SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Mac 2012

PM PERJELAS PROSES RANGKA SBPA

Berita harian
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abdul Mutalib dan Sophia Ahmad
2012/03/14



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan tidak pernah memanggil CUEPACS untuk berbincang dalam merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama kongres berkenaan dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Selain itu, katanya, mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan kerajaan turut menerima memorandum CUEPACS berhubung tuntutan tertentu, yang kesemuanya sudah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.
“Sepanjang 2011, 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat MBK, taklimat kepada ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember lalu.

“CUEPACS menyenaraikan tujuh perkara di bawah SBPA untuk diteliti semula oleh kerajaan iaitu pemindahan mata gaji kurang adil, kekananan tidak diberi pengiktirafan, gaji maksimum, gred yang kekal dan tiada pergerakan, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus, penukaran gelaran jawatan dan jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana, " katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang bertanya mengapa kerajaan daripada awal tidak memanggil CUEPACS untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan CUEPACS.

Perdana Menteri berkata, dengan pembatalan SBPA dan pengenalan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebahagian besar permasalahan yang dibangkitkan CUEPACS sudah dapat ditangani.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahukan kepastian terhadap 36 golongan premier yang sebelum ini dikatakan sudah menerima gaji di bawah SBPA, Perdana Menteri berkata: “Nampaknya ahli Yang Berhormat berkenaan (Mahfuz) nak jadi juara kepada 36 orang dan kita (kerajaan) nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam”.

Bagaimanapun, jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Mahfuz yang mula membuat kecoh dan menuntut jawapan lanjut daripada Perdana Menteri, yang kemudian dileraikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

55 ulasan:

bukan PTD berkata...

pengajaran dari peristiwa ini:

nak buat sistem membabitkan 1.4 juta kakitangan, libatkan semua profesion.

bukan suruh PTD saja rangka dasar untuk semua SKIM. PTD bukan tau apa kehendak skim-skim lain. malah skim-skim lain tidak pernah mengiktiraf PTD untuk menjaga kebajikan mereka.

Tanpa Nama berkata...

SPBA BATAL TAPI DENGARNYA CUEPACS NAK BEBERAPA KEPUTUSAN DALAM SBPA DIKEKALKAN DALAM SSM.

***********************************

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.

***********************************

APA HAL DENGAN CUEPACS NI, DULU MASA KERAJAAN UMUM SBPA BUAT JELAJAH 1MALAYSIA KONONNYA SPBA BAIK , BILA DAPAT TENTANGAN BUAT JELAJAH LAGI KONONNYA SBPA TAK BAIK, BILA SPBA MANSUH KELUAR KENYATAAN GEMBIRA UNTUK KEADILAN SEMUA, TUT .. TUT .. NAK KEKALKAN SEBAHAGIAN PULA PERKARA DALAM SBPA KEDALAM SSM, CUEPACS TOLONGLAH TENGOK KEADILAN UNTUK SEMUA BUKAN UNTUK SEGELINTIR KUMPULAN SAJA, KALAU DIKEKALKAN SEBAHAGIAN PERKARA DALAM SBPA MUNGKIN HANYA BEBERAPA KELOMPOK SAJA MENDAPAT UNTUNG DAN KELOMPOK LAIN TAK BERUBAH, MANA KEADILANYA ?

Tanpa Nama berkata...

MASYAALLAH....ni aku jumpa ada org antar kat fb kppa..korang tengok dan nilai la sendiri...
Ila La http://mymassa.blogspot.com/2012/03/minta-maaf-semua-dokumen-sulit-ini.html

Julia Taee berkata...

tak nak dengar pasal penjelasan dah. cuma nak tau bila tunggakan dan gaji baru akan masuk..
hrmm.....

PT gaji berkata...

ya betul bila nak gaji naik nieee

PT gaji berkata...

RAMAI YANG TANYA SAYA, GAJI NAIK MACAM MANA HEEEEE PENING NYA. BILA NAK BUAT SEMAKKAN GAJI NIEE

PT gaji berkata...

PT gaji PT Gaji semua jangan cuti tau bulan 4 nieee takut takut ada laporan dari Akauntan sampai buat semakan gaji .Baik cuti sekarang macm den ha jaga beribu gaji orang nieee mau jumpa je pensyarah tanya bila dapat?berapa saya dapat?

N11 jumud dapat naik free N17 berkata...

kesimpulan dari SBPA yang gagal:

a. PTD busuk
b. PT KEW yang dipuja2 (bila nak wat gaji)


kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Kegagalan memahami hasrat PM untuk SBPA
boleh dikatakan angkara JPA dan PTD. Mereka yg draft,....
Kecik macam ni pun gagal urus. KAJI SEMULA PERANAN PTD-JPA.
WAJAR Keluarkan mereka dari kementerian2 dan JUMUD kan PTD sekadar di Jabatan Perkhidmatan Awam Sahaja.....

PTD tidak Relevan

N17 yang duduk berhampiran dengan PTD POOL di JPA berkata...

bitch please!


jumudkan PTD ke JPA buat apa.

