SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Mac 2012

PELARASAN GAJI BERKUATKUASA 1 JAN

Bernama
8/3/2012



PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012.

-- BERNAMA

54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagussss

Tanpa Nama berkata...

yahoo...i am the first..ini kali lah...baguslah SBPA dibatalkan..sangat SETUJU..!!!

Tanpa Nama berkata...

Mcm ner nasib juruteknik???? balik ke gred asal ke 17???

Tanpa Nama berkata...

masih kecewa + sedih + terkilan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cuepacs

Inilah dinamakan keadilan

KSN dan KPPA

Renungkanlah di mana silap kalau saya jadi samaada KSN atau KPPA dahlama harakiri dalam perkhidmatan awam. Bayangkan satu skim SBPA yang dah berhabis elaun dan kos yang diberi kepada Pegawai Tidur Duduk untuk digubal telah ditendang ke Tasik Putrajaya macam sampah. MALU MESTI MALU.

Kesimpulan dari isu SBPA

1. Jangan ambil hak orang lain
2. Sebagai ketua kita mesti memayungi anak-anak buah bukan kita pakai sendiri aje,
3. Pegawai yang menggubal skim SBPA akan diketahui identiti nanti
4. Sikap bersultan di mata beraja di hati dan kaduk naik junjung adalah sesuai bagi Pegawai Atasan
5. Kezaliman dan penganiyaan terhadap PA mendapat balasan
6. Bila sesuatu kumpulan terasa elit macam Pegawai Tidur Duduk pasti tempat mereka berada di dalam Muzium.
7. Akhir sekali Keadilan perlu diletak ditempat yang sepatutnya.

Kepada Penjawat Awam semua

Pastikan pengumuman ini sebagai batu loncatan untuk kita membukti kepada puak-puak atasan kita memang berhak mendapat apa yg sepatutnya yg kita dapat.

Tanpa Nama berkata...

kecewa + sedih + terkilan.
rm1000 y diharapkan,
RM106.85 saja y dpt.
tekanan hidup btambah.

Tanpa Nama berkata...

time-based SBPA guru pasal apa dikekalkan?TAK ACI!!!!!!!!!
Kalau semua SSM, semua balik SSM lah...BARU ADIL..........
Apa ISTIMEWAnya GURU???????!!!!!!

crank berkata...

tindakkan terbbaik yang diusahakan oleh cuepac

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan ni, berbaloi tak dengan harga barang telah naik melambung sepanjang tahun lepas dan sejak semalam?

Tanpa Nama berkata...

"kecewa + sedih + terkilan.
rm1000 y diharapkan,
RM106.85 saja y dpt.
tekanan hidup btambah."

SYABAS dan TERIMA KASIH CUEPACS...JASAMU TETAP DIKENANG DALAM SEJARAH PERKHIDMATAN AWAM!!!!!!

yang dikejar xdpt, yang dikendong keciciran.......

Tanpa Nama berkata...

RM 1200.00 X 13% = RM 156.00

RM 8000.00 X 7% = RM 560.00

Harga barang? Ekonomi semasa?

Tanpa Nama berkata...

Harap pegawai yang bertanggungjawab dalam merancang SBPA di JPA tampil untuk meminta maaf kepada semua kakitangan kerajaan. Janganlah berdiam diri sahaja. Unit Komunikasi Korporat JPA mesti segera bertindak. Kakitangan awam bahagian yang lain amat kecewa dengan tindak tanduk JPA dan sedikit sebanyak seperti hilang kepercayaan kepada JPA. Patutlah PTD cepat naik Gred. Mula2 PTD masuk kerja dengan gred 41. Tak sampai 10 tahun pun dan dapat gred 48. Kakitangan kerajaan bahagian yang lain bagaimana? Begitu istimewa sekali kumpulan PTD yang rata-rata bekerja di JPA. Identiti pegawai yang menggubal SBPA perlu diumumkan atau dihebahkan supaya orang kenal bahawa inilah pegawai yang nak menjahanamkan kerajaan dan menggalakkan kakitangan kerajaan marah kepada kerajaan. Mungkin pegawai yang menggubal SBPA itu "parasit dan jentera kerajaan" seperti kata DR Hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

bab gaji syukur alhamdulilah mungkin setakat tu jew kerajaan mampu...yg terkilan skang adalah ttg jawatan peg khidmat pelanggan kalo sblom nie dlm sistem sbpa dijumudkan kami termasuk dlm skim pekeranian & operasi ... satu peluang cerah pd kmi utk timba pengalaman yg baru dlm bidang tugas yg lain..skang ngan umur yg masih muda kami akan melakukan kerja yg sama untuk tempoh yg panjang cthnya hanya mengangkat tel serta melayan pelanggan serta kekadang kala d panggil GRO..nk bertukar pon susah cuti apatah lagi ...kami juga sering d pandang rendah..gred kami n17 juga tapi keje kami hanya mengangkat tel.. bosan, kerana hanya melakukan kerja sama setiap hari saban tahun... minta ada yg mengambil perhatian..

mas berkata...

Mmg sukar puaskan hati semua org.. Bersyukurlah kita kpd Allah di atas rezeki yang telah diberikan.. Apa pn sy ingin mengucapkan tq kpd PM di atas berita yang menggembirakan. walaupun kenaikan tidak banyak tetapi masih bersyukur, setimpal la dgn sijil yg kami ada.. Syukran Ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Ada yg terkilan apabila gaji mereka sepatutnya SBPA naik 4 angka. Tinggal 13%. Hakikatnya, masa SBPA .. terdapat ramai yg naik hanya 2 angka.

Apa pun saya sokong suara majoriti... biar sama rata kenaikan gaji tu. 13%

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH PM
Bajet telah diluluskan kenaikan 7-13 peratus dan terima sahajalah. Jika kenaikkan lebih dari tu IBARAT PA merompak wang rakyat. INGAT.... Pendapatan kerajaan adalah hak PA dan Bukan PA.

Jika masih tidak puas hati, Jeling-jeling lah sijil sendiri dan kepakaran, hijrahlah ke swasta atau GLC. Ada berani?. Bukankah hijrah itu sunnah.
Bravo PM. Cumanya PTD/ JPA mesti dipertanggungjawab atas kekecohan yg tercetus dan merugikan wang kerajaan. Berbelanjalah secara mengukur baju di badan sendiri.

"....and justice for all"
Land End

Tanpa Nama berkata...

Kaum Guru memang Gembira kerana desakan NUTP tetapi Penjawat awam lain yg bernaung di bawah CUEPACS masih ditakuk lama .
Krjaan pun kalao nak beri Time Base biarlah adil kpd semua Ktgan awam lain sebagai contoh 10 tahun berkhidmat dapat KUP .& Perjawatan yg penting penambahbaikan Kenaikan Pangkat yg menarik secara Time Base .

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH KERAJAAN.SATU PENGUMUMAN YANG ADIL.AKU YANG GRED 17 NI TERASA NASIB TERBELA.KERAJAAN SEKARANG MEMANG ADIL..............SYUKUR KEPATA TUHAN.

Tanpa Nama berkata...

Tq pm n cuepacs. Rasanya lebih adil utk semua. Mmg susah nk puaskan hati semua pihak..

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR SANGAT2 DENGAN KEPUTUSAN PM INI..SEKURANG2NYA KITA SEMUA NAIK GAJI..BIARPUN SEKADAR 13% DAN IANYA ADALAH LEBIH BAIK.. CUMA TERKILAN KERANA MEMBERI PENGHARAPAN DALAM SBPA..KEMUDIAN MENARIK SPT SATU PENIPUAN.. HARAP-HARAP KENAIKAN TIME BASED TIDAK DI LEPAS PANDANG DAN DI TUNAIKAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN. MENUNAIKAN JANJI ITU ADALAH TUNTUTAN KEPADA ORANG YANG BERJANJI..SEMOGA SEMUA DOA DARI PA ADALAH DOA YANG TERBAIK UNTUK KERAJAAN DAN NEGARA KITA.. AMIINN..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak gaji bnyk smbung belajar.. tk pun buat bisnes ssndiri

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan pencen? balik ke 58 ke kekal 60 macam sbpa??

Tanpa Nama berkata...

Kalau kail sejengkal, jangan diduga laut yang dalam.

Heboh pelaksanaan SBPA memberi harapan, tp x terlaksana jua...Sekiranya penambah baikan dilakukan, adakah tangga gaji akan diselaras walaupun dapat P2 dan P3?
Kastam bhgn penguatkuasaan kerja penuh risiko sampai ade yg ditembak, tp gj same ngn kerani yg dok dlm air cond... TAHNIAH dengan keprihatinan anda itu....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah GURU..teruskan usaha murni anda..

Kepada PA lain yg kuat mencaci GURU..nescaya malang akan sentiasa bersama mu..

Bukti pertama : Impian nk naik gaji tinggi x kesampaian..huahua!

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah janji PM kepada semua Penolong Kanan dan pengetua ...Hampir satu tahun menunggu ...adakah menanm tebu dibibir sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Awak pohon kerja ni pun kerana tak ada pilihan. Ramai lagi yang ada kelulusan tinggi tapi tak dapat kerja. Bersyukurlah ada kerja.

