Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD
utusann9@utusan.com.my
10/3/2012
KUALA PILAH 9 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pembangkang yang mendakwa keputusan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan digantikan dengan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai kegagalan kerajaan.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa langkah tersebut menjadi bukti bahawa kerajaan begitu responsif terhadap maklum balas daripada penjawat awam di negara ini.
Beliau turut menyifatkan dakwaan pihak pembangkang itu sebagai petunjuk bahawa mereka sememangnya gentar dengan perkembangan tersebut kerana pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik oleh kakitangan dan pegawai kerajaan.
"Ia bukan kegagalan. Apabila kita mahu mengemukakan SBPA, rupa-rupanya ada perkara tertentu yang kita tidak tahu di peringkat awal. Setelah ia diperincikan satu persatu, pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili kakitangan awam telah memberi pandangan.
"Antara pandangan mereka, sistem (SBPA) tidak dapat memenuhi tuntutan mereka, antaranya kenaikan gaji dan kemudahan yang lain. Akhirnya kita menerima pandangan ini dan kita respons terhadap cadangan mereka melalui pengumuman Perdana Menteri semalam," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Dengan Guru Agama, Guru Takmir, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid, Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Pemimpin Masyarakat di Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) Johol dekat sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin peringkat negeri.
Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan, SPBA tidak lagi dilaksanakan, justeru bagaimana ia boleh dikatakan gagal.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sesi dialog terbuka untuk mengkaji sistem pendidikan negara akan melibatkan pelbagai lapisan serta latar belakang masyarakat bagi memastikan kajian semula berkenaan mengambil kira pandangan semua pihak.
"Dialog ini akan mencakupi semua aspek pendidikan bermula daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan akhirnya universiti," katanya lagi.
Sebelum menamatkan lawatan ke Johol, Muhyiddin sempat menyerahkan cek RM30,000 kepada Rumah Kasih, Kampung Ulu Inas dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ulu Inas, Johol.
Pada sebelah petangnya, beliau mengadakan perbincangan tertutup dengan Mohamad di Hotel Royale Bintang, Seremban serta bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Klana Resort, Seremban dan berlepas pulang ke ibu negara lewat petang ini.
7 ulasan:
Sempat juga tu nak selar-menyelar heeeeeeehhhh
Senyummmm....tak perlu kata apa-apa....senyummmmmmmmm
muhyidin tak sabar nk jd PM (pokemak)
hehehe...
mengaku je le.....
bagi aku la pulak.JPA patut selaraskan pemberian elaun kritikal 15% drp gaji pokok kepada semua staff yang perkhidmatannya kritikal juga di hospital kerajaan. skrg ni hanya bagi kepada jururawat u29 jer. Bagi la juga elaun kritikal tu kepada juru xray, fisioterapi, pembantu farmasi dan juruteknologi makmal. Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik
bosan la selit2 bab politik dalam perkhidmatan awam.
blah la wei ahli politik!
Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18
SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.
RASHID,
Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”
Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”
Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.
Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”
Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”
Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.
Catat Ulasan