SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Mac 2012

CUEPACS MAHU SURUHANJAYA KHAS TURUT SEMAK SEMULA GRED PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM

Bernama
28/3/2012

SHAH ALAM, 28 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

-- BERNAMA

57 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ke arah negara berpendapatan tinggi..yeah...yeah

Tanpa Nama berkata...

tolong kaji penjawat awam yang terpaksa memegang tanggungjawab sebagai pegawai aset.. kami terpaksa menanggung beban lebih kerja, sama ada berikan elaun atau wujudkan satu jawatan baru sebagai pegawai aset.

Tanpa Nama berkata...

Takde pun tunggakan 13% tu masuk pada hari ni 29 Mac 2012 spt di ura-urakan sblm ni, aku baru je check akaun.

Tanpa Nama berkata...

Takde pun tunggakan 13% tu masuk pada hari ni 29 Mac 2012 spt di ura-urakan sblm ni, aku baru je check akaun.

------------------------------------------------------------------------------

jgn percaya sgt...semua kelentong semua....tak leh pakai semua...last2 semua BATAL termasuk SSM baru ni....pakai je SSM yg lama tu macam biasa.....

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS HANYA DIPANDANG SEBELUM PILIHANRAYA SAJA. LEPAS PILIHANRAYA JANGAN HARAP KERAJAAN NAK PANDANG. MENYALAK PUN TAK DILAYAN..

Tanpa Nama berkata...

saya sudah bosan dengan berita semak sana semak sini tapi cakap je lebih, bukti takda. Sbpa dah masuk kubur, ni yg 13% masih tk pasti. nyusahkan penjawat awam je. Yg senang toke2 kedai sbb dah naikkan harga barang.

Tanpa Nama berkata...

Khekekkkee
demam ke tidak.. nengok gaji pun teman dah rasa semacam hidup di tahun 2011.
Camno mau buat perubahan/ TRANSFORMASI perkhidmatan yang lebigh baik dan UNGGUL.

Kite buat khejo susah-susah .. gaji barunya di mane?

kejor yop kejor ..

Tanpa Nama berkata...

kita nak gaji baru...rupa gaya memang tak de gaji baru, semua bohong belaka...

Tanpa Nama berkata...

semua bodoh...
keje senang pn xleh nk selesaikan..
apa2pn tnggu je gaji APRIL ni....

Tanpa Nama berkata...

layan fb ngn mgulor lg best...

Tanpa Nama berkata...

rate sewa rumah kat cameron rm700-rm900 sebulan.
elaun rumah rm 180 + cola rm150( terbaru)...=rm330
kuarter berebut2..kakitangan awam ramai yg menyewa sendiri..nak beli rmh mahal yang amat...habis camno...cadangan
COLA -rate sama gan bandar RM300

Tanpa Nama berkata...

harap jangan le kacau cola yg duk kuarters...cukupla setakat potong elaun perumahan..ni cola RM150 (dulu RM100.00)dapat separuh je RM75.00...

Tanpa Nama berkata...

kaji semula jawatan gred J dan yang lain lain ... takkan masih start 17 lagi... patutnya dah ada penambahbaikan ... pelukis pelan tak atau seangkatan yang ada kemahiran di universiti atai poli atau kolej diiktiraf tak sama dengan pembantu tadbir.... kaji kaji lah takkan yang ada kemahiran dan yang SPM sama ..?.. kerja kerja teknikal ni lain.....harap dapat di pandang pandang....

Tanpa Nama berkata...

kaji semula kelayakan untuk memohon jawatan d P.A.sekurang2nya memiliki sijil SPM,barulh betul,tiada lagi pa menerima basic gaji d tahap kemiskinan, bermula 2012 ini jumutkan semua jawatan terendah,semua bermula dengan N.17,yang telah berada d N.17,bagi kenaikan N.22 dan begitu juga jawatan seterusnya,bermula dgn tahun 2013 bagi time base 8-10 tahun untuk kenaikan seterusnya,baru adil,tak kira pa ka,cikgu ka,dan sebagainya.TRANSFORMASI dalam perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
saya sudah bosan dengan berita semak sana semak sini tapi cakap je lebih, bukti takda. Sbpa dah masuk kubur, ni yg 13% masih tk pasti. nyusahkan penjawat awam je. Yg senang toke2 kedai sbb dah naikkan harga barang.

