SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 Mac 2012

MTSU MAHU CUEPACS TERUSKAN USAHA SBPA

Berita Harian
2012/03/09




KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung (MTSU) mahu CUEPACS meneruskan usaha Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dibatalkan.

MTSU adalah anggota gabungan CUEPACS. Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan, berkata pendirian CUEPACS selama ini untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada anggota sektor awam. "MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya ketika ditemui di bangunan CUEPACS sebentar tadi.

Samuel berkata, mesyuarat CUEPACS yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi juga berlangsung dalam keadaan "panas" apabila kebanyakan pemimpin yang menghadirinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembatalan SBPA.

Katanya, SBPA memberi semangat serta nafas baru kepada anggota sektor awam sebaliknya kini ia dibatalkan.

"MTSU berharap supaya SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya.

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st.. ni la dah dibagi betis nak peha.. pastu yg dikejar tak dapat, yg dkendong berciciran.. padan muka korang!!

Tanpa Nama berkata...

1st.. ni la dah dibagi betis nak peha.. pastu yg dikejar tak dapat, yg dkendong berciciran.. padan muka korang!!

---------------------------------
2nd....diberi betis nak paha...dah dpt peha tak cukup lagi tu...tak tau ape yg dia nak hehehe

Tanpa Nama berkata...

jangan penting diri sendiri, kena pikir untuk pa secara holostik....pikir panjang....

Tanpa Nama berkata...

cakap kat pak menteri bagi semua pada cikgu dan mtsu jer...yang pa lain tu..padan muka...

senyum....tak perlu kata apa-apa.... berkata...

yang dok bangkang tu yg dapat gaji byk la tu.....

Tanpa Nama berkata...

dengki la tu....
xbaik tau dngki2...

senyum....tak perlu kata apa-apa... berkata...

cikgu xminta pun teruskan SBPA....MTSU ja yg xreti nak bersyukur

Tanpa Nama berkata...

pak omar bela kroninye sahaja...pa teknikal dan cikgu jer...pa lain tak ada budi pun...

Tanpa Nama berkata...

aku klu xdpt apa yg MTSU nk ni..
aku akn pangkah PEMBANGKANG PRU 13
kami dh sepakat 70 ribu PA
kami akn gulingkn kerajaan yg ada
hidup MTSU.Hidup J17,G17

Tanpa Nama berkata...

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

hahahahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

kronologi pa sesuatu jawatan tidak ada dalam kamus j***, dari pra-kemerdekaan hingga sekarang...sapo-sapo blh keje, asal adam FM dan MK...

Tanpa Nama berkata...

Si Samuel dgn MTSU asyik nak semua untuk diri mereka sahaja. Kalau dalam union kena lawan untuk semua bukan untuk satu golongan sahaja. Si Samuel ini tak habis habis nak lawan untuk golongan dia sahaja. Samuel hang ini dah tak relevant lagi. " your voice does not matter anymore ". Sebagai pemimpin kena ada Integriti. Gembiralah dgn masa yang u ada dgn CUEPACS and MTUC............

Tanpa Nama berkata...

aku tak faham, PM cakap sbpa dah lupus, tapi mtsu mahu cuepacs teruskan usaha sbpa...mtsu dan cuepacs kumpulan diharamkan. tangkap mereka...

Tanpa Nama berkata...

.....................................aku tak faham, PM cakap sbpa dah lupus, tapi mtsu mahu cuepacs teruskan usaha sbpa...mtsu dan cuepacs kumpulan diharamkan. tangkap mereka.............tak faham bahasa......tak faham bahasa.....

Tanpa Nama berkata...

cikgu xminta sbpa dteruskn sb cikgu dh dpt byk keistimewaan
cikgu xpyh la nk myibuk kt sini..
cikgu dh dpt smuanyakn..
ni lh salah satu punca ank murid jd bodoh...sb cikgunya pn bo>@h...
dngki xabis2...

Tanpa Nama berkata...

pm cakap sbapa lupus tak faham ke...

Tanpa Nama berkata...

DLM pekeliling SSM dh sebut STPM/SIJIL KEJURUTERAAN POLI/DIPLOMA dalam kategori 27 -40

Tanpa Nama berkata...

lantak la sbpa hapus ke,mansuh ke..
janji dh diupgradkn jd 27....
heheheheheh
hidup CUEPACS...hidup MTSU...
yg xbkenaan boleh blahhhhhh

Tanpa Nama berkata...

kalau dh REZEKI xkemanakn..
insyallah dpt...
yg lain2 tu jgn marah arrrr..