JPA tu rombak biar diisi oleh pakar-pakar & profesional yang SEJATI. bukan skim rojak yang boleh guna apa jenis degree.

PTD tu humban ke wisma putra saja sudah. nama pun diplomatik.

pastikan mereka duduk bawah imigresen dalam hirarki. bukan imigresen duduk bawah diorang seperti yang berlaku sekarang nih.

Tanpa Nama berkata...

PTD kamu dengar ke tidak?
apa kamu dengar dan baca?

semua sakit mata dan sakit hati ... itulah luahan rasa PA kpd kamu !!!

Maknanya skim kamu dah tak relevan ! dan perlu dijumudkan !!!!!

Semua PTD perlu masuk Universiti smula., ambil master/phd.
Mohon semula jawatan baru skim baru Pegawai Tinggi Negara mula di Gred 48.

Tanpa Nama berkata...

Kesian sama PTD, berilah peluang kpd mereka utk menjawab yg sebenarnya. Jgn main hentam2 saja...!!!

Tanpa Nama berkata...

Jgn kamu marah sama PTD JPA, nanti permohonan biasiswa melanjutkan Master/Phd TIDAK DILULUSKAN. Menyesal nanti...................

Tanpa Nama berkata...

orang yang kasihan & simpati dengan PTD adalah

- PTD itu sendiri.
- skim lain, biasanya kumpulan sokongan yang kerja dia tukang kipas PTD.
- orang yang buta mata & hati.
- mereka yang ibarat lembu dicucuk hidung
- mereka yang redha tak bertempat & angguk tanpa usul periksa.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

asyik2 berita pasal sbpa...mana jadual gaji baru?

Tanpa Nama berkata...

STATUS PEKERJA KONTRAK
=======================

CUEPACS TELAH BANGKITKAN ISU PEKERJA KONTRAK KEPADA PM DAN PM TELAH MEMINTA CUEPACS MENYENARAIKAN NAMA NAMA PEKERJA KONTRAK YANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SAMA BADAN BERKANUN/NEGERI/PERSEKUTUAN.DIHARAPKAN SAUDARA/SAUDARI/TUAN/PUAN BEKERJASAAMA DENGAN CUEPACS DEMI MASA DEPAN SDRA/SDRI/TUAN/PUAN DALAM ARENA PEKERJAAN ANDA.

HUBUNGI S/U CUEPACS NEGERI P.P
EN. MOHAMMAD BIN YUSOF (HP 0164701519)UNTUK FAX BORANG TERSEBUT DAN KEMBALIKAN BORANG DISI KEEPAADA S/U CUEPACS NEGERI PULAU PINANG.DENGAN KADAR SEGERA.

Tanpa Nama berkata...

Kupek ni pun lidah bercabang mengalahkan bapak ular. Dulu bukan main suruh PA sokong SBPA. Bila pembangkang mangatakanan yg SBPA ni bermasalah, tidak adil dan menindas barulah Kupek terlolong lolong meminta PA jangan sain. Kupek ditonjolkan sebagai hero palsu. tuan presiden kupek, kalau nak jawatan senator lepas pencen nanti pun... agak agak la kalau nak bodek kerajaan pun. Taik la KUpek ni.

Tanpa Nama berkata...

STATUS PEKERJA KONTRAK
=======================

CUEPACS TELAH BANGKITKAN ISU PEKERJA KONTRAK KEPADA PM DAN PM TELAH MEMINTA CUEPACS MENYENARAIKAN NAMA NAMA PEKERJA KONTRAK YANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SAMA BADAN BERKANUN/NEGERI/PERSEKUTUAN.DIHARAPKAN SAUDARA/SAUDARI/TUAN/PUAN BEKERJASAAMA DENGAN CUEPACS DEMI MASA DEPAN SDRA/SDRI/TUAN/PUAN DALAM ARENA PEKERJAAN ANDA.

HUBUNGI S/U CUEPACS NEGERI P.P
EN. MOHAMMAD BIN YUSOF (HP 0164701519)UNTUK FAX BORANG TERSEBUT DAN KEMBALIKAN S/U CUEPACS NEGERI PULAU PINANG.

Jumaat, Mac 16, 2012 5:49:00 PM

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

kamu sdr. mohammad yusof, hanya kamu sorang ahli cuepacs yg berani tonjol diri ... boleh tolong jawab perkara ini.

1). betul ke Cuepacs tak pernah dimaklum/ajak berunding dlm SBPA ?
2). betul ke tidak cuepacs telah terima SBPA pada 27 Disember 2011 dan menandatanganinya pd 28 dis.2011?
3). betul ke omar telah bersara dan diambil pekerja kontrak oleh UPM? sampai bila kontrak dgn Cuepacs akan tamat?

jawaban dpd sdr. mohammad yusof, s u cuepacs pulau pinang .. saya tunggu !

Langgar Dinding berkata...