============================
Sekarang ni...keadaan masih tak menentu...SSM yg dah siap dikapankan tu pun boleh hidup semula.
Jadi tak mustahil sbpa keluar balik dari kubur hehe

Tanpa Nama berkata...

Kelayakkan masuk gred j17 akan dinaikkan ke j27..dimana kenaikan pangkat ke j36 sebagai penolong jurutera perlu diluaskan kepada juruteknik dengan kelayakkan naik mesti memiliki diploma.....

hapuskan juruteknik j17 dan naik taraf gred ke j29 dengan kelayakkan masuk
penolong jurutera j29
p1t5 diploma
p1t1 sijil kejuruteraan politeknik....
=
Penolong pegawai tadbir n27
p1t3 diploma
p1t1 sijil tinggi pelajaran malaysia

lepas tu kerajaan boleh fikirkan syarat kelayakkan masuk sebagai juruteknik j17 disebabkan politeknik tidak mengeluarkan sijil sejak 2009

Tanpa Nama berkata...

lepas tu kerajaan boleh fikirkan syarat kelayakkan masuk sebagai juruteknik j17 disebabkan politeknik tidak mengeluarkan sijil sejak 2009

=========================
Politeknik tak keluarkan sijil sejak 2009...?????????????????

Tanpa Nama berkata...

checklah dalam pengambilan politeknik..mana ada sijil lagi...semua diploma

Tanpa Nama berkata...

DATO OMAR.

SELESAI KES SATU PERSATU.

1.BAYARAN GAJI SSM BARU.

2.ISU GRED KAKITANGAN BAWAH

3.MASALAH GRED KUMPULAN LAIN.

4.ISU PELANTIKAN GRED BELUM SELESAI.

5.BIROKRASI MELAMPAU DALAM SEKTOR KERAJAAN.(KELEWATAN LANTIKAN DAN SEBAGAINYA)

6.SALAHGUNA KUASA (PENINDASAN) OLEH MAJIKAN KEATAS PENJAWAT AWAM BAWAHAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.

(Minta semua pa utara masalah yang belum selesai atau tertunggak)).banyakkkkkk la dato
boleh buat hikayat seribu satu malam.

Tanpa Nama berkata...

KAMI WARGA PERPUSTAKAAN DESA YANG BERSTATUS KONTRAK SEJAK 7 TAHUN YANG LALU DIJANJIKAN JAWATAN TETAP SEMASA BERKHIDMAT...BUKAN SEDIKIT KAKITNAGAN YANG ADA DEKAT 2013 ORANG MAHU PEMBELAAN SEWAJARNYA....KAMI JUGA DISENARAI OLEH MAJIKAN TIDAK BOLEH MEMBELI RUMAH MAHUPUN KENDERAAN KECUALI MENGGUNAKAN PENJAMIN...DIMANAKAH HAK KEMANUSIAAN KAMI SEKIAN LAMA YANG DIJANJIKAN

Tanpa Nama berkata...

kaji tetap kaji ...kaji dulu gred n 17 pembantu tadbir ngan peg khidmat pelanggan...sama gred tp kami yg pegawai khidmat pelanggan nie tk blh membuat kerje2 kerani ... bosan kalo anda nak tau ...tugas kami sbg peg khidmat pelanggan amatlah bosan...setiap hari keje yg sama saban tahun...nk cuti susah makan pon susah abis semua susah... kekadang asyik kena marah ngan public... nk join mesy kelab petanda pon tk blh kaunter tk de org ...tinggal la kami sorang2 melayan pelanggan yg pelbagai kerenah ....ha lg 1 nk tukar pejabat pon susah ... sememangnya tugas pegawai khidmat pelanggan ngan pembantu tadbir n17 haruslah sama ...ad rotate baru adil ... kami sama gred tp jawatan lain lain...biar semua merasa pd mereka yg memandang ringan tugas kami !!!!

Tanpa Nama berkata...

belanjawan 2013 nie harap quepack dapat memperjuangkan kenaikan gaji kakitangan awan lagi...elaun2 rumah cola elaun perkhidmatan elaun lebih masa dan wujudkan elaun kedatangan untuk memberi semangat kepada kakitangan awam kerja tanpa alasan..prepare dari sekarang...datuk presiden terbaik..

