SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Mac 2012

MASA TERBAIK BUBAR PARLIMEN

Berita Harian
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2012/03/11


Sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN kian melonjak

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengambil tempat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program transformasi. Sehubungan itu beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk mengadakan PRU-13 penghujung Mei atau awal Jun depan dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk keselesaan petugas pilihan raya membuat persiapan di sekolah yang dijadikan pusat mengundi.
Penganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.

Beliau berkata, dengan peningkatan sokongan rakyat sehingga 69 peratus berikutan pelbagai insentif dan penambahbaikan dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, tidak mustahil tarikh ‘keramat’ itu akan umum dalam masa terdekat.

“Jika tidak dilaksanakan, dikhuatiri momentum yang sedang memuncak itu akan kembali ‘suam’, sekali gus mendatangkan risiko kepada pentadbiran Najib pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kajian mendapati Perdana Menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat per lima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula yakin sokongan terhadap Najib akan terus meningkat apabila penjawat awam mula merasai faedah daripada penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri tidak seharus menunggu lebih lama untuk merasai peningkatan sokongan yang lebih tinggi kerana ia akan mendedahkan kerajaan kepada risiko.

“Dalam konteks politik Malaysia, bukannya ideologi parti yang penting tetapi parti mana yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dalam bentuk praktikal dan mampu dirasai dalam masa terdekat,” katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa terbaik untuk kalah, lembu lum kena lepas, gaji PA lum kuar lampiran c, kes tunang anak lum setel, per lagi eh....

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

PULAU PINANG, 19 MAC 2012 – Kira-kira 2,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan kakitangan awam persekutuan dan negeri mendengar taklimat khas berkenaan pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Dato’ Omar Osman di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Prof. Dato. Dr. Omar Osman berkata, majlis khas anjuran Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) itu disifatkan sebagai satu agenda penting dalam memberi penjelasan dan pemahaman kepada penjawat awam berhubung pembatalan SBPA baru-baru ini.

Katanya, penjawat awam juga perlu diberikan pemahaman sewajarnya berkaitan penggunaan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai langkah sementara sebelum satu penambahbaikan yang holistik dperkenalkan kerajaan untuk 1.4 penjawat awam di seluruh negara.

``Kita difahamkan akan ada satu suruhanjaya khas dibentuk bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung perkhidmatan awam di negara dan diharap melalui suruhanjya itu semua pihak diberi pengiktirafan sewajarnya.

``Penjawat awam memainkan pernanan penting dalam menggerakkan pembangunan negara dan apa juga skim yang diperkenalkan kelak diharap turut mengambil kira produktiviti penjawat awam dan keupayaan negara untuk terus membangun,’’ katanya.

Tambah beliau, kebijaksanaan Omar (CUEPACS) dalam membantu kerajaan memastikan keutuhan penjawat awam diteruskan dari masa ke semasa tidak dapat dinafikan dan berharap sesi penjelajahan beliau untuk tujuan penambahbaikan mencapai matlamat yang diinginkan semua pihak.

Sementara itu, Omar (CUEPACS) pula menegaskan, pihaknya akan turut serta dengan menghantar sembilan pegawai dalam senarai ahli suruhanjaya yang akan bersidang dalam tempoh terdekat.

Katanya, buat masa sekarang pihaknya masih menunggu draf pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kenaikan gaji sehingga 13 peratus seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebelum mula bersidang melalui suruhanjaya tersebut.

``Kita mahu isu penambahbaikan SSM ini dapat diselesaikan dalam tahun ini juga dan berharap rundingan di antara kerajaan dengan CUEPACS melalui suruhanjaya tersebut berjalan lancar.

``CUEPACS sudah bersedia dengan perkara-perkara yang akan dibentangkan meliputi pelbagai agensi dan kesatuan seperti tentera, Polis Diraja Malaysia (PDRM), akademik dan sebagainya serta berharap satu skim baru yang bersifat menyeluruh dapat diperkenalkan kelak,’’ ujarnya.

Beliau terdahulu dalam ucapannya menyifatkan SBPA dibatalkan atas tujuh sebab utama yang dirasakan perlu diberi penelitian semula termasuk isu kedudukan gaji maksimum, kekananan, perubahan gred tidak menyeluruh, penjumudan jawatan dan sebagainya.

Mat Undi berkata...

Ya ! Percepatkan pilihanraya ! Tak sabar rasanya.

Tanpa Nama berkata...

IngAT semua Guru nak sokong setelah memberi Keistimewaan Time Base ?