CUEPACS tak bijak atur strategi.. patutnya, biarlah SBPA dilaksanakan dulu.. lepas tu, boleh lah jadikan alasan perbezaan gaji yang besar untuk tuntut kenaikan lagi besar gaji.. boleh tuntut 50% kenaikan sebab jusa naik 50%. PTD JPA memang bijak cuma CUEPACS kureng sikit.. sekarang apa jadi.. nasi sudah jadi bubur... kesian orang yang gaji dah langgar dinding..

Tanpa Nama berkata...

ilmu amat penting dalam pemikiran..ilmu memberikan kita daya pemikiran yang jauh lebih mendalam...fikir-fikirkanlah....orng berilmu biasanya 'rilek' dalam menyelesaikan masalah...berbeza dgn orang kureng ilmu..lebih gelojoh kerana mereka tidak berfikran jauh..

Tanpa Nama berkata...

Salam...Kalau nk penuhi semua kehendak PA mmg susah..Yang penting sekarang ni mana Jadual Gaji SSM yang BARU ???

Tanpa Nama berkata...

sebagai kakitangan awam saya juga tidak berpuas hati dengan pegawai PTD di JPA yang sejak sekian lamanya meletakkan perkhidmatan PTD sebagai elit berbanding skim-skim lain melalui perancangan secara terancang agar mereka dapat membolot semua jawatan utama di sektor awam. Perkara ini sudah lama menjadi polemik dalam kalangan penjawat awam namun senyap begitu sahaja lantaran kuasa yang terlalu besar berada dalam tangan mereka sehingga kakitangan dari skim lain begitu terpinggir terutamanya dari segi peluang kenaikan pengkat. Bagaimanapun perancangan ala mafia mereka ini akhirnya terburai dengan penggubalan SBPA yang akhirnya menimbulkan bantahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam dan seterusnya membuka mata perdana menteri dan masyarakat mengenai sikap sebenar golongan PTD ini.. Para penjawat awam, teruskan bersatu menentang ketidakadilan PTD yang terlalu berkuasa di JPA..

Tanpa Nama berkata...

STATUS PEKERJA KONTRAK
=======================

CUEPACS TELAH BANGKITKAN ISU PEKERJA KONTRAK KEPADA PM DAN PM TELAH MEMINTA CUEPACS MENYENARAIKAN NAMA NAMA PEKERJA KONTRAK YANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SAMA BADAN BERKANUN/NEGERI/PERSEKUTUAN.DIHARAPKAN SAUDARA/SAUDARI/TUAN/PUAN BEKERJASAAMA DENGAN CUEPACS DEMI MASA DEPAN SDRA/SDRI/TUAN/PUAN DALAM ARENA PEKERJAAN ANDA.

HUBUNGI S/U CUEPACS NEGERI P.P
EN. MOHAMMAD BIN YUSOF (HP 0164701519)UNTUK FAX BORANG TERSEBUT DAN KEMBALIKAN S/U CUEPACS NEGERI PULAU PINANG.

Jumaat, Mac 16, 2012 5:49:00 PM

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

kamu sdr. mohammad yusof, hanya kamu sorang ahli cuepacs yg berani tonjol diri ... boleh tolong jawab perkara ini.

1). betul ke Cuepacs tak pernah dimaklum/ajak berunding dlm SBPA ?
2). betul ke tidak cuepacs telah terima SBPA pada 27 Disember 2011 dan menandatanganinya pd 28 dis.2011?
3). betul ke omar telah bersara dan diambil pekerja kontrak oleh UPM? sampai bila kontrak dgn Cuepacs akan tamat?

jawaban dpd sdr. mohammad yusof, s u cuepacs pulau pinang .. saya tunggu !

Jumaat, Mac 16, 2012 8:00:00 PM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

mana jawaban kamu sdr. mohammad yusof, setia usaha cuepacs pulau pinang !!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENYERU KEPADA RAKAN2 SUPAYA MENYOKONG UNTUK MEMPERKASA DAN MEMBESARKAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM. KALAU RAKYAT SEMAKIN BERTAMBAH, KAKITANGAN KERAJAAN JUGA PERLU DITAMBAH SEJAJAR DENGAN KEADAAN SEMASA.

Warga Tetap berkata...

STATUS PEKERJA KONTRAK
=======================

CUEPACS TELAH BANGKITKAN ISU PEKERJA KONTRAK KEPADA PM DAN PM TELAH MEMINTA CUEPACS MENYENARAIKAN NAMA NAMA PEKERJA KONTRAK YANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SAMA BADAN BERKANUN/NEGERI/PERSEKUTUAN.DIHARAPKAN SAUDARA/SAUDARI/TUAN/PUAN BEKERJASAAMA DENGAN CUEPACS DEMI MASA DEPAN SDRA/SDRI/TUAN/PUAN DALAM ARENA PEKERJAAN ANDA.

HUBUNGI S/U CUEPACS NEGERI P.P
EN. MOHAMMAD BIN YUSOF (HP 0164701519)UNTUK FAX BORANG TERSEBUT DAN KEMBALIKAN S/U CUEPACS NEGERI PULAU PINANG.