THE REAL N17 berkata...

pegawai khidmat pelanggan patut elok kekal jadi "operator telefon" N 11 saja dari dulu. ni la akibatnya diberi naik PERCUMA ke N 17. masing masing lemak, perasan pandai, demand macam macam. dah naik N 17, nak itu ini lagi.

BAWAK-BAWAK LA BERSYUKUR!

Tanpa Nama berkata...

Sungguhpun politeknik dh x keluarkan SIJIL tetapi dah ramai yg graduate dgn sijil POLI sejak 20 tahun yg lalu......sijil poli ttp sijil poli...sijil spm ttp spm ....stpm ttp stpm......SO kalau jwtn tu memerlukan kelayakn Sijil Politeknik maka apa kena mengenanya dgn sijil dah tak dikeluarkan lg oleh politeknik????????

Tanpa Nama berkata...

Sama gak dgn spm stpm diploma dan degree......sijil Poli pun tetap ada sampai bila bila sungguhpun Politeknik dh tak keluarkan sijil lg.

Tanpa Nama berkata...

UALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalami memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.
Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.
Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.
"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.
"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.
template joomla

Tanpa Nama berkata...

01 Mac 2011
15,000 PEMBANTU AM NAIK PANGKAT
Utusan Malaysia
Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my

IPOH 28 Feb. – Seramai 15,000 pembantu am pejabat akan menikmati kenaikan pangkat dan gaji sekiranya permohonan kenaikan itu diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (gambar) berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji dan menyelaraskan semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan itu ketika ini.

Menurutnya, pelarasan itu perlu kerana penjawat jawatan itu sebelum ini hanya berkelulusan rendah seperti di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding kini apabila turut disertai lulusan diploma dan ijazah.

“Memorandum telah dihantar kepada JPA enam bulan lalu dan kita sedang menunggu kelulusan permohonan tersebut. Saya menjangkakan keputusannya akan diketahui tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat dan penerangan Kesatuan Pembantu Am Pejabat (KPAP) Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Asri Saad dan Presiden KPAP Semenanjung Malaysia, M. Ramachandran.

Omar berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan ia dilihat akan meningkatkan lagi semangat penjawat jawatan itu untuk bekerja keras.

“Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat.

“Justeru itu, apabila adanya keselarasan, ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar nama KPAP kepada nama yang lebih bersesuaian agar selaras dengan tanggungjawab mewakili persatuan itu.

Katanya, kini tugas pembantu am pejabat tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat sahaja malah meliputi pelbagai cabang tugasan.

“Dulu memang tugas mereka hanya tertumpu di pejabat tapi kini ada antara mereka bertugas di luar seperti di makmal dan sebagainya.

“Justeru itu kita akan berbincang dengan JPA untuk mencari nama yang lebih sesuai untuk persatuan ini,” katanya

Saya mewakili kawan-kawan yang berada didalam skim pembantu am pejabat mengharapkan agar pihak Cuepacs jangan terlepas pandang dengan nasib golongan seperti Gerd kami ini.Diharapkan semoga Gerd pembantu am pejabat dinaikkan ke Gerd N17 sepertimana Gerd tukang masak yang telah dinaikkan..

Tanpa Nama berkata...

keputusan pekeliling ssm da keluar ni tak adil juga ni so...mari kita ramai ramai TUKAL BAJU.....TUKAL BAJU TUKAL BAJU KITA...BAJU BARU WANGI TAPI JAHITAN DIA CANTIK SBB DA ADA PENGALAMAN TU

Tanpa Nama berkata...

MENAMPAKKAN KELEMAHAN JPA DALAM MELARASKAN PERKHIDMATAN AWAM WALAUPUN JPA TELAH WUJUD BERPULUH-PULUH TAHUN. SEMUANYA NAK KENE DENGAR PENDAPAT CUEPECS. NAMPAK SANGAT JPA TAK PERIHATIN, HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.....TAK TAHU PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA... YANG MEREKA TAHU HANYALAH PERKEMBANGAN TEMPAT MEREKA HENDAK MELANCONG DAN MODEL BARU KERETA MEWAH.....KENAPA.... TAPI PANDAI JAWAB

Pemuda UMNO berkata...

skim SSM pun lagu kucar kacir sila lihat pekeliling baru,,Dato sri NAJIB sila berhati hati...semak semula skim ssm ini ramai PA lagi tidak berpuas hati...pemuda UMNO..

Tanpa Nama berkata...

camno niih omar?