Tanpa Nama berkata...

cikgu xminta sbpa dteruskn sb cikgu dh dpt byk keistimewaan
cikgu xpyh la nk myibuk kt sini..
cikgu dh dpt smuanyakn..
ni lh salah satu punca ank murid jd bodoh...sb cikgunya pn bo>@h...
dngki xabis2...
*************
Fui yo.. dah start kutuk dan maki cikgu ...
Bagus mudah mudahan anda dan anak-anak akan jadi bengong...
Ini ustaz aku kata....
Bayangkan saidina Ali pun sanggup merendah diri pada siapa yang mengajarnya walaupun budak kecil...
Fikir fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

org xkn kutuk guru klu guru tu pndai mghormati org lain..
ni x..
asyik dngki ajeeee...
lepas tu mula la nk tnjuk baik...
saidina tu la..saidina ni la,,,
masa kutuk org xigt smua tu..
pirahhhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

DLM pekeliling SSM dh sebut STPM/SIJIL KEJURUTERAAN POLI/DIPLOMA dalam kategori 27 -40

Isnin, Mac 12, 2012 9:28:00 AM

mana pekeliling dia, ada link tak? nak tgk. kitaorg gred j17 jugak. sekadar nak tahu.

Tanpa Nama berkata...

puak-puak yang kutuk guru ni la paling malas kat sekolah dulu. i tau. skg, dpt kerja pangkat rendah sebab spm 6 je kredit, kuat komplen plak. dah la kerja malas, gaji nak besar memanjang...piiiiraaaaahhhhhh...ukur baju di badan sendiri la beb...tak nak kerja, u resign....jgn komplen lebih, jadi jaguh internet, tulis surat ngan MENTERI la kalo nak naik gaji dari maki hmun kat sini. ADA BRANI?? ceh, maki hamun kat sini, memang ramai jaguhnya..habuk pun takda..

Tanpa Nama berkata...

ko igt ko guru dh cukup hebat ke????
aku malu la guru pn mcm budak2 skolah perangainye..
ala nk pelik apa...hari2 duk mgajar budak2 kn
perangai pn dh jd mcm budak2
guru mcmni ke kita nk sanjung..
sohhhhh...g main jauh2...
xpyh nk jd hero ktsini...
lebih baik ko baca buku..
sat nt skolah dh nk buke
ke ko ni xmgajar...kutuk org je kejenye...

Tanpa Nama berkata...

kepada guru yg menyemak ktsini...
isu ni xde kena mengena dgn korg tau...
ko jgn nk menyibuk...
HATI MANYAK BUSUK WOIIIIIIII

cuba renung berkata...

sape yang rasa tak puas hati tolong tulis nama dan ic kat sini, nanti aku naikkan gaji, brapa hang mau?

Tolonmg letakkan sekali mana pilihan yang anda suka SBPA ke SSM?

Nanti kome uruskan

Tanpa Nama berkata...

nama aku LABU IBNI LABI
I/C 12345-200-SBPA-SSM
HAHAHAHAHAH
HAHAHAHAHA
TLONG NAIKN GJI AKU YE...

Tanpa Nama berkata...

tq pak omar ! CHAIYOKKK

er berkata...

bagi aku la pulak.JPA patut selaraskan pemberian elaun kritikal 15% drp gaji pokok kepada semua staff yang perkhidmatannya kritikal juga di hospital kerajaan. skrg ni hanya bagi kepada jururawat u29 jer. Bagi la juga elaun kritikal tu kepada juru xray, fisioterapi, pembantu farmasi dan juruteknologi makmal. Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

Tanpa Nama berkata...

tgk betul2 komen tu sapa yg mula mengutuk...

Tanpa Nama berkata...

Emmm bagi jer gred 17 gaji lebih dari gred atas dia...
tentu geng ni akan diam..
jadilah semua PA sama sama bodoh

Tanpa Nama berkata...

org xkn kutuk guru klu guru tu pndai mghormati org lain..
ni x..
asyik dngki ajeeee...
lepas tu mula la nk tnjuk baik...
saidina tu la..saidina ni la,,,
masa kutuk org xigt smua tu..
pirahhhhhhhhhhhh
@@@@@@@@@@@@
Ikut suka engkaulah kalau x mau ikut yang saidina saidina tu
Kalau ko nak ikut genga abu jahal abu lahab pun... kami x kisah sbb kami x rugi apa puin... salam

Tanpa Nama berkata...

MTSU = gtfo

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia

PM pun reti hormat guru
sebab dulu dia sekolah...

PA yang tak hormat dan biadap pada guru2 ni,memang tak sekolah.atau suka ponteng sek.

kami juga sokong kalau semua PA diberikan time base yang sama sprti guru2..

satu lg..kita perlu hormat-menghormati antara satu sama lain,jauhkan dari sifat hasad dengki...

fikirrkan..kita perlu bersatu baru kita kuat.berani dan harmoni.

Tanpa Nama berkata...

Looking at all comments, I think JPA has done the right things. SBPA is introduced to settle all those issues. Now, everybody is asking "we don't expect IT to be CANCELLED, we still want all the good things". What i'm afraid of/ wonder is that no one seems try to understand it before oppose it.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha aku dh cakap dulu sapa yg puas hati boley undi BN dan sapa yang x puas hati boley undi PR . buat undi frotest ya . aku puas hati kali ni 13% utk semua . emang bijak PM kita itu . jangan malu-malu ya bikin undi frotest . hihihihi

Tanpa Nama berkata...

Blangan ketidakpuasan dikalangan penjawat awam dalam sistem sbpa hanya 1000 lebih sahaja berbanding yang berdiam diri maknanya setuju sbpa dilaksanakan lebih sejuta penjawat awam sbpa mesti diteruskan bukannya dibatalkan diharap pihak cuepacs terus memperjuangkan sbpa.

Tanpa Nama berkata...

yeke penjawat awam suka sbpa ? Bukan PA suka gaji naik jeke ? heheheh lain mcm je bunyinye ni ? mcm ade maksed tersendiri je nih ? mcm ade kepentingan sendiri je nih ? hahaha sapa makan gula dia yg rasa manis :D jgn marah ya !

Tanpa Nama berkata...

yeke penjawat awam suka sbpa ? Bukan PA suka gaji naik jeke ? heheheh lain mcm je bunyinye ni ? mcm ade maksed tersendiri je nih ? mcm ade kepentingan sendiri je nih ? hahaha sapa makan gula dia yg rasa manis :D jgn marah ya !

Tanpa Nama berkata...

SUDAH LA....TAK SETUJU SBPA DIBATALKAN ???? JADI ANGKAT KAKI LA DARI KEJA GOMEN. TAK ADA SAPA YANG NANGIS KALAU ANDA BELAH DARI PERKHIDMATAN PUN. BERATUS RIBU KAT LUAR SANA NAK GANTI TEMPAT ANDA.

DALAM SETIAP HAL MAJORITI DIUTAMAKAN. SEGELINTIR JA SUKA SBPA NIH. THE BEST FOR U ALL "EXIT" JA. NAK DPT LEBIH JADI PENIAGA BAWANG KAT PASAR MALAM PUN DPT LAGI LEBIH. BLAH LA.

BRAVO PM

Tanpa Nama berkata...

GURU-GURU SEMUA...TOLONG DIAM....
SYITTTTTTTTTTTTT
KAMU GOLONGAN PALING TPELAJAR DAN GOLONGAN PA PALING PROFESIONAL..
XPAYAH LAYAN KOMEN2 YG XBERTAMADUN DSINI...



BUKAN GURU(DG 3SUKU)

Aku Suka SBPA berkata...

sejarah telah membuktikan bahawa setiap sepuluh tahun, sistem baru akan digunapakai. tetapi knapa SSM kekal untuk 20 tahun ? 10 tahun lg SSM akan lenyap di bumi Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama daaaa...... http://www.kkr.gov.my/ms/node/3679

Tanpa Nama berkata...

WAHAI Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU),dalam SBPA gred J dan G naik ke 3-1,adalkan releven @ patut kenaikan penarafan gred dari gred 17 ke 27 (skim SSM)apakah nilai taraf sijil untuk skim ini untuk ke Gred 27 dan apakah nilai taraf Diploma atau lain-lain kelulusan yang boleh diguna pakai untuk lantikan baru dan penjawab gred J29 dan G27 yang berada dikerusi mereka sekarang,dan macan mn dgn gred lain yang tidak berlaku kenaikan gred...setiap kertas kerja kesatuan mistilah selari dengan jawatan-jawatan lain baru lah adil,jgn penting diri sendiri...setiap kenaikan gred perlu ada pengkhususan dari segi syarat lantikan,pengiktirafan dan nilai taraf oleh JPA sijil kelulusan bagi maksud lantikan...sebagai contoh nilai taraf sijil Institut Pertanian hanya untuk lantikan Gred17 sahaja cuma pergerakan gaji tinggi P1T9, untuk gred 27 dan keatas misti guna Diploma Universiti...

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.