Jumaat, Mac 16, 2012 5:49:00 PM

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

kamu sdr. mohammad yusof, hanya kamu sorang ahli cuepacs yg berani tonjol diri ... boleh tolong jawab perkara ini.

1). betul ke Cuepacs tak pernah dimaklum/ajak berunding dlm SBPA ?
2). betul ke tidak cuepacs telah terima SBPA pada 27 Disember 2011 dan menandatanganinya pd 28 dis.2011?
3). betul ke omar telah bersara dan diambil pekerja kontrak oleh UPM? sampai bila kontrak dgn Cuepacs akan tamat?

jawaban dpd sdr. mohammad yusof, s u cuepacs pulau pinang .. saya tunggu !

Jumaat, Mac 16, 2012 8:00:00 PM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

mana jawaban kamu sdr. mohammad yusof, setia usaha cuepacs pulau pinang !!!!!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Maaf, mohon CUEPACS selesaikan perkara bagi pekerja tetap atau ahli kesatuan terlebih dahulu sebelum memperjuangkan untuk orang lain.

Maaf sekali lagi, Pekerja kontrak, sementara dan sambilan tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan. Risiko diberhentikan jelas terkandung dan telah difahami ketika permohonan jawatan dibuat.

Jika nasib pekerja kontrak ini masih diperjuangkan CUEPACS...jangan lupa pekerja lain seperti perkerja sementara, sambilan, sangkut, dan pekerja-pekerja pembersih 'Cleaner' serta pengawal keselamatan dipejabat-pejabat kerajaan.

Jadi mohon visi, hala tuju dan matlamat CUEPACS jelas, agar jangan jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Beri keutamaan kepada pekerja tetap bagi;
1. kenaikkan gaji tahunan 13% bagi setiap 3 tahun;
2. kenaikkan pangkat secara time based kepada semua PA;
3. bonus sama seperti yang diperolehi warga LHDN;
4. jawatan-jawatan Ketua Pengarah Jabatan disandang oleh pegawai yang benar-benar pakarnya dan bukannya PTD;
5. Mohon kerajaan isi Gred 41, 44, 48 dijabatan-jabatan dengan kakitangan kerajaan yang telah mempunyai Degree dan pengalaman kerja minima bagi mengelakkan kerajaan membazir membuat pengambilan PTD setiap tahun;
6. Jawatan PTD hanya dikhususkan sebagai duta atau pesuruhjaya negara atau setiausaha atau kuasausaha atau atase atau pegawai-pegawai luar negara;
7. jawatan terbuka sebagai KSU di kementerian-kementerian;
8. wujudkan lapisan gred tambahan bagi gred-gred rendah;
9. Dan banyak lagi jika mahu disenaraikan...

Ingat CUEPACS, kamilah sebagai pekerja tetap yang mengundi ajk kesatuan termasuk presiden setiap kali mesyuarat dan bukannya kakitangan kontrak!

KERJA DAN BERJUANGLAH UNTUK KAMI!

LAGI SATU, ADMINISTRATOR ATAU WAKIL CUEPACS, SILA REPLY JIKA ADA PEMBACA TELAH MEMBERI KOMEN/ ULASAN YANG BERNAS.

Terima kasih...

PA redha berkata...

aku harap gaji baru n back dated masuk bulan 5 atau 6 baru banyak sikit..sebab masa sbpa dulu mind dah set masuk mesti bulan 5 paling cepat..tup2 nak masuk bulan 4, tak syok woo..biarlah masuk bulan 5 n 6 ek..tak kemana pun duit tu..sabarlah PA sekalian oii..ti kalau nk masuk gak bulan nie tak ke kelam kabut..der yg tersilap kang..duk melalak lagi kat sini

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya PTD memang tak tau buat keja. Mereka ini lah yang jadi ketua semua jabatan. Ada pula ptd yg dpt lulus sahaja di universiti tapi sebab dapat durian baik mereka dilantik jd PTD dan jadi bos. Semua kata mereka betul. Tapi kerja tak pandai dan mereka naik pangkat mudah je cukup tahun kelima dapat 44 lepas tu 48 lepas tu 52. Mudahkan tapi yang banyak dapat rasuah mereka juga. Kes pecah amanah mereka semua. Tapi kakitangan awam yang ada phd pun tak naik macam mereka. So kena lah fikir

Tanpa Nama berkata...