Tanpa Nama berkata...

SSM baru ini,betul-betul bermasalah.
seorang pekerja yang lebih senior 3,6,9 bulan daripada junior,jumlah pendapatan akan berkurang daripada junior.
terutama orang yang senior kepada kawan kamu 3 ,6 bulan, jumlah pendapatan sebelum ini adalah lebih, tetapi, sekarang jumlah pendapatan tahunan menjadi kurang daripada orang yang junior kepada anda 3 dan 6 bulan.
dengan itu, gaji tahunan dia akan menjadi senior anda.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan semua gred di selaraskan spt yang dinikmati oleh anggota polis

Tanpa Nama berkata...

saya mewakili kumpulan lain paramedik pinta dikaji semula elaun kritikal yan di nikmati oleh jururawat kerana kerja kami juga terdedah kepada bahaya dan mendapt permintaan disektor swasta

Tanpa Nama berkata...

Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.

Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).

Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.

Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:

(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?

(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?

(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?

Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara?

Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!

PAP(PEMBANTU AM PEJABAT) NAK MINTA NAIK PANGKAT KERJA ASYIK CURI TULANG TERUTAMA YANG VETERAN(UMUR 50 TAHUN KEATAS,MEREKA INI ADA IDEA UNTUK MENIPU BOSS,TAPI BOSS TIADA IDEA UNTUK MENANGKIS IDEA PENIPUAN MEREKA),jpa boleh buat kajian keatas mereka ini,uniform kumpulan ini diberi tidak dipakai mereka setiap hari,mereka membuat pakatan dengan taukeh kedai ambil wang.orang veteran banyak ilmu penipuan.

Tanpa Nama berkata...

PEMBANTU PENILAIAN MINTA NAIK GRED TETAPI SETENGAH PEMBANTU PENILAIAN ASYIK MAIN GAME,FACE BOOK,MELUKIS DAN TIDUR DALAM PEJABAT,PENYELIA-PENYELIA DAN PENGARAH PENGARAH TIDAK BERANI TEGUR MUNGKIN ADA KEKEBALAN PADA DIRI MEREKA,ANAK MENTERI ATAU ANAK PENGARAH MUNGKIN.

Tanpa Nama berkata...

1. Mengikut pekeliling terbaru yang diedarkan oleh JPA, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah gred NT27 adalah memiliki Sijil dalam bidang kejuruteraan/Sijil Politeknik berkaitan (sila rujuk pekeliling perkhidmatan bil 16 tahun 2009, syarat lantikan - di para 4) yang mana, ini adalah sama dengan kelayakan untuk lantikan bagi skim juruteknik gred J17/FT17, kenapa perkara ini berlaku, Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan.?.

2. Persoalannya mengapa tidak diberi kelonggaran dengan dinaikkan pangkat secara lantikan atau diberi opsyen secara tukar lantik sebagaimana diberikan kepada kakitangan gred NT17 (seperti yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil. 16 2009, sila rujuk di para 6 - pelaksanaan). Gred NT17 dengan kelulusan lantikan SPM diberi kelonggaran kenaikan pangkat ke NT27 dengan pengalaman kerja hanya selama 6 tahun sahaja. Bagaimana dengan J17/FT17 yang mempunyai Sijil Politeknik yang berkaitan,kenapa tidak boleh mendapat gred 27?

3. Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred NT27 berpeluang mendapat gaji/pangkat yang lebih tinggi berbanding J17/FT17 untuk menikmati J22/FT22 atau J26/FT26 yang memerlukan masa yang lama, dan kebanyakan juruteknik gred J17/FT17, walaupun telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun, malahan ada yang telah berkhidmat hampir 29 tahun, masih lagi di gred yang sama kecuali dengan KUP 15 tahun perkhidmatan . Jadi saya berharap pada mesyuarat itu nanti, tuan boleh mempertengahkan hal ini.

4. Untuk pengetahuan tuan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi tidak lagi mengeluarkan Sijil Politeknik dan telah dimansuhkan hanya Diploma Politeknik sahaja yang dikekalkan. Mulai Sesi Pengajian Jun 2010, Politeknik seluruh Malaysia tidak lagi menawarkan program di peringkat sijil. Jadi saya berharap agar kita bersama menaiktarafkan Sijil Politeknik yang ada pada Juruteknik J17 dan Juruteknik Komputer FT17 untuk mendapat kenaikkan seperti NT27. Contoh tangga gaji Penolong Pengawai Tanah NT27 P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 manakala Juruteknik Komputer/Juruteknik FT17/J17 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37, jadi skim perkhidmatan ini perlu diselaraskan.