Tanpa Nama berkata...

sorry org sibuk pasal spba..
tp i nak tahu pasal guru KDC dengan bai'yah.. mengapa mereka tak layak dapat BITP sedangkan mereka merupakan kakitangan sekolah dan juga melakukan kerja mereka dengan sebaik-baiknya.

Tanpa Nama berkata...

saya bersyukur walaupun gaji naik sedikit sahaja. At least ada. Kepada yang tak tau bersyukur tu, insaf lah. Ada ramai lagi di luar sana yang tiada pekerjaan, kais pagi makan pagi. Kita dapat naik gaji walau setakat rm100 pun kira syukur sangat2. Terima kasih pada cuepacs dan Datuk Najib.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH PM
Bajet telah diluluskan kenaikan 7-13 peratus dan terima sahajalah. Jika kenaikkan lebih dari tu IBARAT PA merompak wang rakyat. INGAT.... Pendapatan kerajaan adalah hak PA dan Bukan PA.

Jika masih tidak puas hati, Jeling-jeling lah sijil sendiri dan kepakaran, hijrahlah ke swasta atau GLC. Ada berani?. Bukankah hijrah itu sunnah.
Bravo PM. Cumanya PTD/ JPA mesti dipertanggungjawab atas kekecohan yg tercetus dan merugikan wang kerajaan. Berbelanjalah secara mengukur baju di badan sendiri.

"....and justice for all"
Land End

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah....xbaek tamak2...berusaha la lg..kt kerja kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

engkau belajar setakat pmr...ta kan nak gaji rm8000.. bodoh betul. ..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi. TQ YAB PM...Tuan berjiwa rakyat..

kerani cabuk

Tanpa Nama berkata...

tak baik kutuk orang dah rezeki dia...

Tanpa Nama berkata...

setujuuuuuuuuuuuu....tambahbaik hidup anda...sekian

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah PA semua. Walau pun sikit tapi ada juga. Orang lain tak dapat apa yang kita dapat.Semua PA masih ada kerja, masih ada gaji, masih ada rezeki. Tiap bulan boleh cucuk kad ambil duit gaji, boleh sara keluarga, boleh cuti, boleh membeli kereta rumah dsn. Masuk hospital free tak payah bayar hanya dengan tunjuk GL aje. Satu keluarga masuk termasuk ibu dan bapa PA sendiri pun tak payah bayar. Dapat cola, sewa rumah dan macam-macam kemudahan lagi. Apa, tak bersyukur ke atau tak tau nak bersyukur ke atau memang tak reti nak bersyukur ke, atau buat-buat tak tau nak bersyukur ke?

Kepada PA yang bersyukur dengan pemberian kerajaan, TAHNIAH kepada anda kerana tau mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Dipertingkatkan lagi keimanan anda. Tahniah sekali lagi dan kekalkan prestasi kesyukuran dan keimanan anda.

Kepada PA yang tak tau nak bersyukur tu, bertaubatlah sebelum anda di pencenkan dari jawatan sebagai MANUSIA. Minta maaf kepada orang-orang yang telah anda hina, perbodohkan, cerca dgn semua perkataan-perkataan yang tidak baik. Kerana perbuatan/perkataan/tulisan anda itu telah menunjukkan keperibadian anda tanpa anda sedari.Cermin-cerminlah diri sendiri. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Bangkrap di dunia, muflis di akhirat. Fikir-fikirkanlah.

Dari warga Tua. TK.

Tanpa Nama berkata...

Syukur tetap bersyukur....tp mcm mana kami PT Kew....BITK msh blom di bela...dah mcm x logik Kadar BITK RM40.00 dan apabila lulus Exam bru dapat RM80.00.....tlg la kami...Jawatan lain dah byk dpt keistimewaan...cnth terdekat Pen.Peg.Tanah dr Gred NT17 ke NT27...Tukang Masak??? Elaun Khas Kesetiausahaan RM120.00....tp Kami?????

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah syukur sgt2 dgn kenaikan yg diberi..Terima kasih Tuhan kerana memberi rezeki,terima kasih PM kerana membuat kputusan yg bijak lagi adil,terima kasih CUEPACS kerana berusaha membuat yg terbaik!sesungguhnya sy sgt berpuas hati..tak perlu la kita mengharapkan knaikan yg terlalu byk shingga mencecah rm1k..penjawat awam di Malaysia bknnya 10org..belajarlah utk MENSYUKURI NIKMAT...

iman berkata...

Jangan xPUAS ATI DGN GURU....nak tahukenapa?jadi cikgu dulu baru tau.....