As Salam.
Memang patut KSN ditamatkan kontrak. Salah satu faktor kejatuhan teruk BN pada PRU-12 adalah disebabkan oleh kebongkahan dan kesombongannya. Para JUSA yang tidak disenanginya dimasukkan ke dalam jawatan 'pool' sepatutnya diberi peluang kali ke-2 kerana kebanyakan mereka mempunyai idea think-out-of-the-box tetapi tidak disenangi oleh KSN. Jawatan KSN sepatutnya rotate setiap 3-5 tahun dengan memberi peluang kepada skim lain (seperti W, F, J, DU dan sebagainya) kerana kemahiran/kepakaran mereka dalam bidang teknikal terutamanya ICT boleh diadunkan dengan skill tadbir urus ke arah transformasi sektor awam dan ekonomi negara. Kita beri peluang kepada sentuhan dan skill mereka pula berbanding sentuhan general PTD. Ini kerana saya percaya mereka ini lebih kreatif dan inovatif dengan menggunakan tool kemahiran dan kepakaran mereka yang sedia ada.
Disyorkan juga agar 36 jawatan premier yang telah mendapat habuan pencen, gratuiti, gaji premier SBPA dan sebagainya ditamatkan kontrak serta-merta bagi memulihkan imej kepimpinan dan pemerintahan YAB PM DS Najib. Kesepakatan dan muafakat mereka dalam perkara ini sebenarnya melanggar integriti yang sering dilaungkan oleh KSN. Cakap tidak serupa bikin. Bikin malu sahaja adalah. 36 jawatan premier tersebut telah menjadi buah mulut 1.4 juta penjawat awam mereka telah naik muak dan hilang kepercayaan terhadap mereka-mereka ini ekoran tindakan senyap dan sikap tamak haloba mereka.
Seperkara lagi, kenyataan BIW (Bayaran Insentif Wilayah) yang ditambat pada Disember 2011 menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashatian di kalangan penjawat awam Sabah/Sarawak kerana itu adalah hak keistimewaan mereka (selain peruntukan Perkara 20). KSN dan KPPA tidak fikir dan sedar ke bahawa Sabah/Sarawak merupakan deposit tetap kerajaan BN? Seolah-olah perancangan pihak PTD JPA mengenai SBPA ini sengaja ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan YAB PM DS Najib di dalam PRU-13 nanti.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

S/U CUEPACS P.P/MTSU P.P MOHAMMAD BIN YUSOF SEORANG YANG RAJIN KERANA BELIAU CUEPACS P.P/MTSU P.P HIDUP KEMBALI AKTIVITI KESATUAN KESATUAN SEPANJANG TAHUN,OLEH ITU UNDILAH BELIAU UNTUK JAWATAN TERSEBUT SUPAYA CUEPACS P.P/MTSU P.P SENTIASA AKTIF DINEGERI PULAU PINANG.PENGUNDI PENGUNDI JANGAN LUPA UNDI MOHAMMAD BIN YUSOF BAGI CALON S/U CUEPACS/MTSU TAHUN 2013.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa JPA perlu letak orang tengah?

BUMIRUGI
KL
KEMELUT Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan formula gaji baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berat sebelah telah dapat diredakan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.

Namun bagi kami pembekal ubat dan peralatan perubatan amat kesal dan sedih dengan JPA yang baru-baru ini telah melantik satu syarikat baru untuk menjadi orang tengah bekalan ubat dan peralatan perubatan.

Sebelum ini kami hanya perlu mendaftar dengan JPA untuk menyediakan ubat-ubat dan peralatan perubatan secara terus kepada kakitangan bersara JPA setelah mendapat pengesahan pegawai perubatan dari hospital kerajaan dan kami mendapat bayaran terus dari JPA.

Dengan peraturan baru ini, kami diwajibkan mendaftar dahulu dengan syarikat itu sebelum dibenarkan menyediakan ubatan dan peralatan perubatan kepada pesara kakitangan JPA.

Kami juga akan dikenakan caj yang tinggi sebanyak 7 peratus di atas harga produk yang dibekalkan.

Ini amat merugikan kami kerana untung bersih kami adalah rendah dalam kadar 10 hingga 15 peratus.

Saya tidak faham kenapa kerajaan masih lagi membenarkan syarikat orang tengah untuk beroperasi bagi pihak mereka yang hanya tahu mengaut untung di atas angin, padahal Perdana Menteri kita telah menjelaskan bahawa beliau mahukan jentera operasi kerajaan yang efisien dan bersih.

Tanpa Nama berkata...

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.


Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Tanpa Nama berkata...

LANGKAH PENJIMATAN SSM


1. Semua Overtime PA dilihat semula.
a. Kerja syif PA bagi jawatan seperti Gred J, U perlu dirangka bagi tujuan penjimatan perbelanjaan berhemah.
b. Contoh Juruteknik, Penolong Jurutera, Pembantu Farmasi yg bekerja pada waktu malam, hari cuti umum dan kelepasan.
c. Penjadualan waktu kerja yang membolehkan gunatenaga dihadkan pada waktu kerja biasa.
d. Negara boleh menjimatkan berjuta RM.
e. Pengoptimuman gunatenaga dan masa bekerja.
f. Audit Kewangan mendapati banyak RM diperuntukan kpd OT ; langkah ini boleh menjimatkan perbelanjaan negara

Tanpa Nama berkata...

Permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia mempunyai kesan yang tersendiri dari sudut psikologi. Permohonan maaf secara terbuka ini dengan tersendirinya mengakui rekod buruk sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Akhirnya Umno BN tergapai-gapai mencari kaedah baru bagi menyelamatkan diri dan memancing hati rakyat- Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kaedah psikologi ini mudah termakan oleh golongan yang lemah, berfikiran pendek dan meminta-minta. Walau apa kesalahan seseorang, melalui kaedah ini mereka mudah mempengaruhi manusia, akhirnya memaafkan dengan sekelip mata. Tanpa kita sedar bahawa kesan jangka panjang yang akan menimpa kita, jika terus memberi mandat kepada Umno BN untuk memerintah Malaysia, mereka akan terus mengulangi siri keazaliman terhadap rakyat. Rayuan maaf psikologi ini adalah kemuncak kepada taktik memancing undi Umno BN.

Bagi golongan yang ada integriti, berfikiran panjang dan tidak bergantung kepada orang lain, mereka sudah kenal jerat yang dipasang melalui rayuan psikologi ini.

Minda kita masih bugar mengingati peristiwa setiap kali selepas pilihanraya umum; golongan yang dilabel pembangkang sebagai penjawat awam akan ditukar tempat kerja, disekat segala bentuk bantuan yang mereka layak, malah ada yang diberhentikan terus pekerjaan. Tidak kurang juga ramai antara rakyat yang dilabel sebagai pembangkang ini terpaksa menjual harta dan mencari kehidupan baru di Negara lain kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan.

Percayalah rayuan maaf psikologi ini akan bertukar menjadi sifat sediakala jika terus diberi mandat kepada Umno BN dalam PRU13 nanti.

Beralihlah ke harapan yang pasti dengan mengundi Pakatan Rakyat…

Tanpa Nama berkata...

Biasanya . seseorang/ kumpulan itu akan memohon maaf jika telah melakukan kesilapan 'serius'terhadap seseorang / kumpulan lain. Itu saja.

Tanpa Nama berkata...

Haikhhh...tuih!!

Tanpa Nama berkata...

Memohon maaf dan mengakui kesilapan setelah setengah abad menerajui negara.
Memohon maaf dan memaafkan satu hal lain. Wajarkah peluang diberikan lagi setelah kesilapan diakui?

Beralihlah kepada harapan baharu, tidak lama, cuma 5 tahun sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia mempunyai kesan yang tersendiri dari sudut psikologi. Permohonan maaf secara terbuka ini dengan tersendirinya mengakui rekod buruk sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Akhirnya Umno BN tergapai-gapai mencari kaedah baru bagi menyelamatkan diri dan memancing hati rakyat- Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kaedah psikologi ini mudah termakan oleh golongan yang lemah, berfikiran pendek dan meminta-minta. Walau apa kesalahan seseorang, melalui kaedah ini mereka mudah mempengaruhi manusia, akhirnya memaafkan dengan sekelip mata. Tanpa kita sedar bahawa kesan jangka panjang yang akan menimpa kita, jika terus memberi mandat kepada Umno BN untuk memerintah Malaysia, mereka akan terus mengulangi siri keazaliman terhadap rakyat. Rayuan maaf psikologi ini adalah kemuncak kepada taktik memancing undi Umno BN.

Bagi golongan yang ada integriti, berfikiran panjang dan tidak bergantung kepada orang lain, mereka sudah kenal jerat yang dipasang melalui rayuan psikologi ini.

Minda kita masih bugar mengingati peristiwa setiap kali selepas pilihanraya umum; golongan yang dilabel pembangkang sebagai penjawat awam akan ditukar tempat kerja, disekat segala bentuk bantuan yang mereka layak, malah ada yang diberhentikan terus pekerjaan. Tidak kurang juga ramai antara rakyat yang dilabel sebagai pembangkang ini terpaksa menjual harta dan mencari kehidupan baru di Negara lain kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan.

Percayalah rayuan maaf psikologi ini akan bertukar menjadi sifat sediakala jika terus diberi mandat kepada Umno BN dalam PRU13 nanti.

Beralihlah ke harapan yang pasti dengan mengundi Pakatan Rakyat…

Ahad, Mac 18, 2012 9:58:00 PM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Maaf saya terpanggil memberi komen.

1. Tuan menyatakan " UMNO/BN mengakui rekod buruk sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia ".
- saya kurang bersetuju. Apakah nikmat yg kita perolehi hari ini bukannya dtg dpd perjuangan UMNO/BN?
NIKMAT - kesejahteraan, keamanan, toleransi, kerjasama, mencari rezki, beribadat, etc.
Kejayaan orang MELAYU menikmati peluang pelajaran ke peringkat tinggi hingga ke overseas, IPTA terpilih, dpt ikuti kursus Profesyenal spt Jurutera, Doktor. Menaiktaraf SOSIOeknomi orang MELAYU yg ketinggalan di bumi sendiri. ETC.. apakah kita "penumpang' di bumi sendiri ??!!

2. Tuan menyatakan, "golongan yang dilabel pembangkang sebagai penjawat awam akan ditukar tempat kerja, disekat segala bentuk bantuan yang mereka layak, malah ada yang diberhentikan terus pekerjaan."
- tuan lagi tersilap, saya di kelantan, berapa ramai ahli /penyokong pembangkang yg bekerja sbg PA HARI INI di kerajaan persekutuan, Badan berkanun, guru - mereka semua saya kenal dan mereka MASIH berkhidmat ditempat yang selesa, boleh NAIK PANGKAT malah menikmati persekitaran kerja yg kondusif.

