta kakitangan awam atas kesilapan mereka hendak membolot wang kerajaan dan bekerja tidak amanah dan jujur kepada kepercayaan YAB PM dalam menggubal SBPA

Tanpa Nama berkata...

Penantian suatu Penyeksaannnnnnn
Berikut Kronologi nyeeee

1. Menunggu Pengumumam Budget 2012
2. Menunggu Parlimen Luluskan
3. Menunggu Pekeliling SBPA
4. Menunggu Lampiran C---Hidden
5. Menunggu Nak Sain SBPA
6. Menunggu Tarikh Tutup 31 -15 hb
7. Menunggu Hasil Perbincangan Ceupacs
8. Menunggu Pengumuman PM--Batal
9. Menunggu Balik Pekeliling SSM Baru
10. Menunggu Gaji Baru kabarnya Mac/April
11. Menunggu..menunggu...menunggu dan menunggu tak habis habis.

Tolong tambah lagi jika ada "menunggu' yg saya tertinggal hehehe

Tanpa Nama berkata...

yang gred j17 tu sibuk sangat nak naik ke j27 tu pasai apa, tak ingat dah masa laintikan dulu golongan ini telah mendapat gaji T9P1 bukan starting t1p1 sperti spm, apa nak sibuk lagi, kalau naik j27 sama dengan diploma ini nampak pelik, sijil saja, malah ada yang dari srp pun ada, fikir lah sikit, buat kerja pun tak tau............

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Berkata...........

yang gred j17 tu sibuk sangat nak naik ke j27 tu pasai apa, tak ingat dah masa laintikan dulu golongan ini telah mendapat gaji T9P1 bukan starting t1p1 sperti spm, apa nak sibuk lagi, kalau naik j27 sama dengan diploma ini nampak pelik, sijil saja, malah ada yang dari srp pun ada, fikir lah sikit, buat kerja pun tak tau..........
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Saya amat setuju apa yg tuan perkatakan tadi. Kelayakan Sijil & Diploma amat berbeza. Mereka ini langsung tak faham. Memang betul tuan jawab tadi, tangga gaji permulaan bagi yg ada Sijil memang lebih tinggi drp yg ada SPM shj. Mau minta setaraf dgn kelayakan Diploma lagi, fikir secara logik. Bukan minta saja.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

WhoAmie ItisMei berkata...

Apa komen CUEPACS KGT 80 - 320 http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/03/kenaikan-gaji-tahunan-rm80-rm320.html

Tanpa Nama berkata...

Juru xray ada cuti radiasi,berapa kerap pegang pesakit?kalo setakat kat xray,patient yang x berdarah,agak jauh dari kena penyakit yang berbahaya,kalo emergencies kes selalu ppk dan ma yang angkat kab pesakit ke tempat scan,juru xray duduk dalam bilik je,mcm biasa r,jururawat dapat elaun kritikal 15% sebab,bila jururawat xde,xleh nak run hospital,tapi kalo ma xde,ada doktor,kalo radiographer xde,ada radiologist,kalo pembantu farmasi xde,ada farmakologist,

juruxray bengang berkata...

Tanpa Nama berkata...
Juru xray ada cuti radiasi,berapa kerap pegang pesakit?kalo setakat kat xray,patient yang x berdarah,agak jauh dari kena penyakit yang berbahaya,kalo emergencies kes selalu ppk dan ma yang angkat kab pesakit ke tempat scan,juru xray duduk dalam bilik je,mcm biasa r,jururawat dapat elaun kritikal 15% sebab,bila jururawat xde,xleh nak run hospital,tapi kalo ma xde,ada doktor,kalo radiographer xde,ada radiologist,kalo pembantu farmasi xde,ada farmakologist,

_________________________________

Bodoh sial minah nurse ..cam kimak jer..ko ingat radiologist nak buat kerja juruxray ker..sial la lu ni. lu kalo tak tahu jangan cakap..aku dah boring kija kerajaan macam sial ni..gaji sikit kerja macam hampeh..sekarang ni aku kerja bodoh2 jer..mood pun tak der tu asyik nak marah orang tu..celaka la sapa tak menghargai kerja juruxray.ko pergi hospital len kali suruh nurse buat xray utk korang..korang ingat dia tahu ke..diorang tahu lap punggok pesakit jer taw