5. Sekiranya seseorang penjawat awam mempunyai Siji Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya tetapi layak mendapat NT27 (Penolong Pengawai Tanah) manakala yang mempunyai sijil yang sama Sijil Perancang Bandar dan Wilayah kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tetapi mendapat J17 (Juruteknik Perancangan Bandar dan Desa). Kenapa ketidakadilan berlaku? NT27 mendapat elaun Elaun Perkhidmatan Awan sebanyak rm160 sebulan manakala juruteknik hanya mendapat rm115 dan dalam setahun berbeza rm540. Sila rujuk www.spa.gov.my – maklumat jawatan.

6. Banyak lagi Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaikan contohnya :

i) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2009 - PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH DAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATASERTA PERUBAHAN SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
ii) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009 - SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT

Ahad, April 01, 2012 3:58:00 PM
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku sokong pnjelasan kamu... salah sorg PA yg brcakap di atas FAKTA... kami bkn meminta2 bnda yg x msuk akal... kami meminta hak kami yg JPA dh maklum sblm SBPA lg...

tukang sapu berkata...

aku jumpa....
pegawai kerajaan baju cap veterina...3 orang sedang minum sambil isap rokok jam 9.00 hingga 9.45 pg..x kejer ke..

sau lagi...masa aku lepak kat taman teruntum...dia datang ngan pajero..duduk kat taman baca surat khabar...pajero cap jps..atau veterina (tak ingat) jam 9.30-10.30pg...mencari ketenangan kot..rasanya banyak lagi la...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yg sia-sia belaka... semak semula gred kena ambil masa 10-20 tahun lg...xguna langsung!!!

Tanpa Nama berkata...

Cdngan utk semak semula gred perkhidmatan amat disambut baik.Apa yg sy inginkan supaya gred 17 dimansuhkan dan cuma gred 22 dan 26 sahaja digunapakai utk jawatan pelaksana dan ini dapat meningkatkan kredibiliti k/tanggan dan berpendapatan tinggi k/tanggan awam juga menaikan gred-gred lain yg dibawah nya.

Tanpa Nama berkata...

1. Mengikut pekeliling terbaru yang diedarkan oleh JPA, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah gred NT27 adalah memiliki Sijil dalam bidang kejuruteraan/Sijil Politeknik berkaitan (sila rujuk pekeliling perkhidmatan bil 16 tahun 2009, syarat lantikan - di para 4) yang mana, ini adalah sama dengan kelayakan untuk lantikan bagi skim juruteknik gred J17/FT17, kenapa perkara ini berlaku, Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan.?.

2. Persoalannya mengapa tidak diberi kelonggaran dengan dinaikkan pangkat secara lantikan atau diberi opsyen secara tukar lantik sebagaimana diberikan kepada kakitangan gred NT17 (seperti yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil. 16 2009, sila rujuk di para 6 - pelaksanaan). Gred NT17 dengan kelulusan lantikan SPM diberi kelonggaran kenaikan pangkat ke NT27 dengan pengalaman kerja hanya selama 6 tahun sahaja. Bagaimana dengan J17/FT17 yang mempunyai Sijil Politeknik yang berkaitan,kenapa tidak boleh mendapat gred 27?

3. Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred NT27 berpeluang mendapat gaji/pangkat yang lebih tinggi berbanding J17/FT17 untuk menikmati J22/FT22 atau J26/FT26 yang memerlukan masa yang lama, dan kebanyakan juruteknik gred J17/FT17, walaupun telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun, malahan ada yang telah berkhidmat hampir 29 tahun, masih lagi di gred yang sama kecuali dengan KUP 15 tahun perkhidmatan . Jadi saya berharap pada mesyuarat itu nanti, tuan boleh mempertengahkan hal ini.