3. Tuan mengajak, " Beralihlah ke harapan yang pasti dengan mengundi Pakatan Rakyat…"
- Bagi saya, UMNO telah membuktikan jasa yg baik dan hebat. Mengapa kita perlu beralih kpd suatu yg BELUM PASTI.
Begitu juga BN yg ditunjangi oleh UMNO.
Jika kita merasa, kita perlu berubah, maka pilihan yg terbaik ialah, kita merubah kepimpinan dari dlm UMNO itu sendiri ... dan bukan MENOLAK UMNO.

sekadar berkongsi pengalaman ... maaf kerna guna platform ini.

Tanpa Nama berkata...

Memohon maaf dan mengakui kesilapan setelah setengah abad menerajui negara.
Memohon maaf dan memaafkan satu hal lain. Wajarkah peluang diberikan lagi setelah kesilapan diakui?

Beralihlah kepada harapan baharu, tidak lama, cuma 5 tahun sahaja.

Isnin, Mac 19, 2012 9:09:00 AM

$$$$$$$$$$$$$$

5 tahun .. ini bukan persatuan, boleh tukar gi mari !
DASAR, PERLEMBAGAAN ...

Tanpa Nama berkata...

Boss Bonus utk Felda sudah mau kasi....macamana Bonus utk PA dan tunggakan ?????..senyap jer isu nih....jgn senyap wak dek jer udahlah...

Tanpa Nama berkata...

sila Klik LINK INI...INCOME PASIF by google@yahoo....FREE..
ini bukan SCAM

>>> signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

jom try sama2..kalau betul untung besar...x betul..x rugi pun..sblm 9 april..

Tanpa Nama berkata...

sila Klik LINK INI...INCOME PASIF by google@yahoo....FREE..
ini bukan SCAM

>>> signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

SENANG JE....isi maklumat--buka email--aktifkan..= 1£/ person

jom try sama2..kalau betul untung besar...x betul..x rugi pun..sblm 9 april..

Tanpa Nama berkata...

wei cuepacs, jpa bila kami dapat lihat gaji baru ni? nak tunggu berapa lama lagi...orang nak buat loan rumahla...

Tanpa Nama berkata...

sila Klik LINK INI...INCOME PASIF by google@yahoo....FREE..
ini bukan SCAM

>>> signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

SENANG JE....isi maklumat--buka email--aktifkan..= 1£/ person

jom try sama2..kalau betul untung besar...x betul..x rugi pun..sblm 9 april..

Tanpa Nama berkata...

Bos, Tuan, bila mau kasi masuk itu gaji .. mau kasi loan itu buat beli EMAS punya harga muraaah !!!!

Tanpa Nama berkata...

okey sgt nice SBPA

Tanpa Nama berkata...

Bukan tak sokong SBPA, cuma gred2 tertentu saja yg layak.

Tanpa Nama berkata...

SBPA naik gaji berapa peratus sangat, tanpa pengecualian incometax pula, nanti lebih ramai kakitangan awam kena bayar cukai pendapatan

Tanpa Nama berkata...

UALA LUMPUR, 19 Mac: Tidak masuk akal sama sekali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membawa Malaysia ke tahap negara maju jika isu pembantu rumah pun dia tidak tahu selesaikan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu tersebut tetap tidak tahu diselesaikan oleh pentadbiran Najib walaupun telah berlarutan sekian lama.

"Kegagalan Najib menyelesaikan isu pembantu rumah merupakan satu lagi bukti jelas bahawa dia hanya pandai bercakap dengan idea dan fikiran orang lain sahaja.

"Itu sahaja kebolehan Najib termasuk mengulang sebut pelbagai singkatan atau akronim yang orang lain reka sedangkan dia sendiri tidak boleh diharapkan hatta untuk menyelesaikan isu pembantu rumah sekalipun," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sebelum ini, telah berkali-kali didakwa kononnya isu itu sudah selesai.

"Setiap kali Perdana Menteri makan angin ke Indonesia, digembar-gemburkan kononnya isu itu akan diselesaikan oleh beliau. Mana penyelesaiannya?

"Sama seperti isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Felda, MAS serta terlalu banyak isu lain, Najib berkali-kali membuktikan dengan jelas kepada rakyat bahawa beliau tidak tahu dan langsung tidak mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan hampir semua masalah," kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz, masalah pembantu rumah ini memerlukan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

"Dalam perbahasan di Parlimen selepas ini, saya akan nyatakan kegagalan kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka panjang yang telah berkali-kali dicadangkan oleh pelbagai pihak dan betapa wang negara RM250 juta yang seolah-olah dikendurikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan penyelesaian yang berulang kali dicadangkan itu," kata beliau.

Mahfuz meminta rakyat menilai betapa tidak berkebolehannya pentadbiran Najib menyelesaikan masalah rakyat itu.

