SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Mac 2012

HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM


NAJIB Tun Razak disambut oleh para penjawat awam yang menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (dua kiri). – UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


PUTRAJAYA 8 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Menurut Perdana Menteri, jadual baru struktur gaji SSM itu diubah suai daripada Jadual Gaji Matrik bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kakitangan awam.

‘‘Ia selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2012,’’ katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih..

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih Kepada Cuepacs dan PM.Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Nothing new for Doktor, still working 36 hours.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih atas perjuangan CUEPACS dan keprihatinan PM dan semua yang terlibat.

Tanpa Nama berkata...

aku bersyukur dapat gak kenaikan gaji......tapi tak ada ka elaun untuk jawatan Pembantu pengurusan murid prasekolah.....kenapa pembantu pengurusan murid pendidikan khas ada elaun....padahal tugas kami sama ja....jg budak2 juga...kena layan kerenah guru2 lagi...guru2 yang mengajar prasekolah berlagak pulak tu....buat kami macam bibik...macam la kami berjawatan pembantu pengurusan guru....kadang2 bagi arahan macam mereka 2 bos la plak

Tanpa Nama berkata...

trima kasih cuepacs di atas perjuangan anda.....

Tanpa Nama berkata...

tima kasih kerajaan....aku bengang org kutuk2 kerajaan....dah bg mcm2 ,masih lg kutuk sana sini..... aku pasti kerajaan akan menang akan dtg...aku akan ajak rakan2 aku undilah BN..... KITA SAMA2 PERJUANGKAN.......CAYOO