4. Untuk pengetahuan tuan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi tidak lagi mengeluarkan Sijil Politeknik dan telah dimansuhkan hanya Diploma Politeknik sahaja yang dikekalkan. Mulai Sesi Pengajian Jun 2010, Politeknik seluruh Malaysia tidak lagi menawarkan program di peringkat sijil. Jadi saya berharap agar kita bersama menaiktarafkan Sijil Politeknik yang ada pada Juruteknik J17 dan Juruteknik Komputer FT17 untuk mendapat kenaikkan seperti NT27. Contoh tangga gaji Penolong Pengawai Tanah NT27 P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 manakala Juruteknik Komputer/Juruteknik FT17/J17 P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37, jadi skim perkhidmatan ini perlu diselaraskan.

5. Sekiranya seseorang penjawat awam mempunyai Siji Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya tetapi layak mendapat NT27 (Penolong Pengawai Tanah) manakala yang mempunyai sijil yang sama Sijil Perancang Bandar dan Wilayah kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tetapi mendapat J17 (Juruteknik Perancangan Bandar dan Desa). Kenapa ketidakadilan berlaku? NT27 mendapat elaun Elaun Perkhidmatan Awan sebanyak rm160 sebulan manakala juruteknik hanya mendapat rm115 dan dalam setahun berbeza rm540. Sila rujuk www.spa.gov.my – maklumat jawatan.

6. Banyak lagi Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaikan contohnya :

i) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2009 - PENJUMUDAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH DAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATASERTA PERUBAHAN SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
ii) PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009 - SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT

Ahad, April 01, 2012 3:58:00 PM
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

i juga sokong.....Aku sokong pnjelasan kamu... salah sorg PA yg brcakap di atas FAKTA... kami bkn meminta2 bnda yg x msuk akal... kami meminta hak kami yg JPA dh maklum sblm SBPA lg...

Tanpa Nama berkata...

dahh lamah dah. sejak zaman datuk sammey vellu lg. kami nak hak kami dan keadillan. tolonglah...bukan senang nak lulus kat poli. pelajar STPM pun boleh dapat GB jg kat poli. gagal berhenti.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan supaya nama jawatan pembantu am pejabat ditukar lagi namanya jadi pembantu pejabat.

perkataan am menghina kami, rasa macam kasta paria pulak rasanya.

ptd2 cerdik di spa diharap ambil maklum.

Tanpa Nama berkata...

Nak semak ape lagi.yang dah bagi pun tarik balik.kerajaan lebih mementingkan guru,polis dan tentera sahaja.penjawat awam lain semua tak penting.teknikal lagi la dianaktirikan......

Tanpa Nama berkata...

Salam Dato...,

Minta intai2 juga pesara yang hanya boleh 2% itupun tahun 2013. Jika pencen RM1000/= dapatlah RM20/=. SSM mereka yang gaji RM3,693.74
ke RM4,033.13 bagi Sjn Polis. Jika dia pencen lebih besar dari Sub Inspektar yang pencen tahun 2011 yang gajinya hanya RM3,815/=. Bukan tidak adail cuma tak berapa betul perkiraan kenaikan gaji dan faedah yang akan dinikmati oleh pesara...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan Pembantu Am Pejabat dijumudkan dan dijadikan Pembantu Am Pejabat curi tulang kerana asyik sekejap ada,sekejap tiada,pergi mana,tak tau kemana menghilangkan diri,Pembantu Penilaian dijpph diubah nama kepada Pembantu Perbandingan kerana kerja buat perbandingan untuk pegawai penilaian sahaja.

M 17 berkata...

cadangan supaya pembantu am pejabat N1 ditukar nama kepada pembantu am diplomatik M1, supaya PTD boleh menyelenggara skim ni supaya ianya menjadi "bersemangat macam PTD walaupun gred rendah".

jadi takdala isu par curi tulang, par lawan penyelia, par pemalas, par bangang dan sebagainya.

bila ptd dah ambil alih par, barulah mereka berdaya saing. pasal ptd selalu kata sesuatu jabatan/kementerian tu akan berubah setelah dimasuki ptd.

sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Pihak kami bersyukur di atas kenaikan gaji yang diberikan, namun kami dalam bidang teknikal sungguh2 kecewa( Gred J , seperti tertipu....namun pihak kami yakin kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini. bukan pe, selama ini Gred N17 menganggap Gred J17 sama taraf dengannya....dan kurang respect ngan pihak kami semua.Bukan pihak kami nak memperkecilkan N17 ( tak semua macam tu ) segelintir.

Tanpa Nama berkata...

DI USM,LAPORAN PRESTASI YANG DITULIS PENILAI PERTAMA/KEDUA BERBAU PERIBADI TERUTAMA DIPUSAT PENGAJIAN USM,HARAPAN KAMI PIHAK-PIHAK YANG BERKAITAN DALAM USM PERIHATIN MASALAH KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA GRED 22 KEBAWAH.HAIRAN SETIAP TAHUN SAYA DAPAT LPNT YANG TINGGI,2011 RENDAH 85% KEBAWAH.JAWAPAN YANG DIBERI MASALAH PERIBADI,PENILAI PERTAMA/KEDUA TAK TELUS.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong penjelasan anda mengenai skim NT27. Kita tak perlu mangaibkan manaX2 jawatan/gred tetapi mengapa perlu ada perbezaan gaji dan gred bagi kelulusan sijil poli. Malah STPM telah diletakan bersama kelayakan Diploma tetapi Sijil Poli yang juga megambil masa 2 tahun serta perlu lulus latihan Industri yang tiada dlm STPM diklasifikasi dengan kump SPM. Badut JPA yang mana membuat/menyelaras mengenai kelayakan kemasukan PA? Anda anada seorang yang amat bodoh kerana tidak dapat membezakan perkara diatas.

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang lulusan Sijil Kejuruteraan Elektrik( Komputer ) dari Politeknik menjawat jawatan FT17. Saya juga memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik). Soalan saya sekarang ialah mengapa kemasukan FT17 baru diberi syarat kelayakan min SPM lulus subjek Elektrik/Elektronik/Teknologi Maklumat. Sekiranya PTD di JPA beranggapan FT17 yang perlu melakukan pelbagai kerja teknikal boleh diambil dari lulusan SPM, kenapa FT17 sedia ada tidak diberi peluang dinaikan pangkat ke FT29 menggunakan Diploma Elektronik seperti saya. Ini pun kerja teknikal jugak da....... Bukan semua ulat bukuyang ada Diploma Komputer pandai menjalankan tugas sebagai PPTM/PTM... Ada ramai cth yang anda boleh lihat dimana PPTM/PTM tidak mempunyai pengetahuan basic pasal IT pun....Sekiranya ada lagi yang rasa teranyai macam saya sila tembak di blog ini seterusnya kita tembak JPA...

Tanpa Nama berkata...

kita HARAP OMAR DINAIKKAN MEMEGANG JAWATAN KSN GANTI ORANG LAMA KSN YG DAH LAMA TUA SANGAT...kita tukal tukal KERUSI la...mana la tau omar sgb ksn boleh naikkan semula gred J,G,S....

Tanpa Nama berkata...

pelik. gred U14 gaji lebih tinggi daripada U22. pastu gred N17 lebih tinggi daripada gred U17 dan U22. Dari segi kerja gred U lebih mencabar kerana mempunyai anak buah berhadapan dengan orang ramai secara terus dan juga perniaga-perniaga sedangkan gred N17 ke N26 bekerja di dalam pejabat sahaja urusan pentadbiran. Harap CUEPACS tolong semak perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong penjelasan anda mengenai skim NT27. Kita tak perlu mangaibkan manaX2 jawatan/gred tetapi mengapa perlu ada perbezaan gaji dan gred bagi kelulusan sijil poli. Malah STPM telah diletakan bersama kelayakan Diploma tetapi Sijil Poli yang juga megambil masa 2 tahun serta perlu lulus latihan Industri yang tiada dlm STPM diklasifikasi dengan kump SPM. Badut JPA yang mana membuat/menyelaras mengenai kelayakan kemasukan PA? Anda anada seorang yang amat bodoh kerana tidak dapat membezakan perkara diatas......susah la sistem jpa kalo gini tak pekaa langsunggggggg so pelikkkkkkkkkkk

Anganku Musnah berkata...

Sengsaralah Sampai Mati(SSM) gaji. Sengsaralah Sampai Mati(SSM) gred SPM KPT N22 menjadi supervisor gred sijil Politeknik (J17 dan J22). Tetapi selepas SBPA yg baharu dilahirkan itu tiba2 mati, maka kempunanlah J17 dan J22 untuk menjadi J27. Maka selama2nya SPM menjadi boss kepada Sijil Politeknik. Inilah kedudukan sijil politeknik sebenarnya di mata PM kita. Pembatalan yg tidak sepatutunya berlaku telah berlaku. Sepatutnya penambahbaikan SBPA dan bukannya pembatalan SBPA.