Tanpa Nama berkata...

sokong sesangat!!!!!

Tanpa Nama berkata...

saya stuju.. btl,btl,btl

Tanpa Nama berkata...

KENAIKAN SAMA RATA DARI GRED 1 HINGGA 54... ( 13% ).. MCM TAK ADIL KEPADA PEKERJA BAWAHAN ( KUMP SOKONGAN )

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulilah...baru nampak adil..
yang bawah..kena sedar..tahap pendidikan berbeza2..yang atas nampak dpt byk sebb diaorg berkelayakan..

Tanpa Nama berkata...

tahniah Dato...

bagi mereka yg mengubal SPBA..apa tindakan untuk mereka ? mereka buat kesilapan/ kesalahan/ membuang masa/ tindakan tatatertib .....

Tanpa Nama berkata...

memang syukur sangat2..berbanding dgn yg lain2 bukan PA,,nk tau antara yg syukur dgn tak syukur,selepas dapat pelarasan cuba krajaan potong rm1 setiap penjawat,alasan tersilap kira..haa mau macam nak runtuh langit riuh..itu baru rm1..kalu dgandakan rm nya isyyy tak tau nak cakaplaa

Tanpa Nama berkata...

Apa nasib juruteknik j17? adakah kami masih dalam peringkat SPM sedangkan kami mempunyai lulusan sijil politeknik? Seharusnya kami dinaiktaraf ke J19 seperti yang mempunyai sijil STPM..diharap cuepacs dapat bangkitkan dan bantulah golongan seperti kami.

Tanpa Nama berkata...

Tpuk dada tanya selera! Awk ingt bpa awk yg ajar awak smpi ke thap yg awk kecapi skrg! Klu bukan guru pm kita pun xkan jd pm la bodoh!

Tanpa Nama berkata...

adakah gaji bayar bulan jan spt tertera dlm sbpa

Tanpa Nama berkata...

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat yang berusaha untuk pelarasan sistem gaji Penjawat Awam sehingga Perdana Menteri mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Isunya sekarang Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan kaji semula untuk penambahbaikkan, sudah tentunya satu suruhjaya akan ditubuhkan dengan perlantikan ahli-ahli yang akan membuat kajian tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu berbincang semula bersama CUEPACS bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam penambahbaikan SSM.
Panel suruhjaya yang dilantik haruslah telus membincangkan penambahbaikan SSM termasuklah mata gaji maksima, PROSPEK yang mengantikan PTK, kenaikkan pangkat, gred jawatan.
Masih terdapat Penjawat Awam menerima gaji maksima selama 5 tahun dan masih dipangkat yang sama selama 10 tahun atau lebih sedangkan Penjawat Awam tersebut telah lulus PTK cemerlang. Diharap semua keluhan dan rintihan Penjawat Awam di ambil tindakan oleh JPA untuk merealisasikan hasrat PM “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan gred penyelia seperti n22 tanggungjawab besar tp gaji sama dengan n22(kup), upgred la sikit N24 ke.... biar ada perbezaan.tq

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya time base tu di berikan kepada semua PA, takkan guru jer.. kalau nak dibandingkan dengan kami yang bertugas di Hospital dan Klinik rasanya tanggungjawab kami lebih berat... adakalanya terpaksa bertugas 24 jam tapi bila belanjawan dibentangkan apa yang kami dapat... come on la kerajaan adil sikit dengan semua PA

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan komen diatas, kenaikan pangkat secara "time base" tidak sepatutnya kepada guru sahaja, sepatutnya perlu dipraktikkan kepada laian-lain jabatan kerajaan bagi menentukan ketelusan dan keadilan kepada semua penjawatan awam... kerajaan perlu membuat kajian bagaimana untuk melaksanakan kenaikan pangkat secara "time base" ini kepada semua jabatan... kenaikan gred gaji (KGT) tahunan perlu dipanjangkan bagi mengelak penjawat awam dimata gaji maksima.... diharap JPA mencari satu makanisma bagi pe nyelesaian ini.. CEUPACS perlu lebih berperanan...

Penjawat Awam

Tanpa Nama berkata...

dato omar tolong suruh jabatan yang belum bayar PTK segerakan lah.Terutama guru,polis dan sebagainya.tolong ye.terima kasih terhadap dato.kalau boleh datuk pi kerja kat JPA ganti puak2 yang mengarut tu.

Tanpa Nama berkata...

gembira, gembira gak... tapi kelakar lebih.. org kerajaan buat kerja memang cekap. tahniah ptd-ptd kerajaan malaysia, anda telah menghuru-harakan semua.