"Ia juga membuktikan bahawa masalah yang dihadapi oleh rakyat, tidak kiralah masalah pembantu rumah, kenaikan harga barang atau apa sahaja masalah rakyat, tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran Najib.

"Yang tidak habis-habis beliau lakukan ialah bercakap berdegar-degar kononnya dia pandai sangat untuk mengatasi pelbagai masalah negara ini.

"Sedangkan, keriuhan beliau mengenai pelbagai perkara termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) misalnya terbukti menjadi bahan persendaan orang-orang Umno sendiri. Nyata sekali Najib tak mampu," kata beliau.

Krisis pembantu rumah semakin meruncing apabila Indonesia baru-baru ini menetapkan polisi "satu amah, satu tugas" dengan gaji minimum RM700.

Polisi itu bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain dan gaji minimumnya adalah RM700.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
template joomla

Tanpa Nama berkata...

PULAU PINANG, 19 MAC 2012 – Kira-kira 2,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan kakitangan awam persekutuan dan negeri mendengar taklimat khas berkenaan pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Dato’ Omar Osman di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Prof. Dato. Dr. Omar Osman berkata, majlis khas anjuran Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) itu disifatkan sebagai satu agenda penting dalam memberi penjelasan dan pemahaman kepada penjawat awam berhubung pembatalan SBPA baru-baru ini.

Katanya, penjawat awam juga perlu diberikan pemahaman sewajarnya berkaitan penggunaan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai langkah sementara sebelum satu penambahbaikan yang holistik dperkenalkan kerajaan untuk 1.4 penjawat awam di seluruh negara.

``Kita difahamkan akan ada satu suruhanjaya khas dibentuk bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung perkhidmatan awam di negara dan diharap melalui suruhanjya itu semua pihak diberi pengiktirafan sewajarnya.

``Penjawat awam memainkan pernanan penting dalam menggerakkan pembangunan negara dan apa juga skim yang diperkenalkan kelak diharap turut mengambil kira produktiviti penjawat awam dan keupayaan negara untuk terus membangun,’’ katanya.

Tambah beliau, kebijaksanaan Omar (CUEPACS) dalam membantu kerajaan memastikan keutuhan penjawat awam diteruskan dari masa ke semasa tidak dapat dinafikan dan berharap sesi penjelajahan beliau untuk tujuan penambahbaikan mencapai matlamat yang diinginkan semua pihak.

Sementara itu, Omar (CUEPACS) pula menegaskan, pihaknya akan turut serta dengan menghantar sembilan pegawai dalam senarai ahli suruhanjaya yang akan bersidang dalam tempoh terdekat.

Katanya, buat masa sekarang pihaknya masih menunggu draf pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kenaikan gaji sehingga 13 peratus seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebelum mula bersidang melalui suruhanjaya tersebut.

``Kita mahu isu penambahbaikan SSM ini dapat diselesaikan dalam tahun ini juga dan berharap rundingan di antara kerajaan dengan CUEPACS melalui suruhanjaya tersebut berjalan lancar.

``CUEPACS sudah bersedia dengan perkara-perkara yang akan dibentangkan meliputi pelbagai agensi dan kesatuan seperti tentera, Polis Diraja Malaysia (PDRM), akademik dan sebagainya serta berharap satu skim baru yang bersifat menyeluruh dapat diperkenalkan kelak,’’ ujarnya.

Beliau terdahulu dalam ucapannya menyifatkan SBPA dibatalkan atas tujuh sebab utama yang dirasakan perlu diberi penelitian semula termasuk isu kedudukan gaji maksimum, kekananan, perubahan gred tidak menyeluruh, penjumudan jawatan dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

sila Klik LINK INI...INCOME PASIF by google@yahoo....FREE..
ini bukan SCAM

>>> signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

SENANG JE....isi maklumat--buka email--aktifkan..= 1£/ person

Kalau tak BETUL..TAK rugi pun...tapi KALAU BETUL tapi TAK CUBA..kan menyesal..bukan kena bayar pun cuba..cuma 2 minit.

klik : signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

Tanpa Nama berkata...

sila Klik LINK INI...INCOME PASIF by google@yahoo....FREE..
ini bukan SCAM

>>> signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

SENANG JE....isi maklumat--buka email--aktifkan..= 1£/ person

Kalau tak BETUL..TAK rugi pun...tapi KALAU BETUL tapi TAK CUBA..kan menyesal..bukan kena bayar pun cuba..cuma 2 minit.

klik : signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57

Tanpa Nama berkata...

Masih tak habis2 beri komen....................

Tanpa Nama berkata...

mohon supaya diwujudkan setting words filtering dalam blog cuepacs... cuepacs tak sedih ke tengok ayat mencarut2 dalam blog ni, walaupun itu adalah hak untuk bersuara, tetapi sebagai rakyat malaysia, perlulah menggunakan ayat yang sebaiknya i.e. dalam rukun negara sendiri termaktub prinsip kesopanan dan kesusilaan...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred


2012/03/28

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.
"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA