SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Mac 2012

TEKNOLOGI BANTU URUS SISTEM PERJAWATAN

Berita Harian
Oleh Kamaruddin Mohd Said
2012/03/17




Kewujudan data saraan komprehensif selesai isu berkaitan penjawat awam

APABILA skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada 1 Januari lalu, banyak pihak menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka. Ini ialah kerana SBPA jelas memberikan lebih banyak ganjaran gaji kepada penjawat awam yang berada pada gred gaji tertinggi (kumpulan utama), berbanding mereka yang berada pada gred gaji sederhana dan rendah kumpulan pelaksana dan pengurusan. Hal ini terjadi kerana SBPA digubal tanpa membabitkan kesatuan pekerja perkhidmatan awam. Prinsip kedua yang terpancar ialah bahawa walaupun ada perbezaan pandangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan CUEPACS berkaitan formula SBPA ini, perbezaan pendapat ini disuarakan dengan penuh kesopanan.

CUEPACS mencadangkan supaya SBPA dikaji semula dan selepas menerima memorandum daripada CUEPACS dan ribuan komen serta aduan daripada penjawat awam, kerajaan menubuhkan kumpulan petugas yang diberi tanggungjawab meneliti semula cadangan SBPA itu.

Pendapatan penjawat awam dikira berdasarkan tiga perkara: jadual gaji matriks, jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan gred jawatan. Selain itu, Skim Saraan Malaysia (SSM) mengguna pakai konsep ‘anugerah perkhidmatan cemerlang’ dan ‘anjakan gaji’ sebagai ganjaran yang diberikan kepada penjawat awam berprestasi tinggi.

Sesungguhnya penjawat awam di Malaysia berada di bawah satu sistem pengurusan perjawatan yang kompleks. Ini ialah kerana skim perkhidmatan awam Malaysia mempunyai banyak ‘kumpulan perkhidmatan’, ‘klasifikasi perkhidmatan’ dan jadual ‘gred gaji’.

Oleh itu, sebarang skim saraan baru yang ingin dilaksanakan akan mengganggu, malah menggugat dinamik kedudukan penjawat awam dalam kumpulan perkhidmatan, klasifikasi perkhidmatan dan gred gaji ini.
Selain itu, dengan cara memberikan peratusan pelarasan gaji lebih tinggi kepada penjawat awam dalam kumpulan gred gaji 1 hingga 54, iaitu sebanyak 13 peratus daripada gaji sedia ada dan antara tujuh hingga sembilan peratus kepada kumpulan JUSA ke atas, kadar pelarasan gaji ini membayangkan penggunaan prinsip peratus kenaikan yang lebih bagi golongan berpendapatan rendah dan peratus kenaikan yang kurang bagi golongan berpendapatan tinggi.

Kadar kenaikan gaji tahunan bagi penjawat awam gred 1 hingga 54 ialah antara RM80 hingga RM320 setahun. Keputusan ini boleh dianggap mempunyai landasan prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi semua penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan bahawa jurang gaji di kalangan penjawat awam ini akan wujud berterusan. Ini juga ialah kerana penentuan gred gaji dan kenaikan gaji tahunan dikira berdasarkan prinsip meritokrasi, terutama meritokrasi kelayakan akademik.

Maksudnya, semakin tinggi kelayakan akademik seseorang, semakin tinggilah gaji yang diberikan kepada kakitangan awam.

Prinsip ini diiktiraf oleh komuniti penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam berkelayakan tinggi biasanya memperlihatkan keupayaan setimpal dengan kelayakan akademiknya.

Selain itu, penjawat awam berkelulusan tinggi ini juga perlu membayar kembali kos pengajian tinggi yang mereka tanggung. Oleh itu, kewajaran memberikan mereka kadar gaji lebih tinggi jarang sekali dipersoalkan.

Ada beberapa isu penting di kalangan penjawat awam yang memerlukan langkah penyelesaian jangka panjang, iaitu menerusi penubuhan suruhanjaya semakan skim perkhidmatan.

Satu daripada isu besar ini adalah berkaitan dengan kedudukan penjawat awam yang layak dinaikkan pangkat, tetapi jabatannya tidak mempunyai peruntukan jawatan bagi pangkat berkenaan.

Keadaan ini terjadi kerana jawatan dalam perkhidmatan awam mempunyai terlalu banyak ‘klasifikasi perjawatan’ yang bilangannya terhad. Oleh itu, bagi penjawat awam yang berhadapan dengan klasifikasi kekosongan jawatan untuk kenaikan pangkat akan terus terperangkap dalam sangkar jawatannya yang tidak mempunyai laluan kerjaya terbuka.

Hal ini menyukarkan urusan pengurusan sumber manusia di pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam.

Satu perkembangan positif yang akan membantu memperkemaskan pengurusan perjawatan awam di Malaysia ialah kewujudan sistem Selenggara Skim Perkhidmatan dan Fungsi yang dibangunkan oleh JPA baru-baru ini.

Di bawah sistem ini, pakar saraan mempunyai cara yang lebih cekap untuk menyelenggara gred gaji, termasuk menambah gred gaji baru atau mengemas kini serta menghapus gred gaji yang sedia ada, berdasarkan maklumat terkini dan tersepadu.

Dengan cara ini, setiap usaha untuk melaksanakan pelarasan gaji atau menggubal satu skim perkhidmatan, akan dibantu oleh kewujudan data saraan komprehensif.
Nampaknya, pengurusan sistem perjawatan dalam perkhidmatan awam yang kompleks ini memerlukan bantuan teknologi pengurusan maklumat yang canggih. Perkara berkaitan keadilan dan kesaksamaan bagi setiap orang penjawat awam juga akan dapat ditangani dengan menggunakan teknologi pengurusan maklumat yang canggih.

Penulis ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli Majlis Profesor Negara

48 ulasan:

Pendekar Sarawak berkata...

Amat Bersetuju dengan garapan dan bicara minda penulis, harap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan segera, dan terus menerus melihat kesemua aspek dalam Perkhidmatan Awam.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan yang mantap dan bernas.

Sepatutnya negara yang telah merdeka selama 55 tahun, sepatutnya perkhidmatan awam tidak dipertikaikan sebagaimana pembatalan SBPA baru-baru ni.

Kita mempunyai ramai pakar kumpulan pemikir.Mana pergi idea dan cadangan mereka?

Memalukan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

yea betul, gaji bulan ni, bulan 3 masih ssm lama.. baru semak slip gaji kat anm.. apelah lambat sangat nak bagi gaji baru ni.. sabar, tunggu pulak bulan 4 ni..

JPA:buat kerja sistematik sikit, moga tiada pertikaiaan hal gaji kali ke 2..

Tanpa Nama berkata...

kesimpulan dari artikel ini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT.

antara pegawai yang perlu terlibat adalah PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT.

ini kerana IT berada di mana-mana. dalam kejuruteraan sudah ada IT. dalam kewangan sudah ada IT. dalam pengurusan aset sudah ada IT. penyimpanan data juga berkaitan dengan IT.

buat carta alir guna menggunakan IT.

Kita mempunyai ramai pakar kumpulan pemikir.Mana pergi idea dan cadangan mereka?
mereka masih ada, tapi dah tak hasilkan idea. bukannya taknak bagi idea. malangnya idea mereka telah dibunuh oleh penyangak-penyangak di atas mereka yang tidak suka dengan idea mereka.

itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis.

Pendekar Sarawak berkata...

Bukannya takde golongan pemikir, mungkin cuma tak dijemput lebih lagi dalam SBPA, yang melucukan dahlah SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM,tetapi urusan dan garis panduan kepada SSM yang ditambah baik terus tak dimasukkan dalam pekeliling JPA,yang pentingnya penubuhan suruhanjaya dapat disegerakan agar semua penjawat awam dalam situasi menang-menang.

Tanpa Nama berkata...

Dicadangkan pihak JPA memberi kenaikan gaji tahunan bagi ssm 2012 juga berdasarkan peratus (%) baru adil.

Tanpa Nama berkata...

ada sesiapa tahu perkembangan terkini tentang gaji baru?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
kesimpulan dari artikel ini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT.

antara pegawai yang perlu terlibat adalah PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT.

ini kerana IT berada di mana-mana. dalam kejuruteraan sudah ada IT. dalam kewangan sudah ada IT. dalam pengurusan aset sudah ada IT. penyimpanan data juga berkaitan dengan IT.

buat carta alir guna menggunakan IT.

Kita mempunyai ramai pakar kumpulan pemikir.Mana pergi idea dan cadangan mereka?
mereka masih ada, tapi dah tak hasilkan idea. bukannya taknak bagi idea. malangnya idea mereka telah dibunuh oleh penyangak-penyangak di atas mereka yang tidak suka dengan idea mereka.

itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis.

-----------------------------------
Tapi kami golongan IT di dalam kerajaan...dari gred FT ke F selalu sahaja dipandang sepi...kenaikan pangkat golongan F sokongan yg banyak menjayakan apa-apa agenda IT di jabatan..tetapi kami tidak dihormati..tidak seperti skim2 lain yang kursus...ini kerana kami adalah gunasama...

Sekarang IT semakin berkembang...tapi skim kami selalu saja di pandang sepi...yang pasti..jika diarah...mesti jalan...

sedih...sedih

Tanpa Nama berkata...

FT,,,
BHENTI KEJE GOMEN LA BROOO..
G PASAR MLM JUAL BAWANG..
LUMAYAN WOOOOO..
RIBU,RIBU,RIBU...

Tanpa Nama berkata...

sape nak bg gua pencen jual bawang

Tanpa Nama berkata...

Omar lain kali kamu dengar PEMIKIR dpd PA. Jangan cakap berdegar-degar tetapi habuk ..

Pandangan semua PA adalah perlu. Jangan cakap tanpa TEKS UCAPAN ... merapu jawabnya !

Ini cadangan baik , kamu ambil ler ... boleh bincang dgn JPA ! kalau boleh bawak sekali Prof ini dlm mesyuarat itu !

kamu faham ker ??!!

Tanpa Nama berkata...

MANA GAJI BARU????? SAPA TAU???? CUEPACS N JPA SENYAP JE NI!!!! PEKELILING PUN TAK DAK LAGI.

HAMPEH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bulan mac 2012.gaji ikut ssm lama lagi.

nasib la labu.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pelaksana makan maggie pun boleh.kumpulan preliur kena makan ayam tonggek.Sbb tu gaji start bulan jan lagi.

Tanpa Nama berkata...

siapa suruh kau org menyalak kat cuepacs nak sangat sbpa batal tunggu lah sampai gaji sebaris tu ada baru ada anjakan gaji padan muka semua pakat makan lah nasik kawah hampa pakat lah pi jumpa pak omar suruh dia jumpa pak najib bagi tarikh bila boleh bayar gaji baru dapat perisiden kalut hampa ikut kalut macam pak omar

Tanpa Nama berkata...

sabar...kan ade lagi tempoh lagi sebulan...insyaallah ade la 2, xde kmana pn duit 2.sabar...

Tanpa Nama berkata...

setuju golongan yg ade kelayakan tinggi dibyar gaji tinggi coz kena byar pinjaman pelajaran..but mcm mane dgn PA yg ade kelulusan tp menjawat jawatan dlm kumpulan pelaksana..mereka pun perlu membyar pinjaman pelajaran..harap jpa tidak terlepas pandang perkara ini.

F 44 berkata...

itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis.

gua suka dgn statement nih bro!
cuma org2 berjiwa IT jer yg paham dgn teknologi nih. org IT mmg berjiwa teknokrat, bukan birokrat cam stupid PTD.

walaupun skim F dibuat cam sampah dek PTD PTD bangsat kat JPA tuh, namun ketahuilah bahawa ngkorang sumer adalah PROFESIONAL SEJATI. belajar IT utk kerja di lapangan IT. bukan belajar tunggang langgang utk jadi PTD.

keep it up it enthusiast!

Tanpa Nama berkata...

teknologi IT kita ketinggalan 10 tahun dari negara maju, sistem gaji kita ketinggalan dari negara maju,spt singapore, sistem pendidikan kita 5 tahun ketinggalan ke belakang spt UK, prasarana dan infrastruktur kita ketinggalan 10 tahun ke belakang, pertanian kita ketinggalan 5 tahun ke belakang dari negara maju spt thailand, ape dah jadi nie.. ini semua angkara ptd,yb,senator,
menteri bangkai punya pasal..

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan seorang guru, cuma seorang PA yang telah lama berkhidmat tanpa naik pangkat secara time based.
Tahniah kepada guru kerana mendapat kenaikan pangkat secara time based. Saya turut berasa gembira dengan pengumuman ini.Ini bermakna PA tak kira dari kumpulan sokongan atau PNP ada sebab kukuh untuk menuntut perkara yang sama kerana sudah ada precedent. Apa yang perlu kita lakukan adalah desak CEUPACS membuat kajian tentang PA yang lama tiada mendapat kenaikan pangkat dan membawa perkara ini ke JPA atau PM. Kepada guru-guru terima kasih diucapkan dan tolong doakan kami PA yang tak de time based ni. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA:
Kepada Yang mahu naik pangkat sambung belajar di IPTA/Oversea dan mohon semula gred 41.

Kepada dah 41 nak naik pangkat buat PhD dan mohon jadi Pensyarah Universiti Gred 51/52

Kepada skim F kalau F41,44,48,52 anda tetap menikmati kemudahan kumpulan profesional.

Artikel diatas mengagambarkan Lagi Tinggi Kelayakan Akedemik Lagi Tinggi Gaji di Bayar BERMAKSUD Kepada kumpulan sokongan tidak ada cara lain melainkan sambung belajar di Universiti Awam dan memohon semula jawatan baru. Hakikatnya Tak mungkin kerja perkeranian dibayar gaji Ijazah.

Kepada tak puas hati juga terpaksalah guna komen kat atas tu " berentilah keja gomen....moh kite niaga bawang kat pasar malam"

BissaTu

Tanpa Nama berkata...

F 44 berkata...

itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis.

gua suka dgn statement nih bro!
cuma org2 berjiwa IT jer yg paham dgn teknologi nih. org IT mmg berjiwa teknokrat, bukan birokrat cam stupid PTD.

walaupun skim F dibuat cam sampah dek PTD PTD bangsat kat JPA tuh, namun ketahuilah bahawa ngkorang sumer adalah PROFESIONAL SEJATI. belajar IT utk kerja di lapangan IT. bukan belajar tunggang langgang utk jadi PTD.

keep it up it enthusiast!

$$$$$$$$$$$$$

Jeles terhadap ptd. wakakakaka.

Tanpa Nama berkata...

realitinya yang sedang berkhidmat dalam kumpulan sokongan apabila sambung belajar, kena mohon semula untuk dapat jawatan dalam P&P,

pulak tu kena bersaing dengan fresh grad yang masih muda belia, otak masih segar menghafal segala jenis fakta

sedangkan yang sedang berkhidmat kena sediakan ringkasan perkhidmatan, laporan prestasi itu ini, pengesahan ketua jabatan dan memacam jenis dokumen.

sudahnya yang sedang berkhidmat ini banyak yang gigit jari.

PTD PTD lahanat kat SPA tu lagi suka ambil fresh grad dari yang sudah berkhidmat sebab yang fresh grad senang diprogramkan, sedangkan yang sudah berkhidmat nampak segala kepincangan yang berlaku dalam perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

1.yang paling cream jadi doktor..kemudian jurutera...sainstis dll lepasan sains dan teknologi.
2.yang peliknya akuantan yang dari lulusan sains sosial pulak dapat gaji paling tinggi berbanding gaji doktor dalam sistem PA.
3.itu adalah kebodohan PTD di JPA yang rata-rata terdiri dari golongan sastera dan sains sosial...sedangkan dasar kerajaan untuk majukan negara melalui 60% pelajar aliran sains:40 % aliran sastera.
4.sudah sampainya PTD dirombak oleh kerajaan..jangan jadi macam sekarang..golongan bodoh jadi boss golongan pandai...tidak sapa nak hormat pada PTD sekarang.

--------------------------------
COPY PASTE
Komen saya "pergh kow kow punya kasi Tada Insuran punya statement"

Tanpa Nama berkata...

itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis.

gua suka dgn statement nih bro!
cuma org2 berjiwa IT jer yg paham dgn teknologi nih. org IT mmg berjiwa teknokrat, bukan birokrat cam stupid PTD.

walaupun skim F dibuat cam sampah dek PTD PTD bangsat kat JPA tuh, namun ketahuilah bahawa ngkorang sumer adalah PROFESIONAL SEJATI. belajar IT utk kerja di lapangan IT. bukan belajar tunggang langgang utk jadi PTD.

keep it up it enthusiast!

___________________________________

Betul statement korang...aku setuju..cam aku...amik architecture..keje architecture...baru sejati...baru real....ni tk...blajo psychology lepas tu jadik PTD..haprak!!!

Tanpa Nama berkata...

Setahu kami PTD yg ada skg nie mcm bangkai, sebabnya pakai kabel, anak-anak Dato', di kalangan menteri, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, Yb dan lainnya,PTD bangkai banyak ambik fresh graduate, sebabnye anak-anak dia org lah.. satu lagi nak tutup pekong bapa-bapa mereka, kalau ambik yg dah berkerja, pekong mereka pecahlah mcm telur tembelang.. yg peliknya skim lain tak da kekosongan, baik skim teknikal, sains dan sebagainye..PTD berlambak pulak, jadah betul beb..!! PRU-13 kau ajar sikit muka dia org tue, muka penyangak dan penyamun.. tengok jealah kegagalan sbpa.. angkara jpa,spa dan ptd bangkai..!!

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju dengan statement

1. "itulah akibatnya kalau pentadbiran negara dikuasai oleh birokrat dan kapitalis, bukannya oleh teknokrat dan orientalis."

2. Kita mempunyai ramai pakar kumpulan pemikir.Mana pergi idea dan cadangan mereka?
mereka masih ada, tapi dah tak hasilkan idea. bukannya taknak bagi idea. malangnya idea mereka telah dibunuh oleh penyangak-penyangak di atas mereka yang tidak suka dengan idea mereka.

3. Sekarang IT semakin berkembang...tapi skim kami selalu saja di pandang sepi...

- salah seorang dari jumlah keseluruhan jawatan skim F yang diisi 10,114 orang untuk semua jabatan di seluruh Malaysia [ banyak ke sikit? lu pikir la sendiri.. hehe =) ]

Tanpa Nama berkata...

skim bangkai?! siapa bagi nama?
wow ! baru dengar.
Sakit telinga ... berdesing. adooiiii.

aku nak cadang, kasi buang ler itu nama PTD , kasi nama baru Pegawai Tinggi Negara, semua gred 44 yg terbaik dpd gred lain boleh masuk temuduga utk Pegawai Tinggi Negara di Gred 48.

Nama hebat, pegawai pun hebat !

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

KEPADA:
Kepada Yang mahu naik pangkat sambung belajar di IPTA/Oversea dan mohon semula gred 41.

Kepada dah 41 nak naik pangkat buat PhD dan mohon jadi Pensyarah Universiti Gred 51/52

Kepada skim F kalau F41,44,48,52 anda tetap menikmati kemudahan kumpulan profesional.

Artikel diatas mengagambarkan Lagi Tinggi Kelayakan Akedemik Lagi Tinggi Gaji di Bayar BERMAKSUD Kepada kumpulan sokongan tidak ada cara lain melainkan sambung belajar di Universiti Awam dan memohon semula jawatan baru. Hakikatnya Tak mungkin kerja perkeranian dibayar gaji Ijazah.

Kepada tak puas hati juga terpaksalah guna komen kat atas tu " berentilah keja gomen....moh kite niaga bawang kat pasar malam"

BissaTu
Selasa, Mac 20, 2012 5:24:00 PM
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

banyak ke post kosong kat SPA tu

proud to be technical person berkata...

ya, tengok pada topik.

TEKNOLOGI.

bukan:

TADBIR

atau

DIPLOMATIK

atau TADBIR DAN DIPLOMATIK.

ada paham?

kalau PTD PTD hingusan ni masih tak faham, nampak sangat masa belajar kat universiti dulu kuat mengampu pensyarah, kuat meniru, kuat plagiat.

Tanpa Nama berkata...

patut puak2 dewa tak main la kecing2 ore ni. jgn rasa ore bawah ni babok belaka. kalu nak belakon pun jangan tujuk amatur sangat. ore napak mu iklah ke dok.

takut pah ni bbatal lagi. pah cok hok pulak. basa manate gapa lagu nih. bare naik sokma gaji pah tahe tahe.....gila mu. pah lagu mana ore nawah nak jadi come kalu hak dok atah tu buat kija supa kera?

kecek lagu ni puak mu kata puak aku, negeri aku...sema hak duduk belah aku peranga huduh. tapi aku huduh kecek yah....demo huduh belaka. pah ke anu...pah ke hik pun huduh.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA:
Kepada Yang mahu naik pangkat sambung belajar di IPTA/Oversea dan mohon semula gred 41.

Kepada dah 41 nak naik pangkat buat PhD dan mohon jadi Pensyarah Universiti Gred 51/52

Kepada skim F kalau F41,44,48,52 anda tetap menikmati kemudahan kumpulan profesional.

Artikel diatas mengagambarkan Lagi Tinggi Kelayakan Akedemik Lagi Tinggi Gaji di Bayar BERMAKSUD Kepada kumpulan sokongan tidak ada cara lain melainkan sambung belajar di Universiti Awam dan memohon semula jawatan baru. Hakikatnya Tak mungkin kerja perkeranian dibayar gaji Ijazah.


-----------------------------------

Sudah terhantuk pecah kepala baru nak sedar.hahaha.Tukar profesion la bro.

Tanpa Nama berkata...

salam...pihak jpa patut peka dr awal lagi sebelum mewujudkan gred baru kerana kalau kta lihat sbg contoh....gred n22 dan n26 dalam kem. pelajaran...seolah2 gred ini bertindih sehingga tak nmpk pun perbezaan tugas dan tanggungjwb mrk....sehingga ada dikalangan gred n22 tidak mahu melaksanakan tugas disebabkan wujudnya n26 di pejabat masing2...begitu juga dgn n17 dan n22...ada pertindihan tanggungjawab dan agihan tugas....kesimpulannya pihak jpa haruslah merangka dahulu tugas yang bersesuaian dgn jawatan dan gred seorang penjawat awam terutama yg melipatkan jabatan yang mempunyai ramai kakitangan. sy mohon perkara ini dititikberatkan juga agar produktiviti sesebuah jabatan akan berjalan lancar.

Tanpa Nama berkata...

korang wat la sesuke hati, tapi ptd takkan hilang dari negara ini. wpun kerajaan bertukar, ptd akan tetap di sume jawatan kerana penjawat awam adalah neutral. korang ini sambung mimpi ptd akan jumud la, dan pada waktu yg sama ptd akan terus berkuasa, xkire bn ke pkr memerintah.

Tanpa Nama berkata...

jom try ramai2..hanya klik...signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57...
isi/daftar--buka email--aktifkan=rm 1£/org..dibayar berterusan..
kalau x btl..x rugi pn..tp kalau btl..menyesal x tryaq..FREE..FREE je..

klik. signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57. ..alternatif biz drp google@yahoo..

bagaimana facebook mndpt keuntungan berbilion tnpa kita tahu.drp.mana duit itu...sama la ni..jgn lupa CUBA je..FREE..TQ

Tanpa Nama berkata...

jom try ramai2..hanya klik...signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57...
isi/daftar--buka email--aktifkan=rm 1£/org..dibayar berterusan..
kalau x btl..x rugi pn..tp kalau btl..menyesal x tryaq..FREE..FREE je..

klik. signup.wazzub.info/?lrRef=4c685b57. ..alternatif biz drp google@yahoo..

bagaimana facebook mndpt keuntungan berbilion tnpa kita tahu.drp.mana duit itu...sama la ni..jgn lupa CUBA je..FREE..TQ

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam dilarang untuk masuk Skim Cepat Kaya / MLM. Kat luar dah tak dapat down line lagi ke der?

Tanpa Nama berkata...

PTD = pegawai terima downline

tq

Tanpa Nama berkata...

kenapa blog cuepacs ni takde setting words filtering macam blog pembangkang contohnya "Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan." yg mane ianya perlu sebab xboleh nak mencarut sewenang-wenangnye dalam ni...

Tanpa Nama berkata...

GURU YG ADA MASTER & PHD X DAPAT TANGGA GAJI YG LEBIH TINGGI PUN,,,,,!

ada MASTER, tapi bukan PTD berkata...

itu disebabkan anda seorang guru. sekiranya anda seorang PTD, sudah lama naik pangkat sekiranya ada master/phd

sekian harap maklum

Tanpa Nama berkata...

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai 20 Mac 2012.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran.Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I.

Tanpa Nama berkata...

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya.

“Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, katanya dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihan raya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius.

“Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.

“Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno,” ujarnya.

Baginya, kedua-dua pemimpin itu adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihan raya umum yang mana sudah tentu dakwaan mereka berasas.

Justeru itu, ujarnya tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihan raya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno.

Menurutnya, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.

“Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihan raya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno BN,” katanya lagi.

Justeru, jelasnya DPPM amat berharap, taktik jahat Umno itu dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang PRU13.

Beliau menambah, sudah beberapa kali pilihan raya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihan raya yang kotor di negara ini.

“Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno BN tidak layak memerintah negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan.

“Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat,” ujar

Tanpa Nama berkata...

dalam jpph ramai kakitangan islam pura-pura alim,tetapi ramai suka curi tulang,datang lewat(penipu alasan),jadi batu api kepada kakitangan lain, janji memuaskan hati dia kerana dapat batu api(melaga-lagakan) orang lain.ceramah-ceramah agama yang dibuat dipejabat-pejabat tidak dihayati cuma dengar telinga kiri keluar telinga kanan,bercakap kalah bos bagai pensyarah U dan kaunselor.Ramai kakitangan cari jalan nak pergi kursus untuk claim,harap jpph kaji masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

dalam jpph ramai kakitangan islam pura-pura alim,tetapi ramai suka curi tulang,datang lewat(penipu alasan),jadi batu api kepada kakitangan lain, janji memuaskan hati dia kerana dapat batu api(melaga-lagakan) orang lain.ceramah-ceramah agama yang dibuat dipejabat-pejabat tidak dihayati cuma dengar telinga kiri keluar telinga kanan,bercakap kalah bos bagai pensyarah U dan kaunselor.Ramai kakitangan cari jalan nak pergi kursus untuk claim,harap jpph kaji masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred


2012/03/28

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.
"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

OHOR BAHRU: Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan JPPH Malaysia mengkaji kaedah pertukaran membabitkan kakitangan awam terutama mereka yang sudah lama berkhidmat bagi mengelak sebarang masalah. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata isu pertukaran membabitkan antara agensi sejak empat bulan lalu perlu ditangani bagi mengelak pilih kasih terutama membabitkan pegawai atasan.
Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan daripada kakitangan awam kanan yang berkhidmat cemerlang di sesuatu tempat tetapi dipindahkan ke tempat lain tanpa sebarang alasan.
“Semalam, saya menerima panggilan daripada kira-kira 30 kakitangan awam di sebuah kementerian yang akan dipindahkan ke kementerian atau agensi lain dengan kebanyakannya membabitkan kalangan kakitangan kanan dan akan bersara. “Kami tidak menentang pertukaran tetapi cara pertukaran berkenaan dibuat. Ingatkan pada awalnya, hanya kakitangan muda saja dipindahkan tapi kini dapati yang senior turut dipindahkan ke tempat lain termasuk ke daerah pedalaman,' katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) Johor ke-54 di sini, hari ini.

Tanpa Nama berkata...

adakah anjakan gaji dlm ssm 2012 ni untuk anugerah khidmat cemerlang..