SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Mac 2012

RINTIHAN PENSYARAH PELATIH

Utusan Malaysia
PENSYARAH PELATIH
Kuala Lumpur
27/3/2012


Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menunjukkan keprihatinan beliau kepada nasib penjawat awam dengan cuba memperkenalkan SBPA baru-baru ini. Namun, berikutan ketidakpuasan hati ramai penjawat awam yang lain, ia telah dimansuhkan. Coretan ini ditulis berikutan permasalahan yang kembali timbul ekoran pemansuhan tersebut.

Saya adalah pensyarah pelatih perubatan di salah sebuah universiti awam. Pensyarah pelatih perubatan adalah doktor yang telah menyertai universiti bagi menjalankan tugas sebagai doktor dan juga bakal pensyarah.

Coretan ini bertujuan untuk meluahkan rasa terkilan dengan situasi pensyarah pelatih perubatan yang masih belum selesai.

Walaupun doktor lain di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat pelarasan gaji sewajarnya sejak Mac 2010 selepas pengumuman Menteri Kesihatan, nasib doktor merangkap pensyarah pelatih perubatan di universiti masih belum disahkan. Kami masih belum mendapat sebarang pelarasan sewajarnya walaupun telah berkhidmat pada tempoh yang sama dengan rakan seperjuangan kami di Kementerian Kesihatan.

Keadaan ini membuatkan kami berasa terkilan, buntu dan merasa tidak dihargai, seolah-olah khidmat yang diberikan dianggap remeh. Jangan anggap kami tidak bersyukur kerana skim doktor dianggap terbaik berbanding semua skim dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Tetapi ini adalah hak kami kerana kami juga doktor yang berkhidmat dengan kerajaan. Kami juga memberikan khidmat yang sama sebagaimana doktor lain di KKM.

Kami cuma mengharapkan hak kami ditunaikan. Apa yang diharapkan hanyalah pelarasan setimpal dengan rakan seperjuangan yang berkhidmat untuk tempoh yang sama dengan kami. Sebarang penambahbaikan akan menjadi satu bonus kepada kami. Sekiranya kami dianggap tidak layak bergelar pensyarah kerana belum selesai pengajian ijazah sarjana, berilah kami gaji sebagai doktor kerana kami adalah doktor terlebih dahulu sebelum menyertai universiti.

Alasan bahawa kami tidak layak menerima pelarasan kerana tiada gred yang sesuai, kerana kami belum bergelar pensyarah ataupun kerana kami dalam proses mendapatkan ijazah, adalah tidak adil dan tidak munasabah.

Untuk makluman, doktor yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana kepakaran tetap perlu bekerja sepenuh masa seperti doktor di KKM. Yang membezakan kami cuma dikehendaki mengambil peperiksaan ijazah sarjana apabila tiba masa yang ditetapkan. Bagi kami, beban kerja bukanlah suatu isu kerana itu adalah tanggungjawab kami sebagai doktor.

Walaupun ramai beranggapan nasib kami akan berubah apabila menjadi pakar, realitinya adalah berbeza kerana tempoh pengajian tersebut adalah sama dengan doktor KKM yang menikmati time based promotion. Yang membezakan nanti adalah elaun kepakaran. Adakah kerana ini kami patut dinafikan hak kami selama tempoh pengajian kami sedangkan kami bekerja seperti mereka?

Kami telah dinafikan hak kami sejak Mac 2010 hingga kini Mac 2012. Cuba bayangkan betapa kami telah kerugian dari segi masa dan kewangan berikutan tiada tindakan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya membantu kami.

Coretan ini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah realitinya. Selama dua tahun ini, kami telah kehilangan hampir lebih RM1,000 sebulan di depan mata kami. Walaupun dibawa ke pihak bertanggungjawab, ia kelihatan seperti sama ada tiada tindakan atau tindakan yang dilakukan terlalu perlahan hinggakan sehingga kini masih tiada penyelesaian.

Bukan sahaja tiada pelarasan dilakukan dan dijanjikan, malah segala tunggakan gaji dan kerugian kami tidak pernah dijanjikan atau diutarakan walaupun telah meleret ke tahap ini.

Meskipun pernah pihak tertentu menyuarakan bahawa usaha sedang dibuat dan harap bersabar, kesabaran kami semakin pudar kerana telah dua tahun berlalu tanpa sebarang perkembangan. Malah kami dituduh tidak bersyukur dan mementingkan duit semata-mata. Ingatlah jika duit sahaja yang kami nampak dan pentingkan, kami tidak akan menjadi doktor malah tidak akan bertahan selama ini dalam kerajaan. Isu itu adalah lebih kepada hak sama rata dan keadilan yang kami inginkan.

Kemunculan SBPA membuka ruang bagi kami mengisi kerugian. Walaupun tiada tunggakan gaji kerugian kami yang lepas dijanjikan, ia memberi sinar harapan kepada kami untuk masa akan datang. Malangnya, kesemuanya tidak kesampaian.

Bagaikan malang menjadi pensyarah pelatih perubatan di universiti awam masa kini. Bukan sahaja peranan kami tidak diiktiraf malah hak kami dinafikan. Sekurang-kurangnya, jika tidak mahu membayar kami sebagai bakal pensyarah tetapi bayarlah kami sewajarnya sebagai doktor.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Pensyarah pergigian gred 45 juga menghadapi masalah yang sama. Terdapat pensyarah yang telah pun lulus diperingkat sarjana masih di tangga 45. Namun begitu kadar gaji mereka lebih rendah berbanding pegawai pergigian tanpa sarjana di KKM yang telah menerima kadar gaji yang lebih tinggi. Ianya seperti down grade' mereka yang telah pun diiktiraf sebagai pakar diperingkat universiti. Tambahan lagi, skop bidang kerja bagi pensyarah pergigian universiti juga terlalu banyak dan bukannya semata-mata bekerja diwaktu pejabat sahaja. Isu sebegini amatlah sensitif dan memberi tekanan emosi buat mereka yang terlibat namun masih jua kami dipinggirkan hingga kesaat ini..
Diharapnya pihak yang berwajib serta Cuepacs dapat menegakkan keadilan..

Tanpa Nama berkata...

kumpulan akademik kategori pensyarah universiti perlu wujudkan sendiri kesatuan sekerja mereka dan perlu berjuang habis habisan untuk menuntut hak yang adil.

jangan hanya bergantung kepada cuepacs kerana cuepacs rata-ratanya hanya memperjuangkan nasib kumpulan sokongan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

DATO' OMAR, BILA NASIB KAMI SEBAGAI PENSYARAH SAMBILAN DI UNIVERSITI AKAN DIBELA? RATA-RATA KAMI LULUSAN MASTER DEGREE, TETAPI GAJI KAMI SANGAT RENDAH DAN BERTAHUN SUDAH KAMI BERTARAF SAMBILAN. NASIB KAMI LEBIH MALANG DARI KONTRAK. ELAUN TAK ADA.KAMI AMAT KOMITED DENGAN KERJA KAMI. MINTA KERAJAAN BUKA PENGAMBILAN PEKERJA BARU (KATA NYA BULAN 4, HARAP BETUL LAH). CUEPACS, MINTA BELA NASIB KAMI. SY PN STUJU KENA ADA KESATUAN PENSYARAH UNIVERSITI YANG KURANG DIBELA.

Pensyarah Perubatan berkata...

SBPA mungkin banyak kelemahan, tetapi SBPA memberikan ruang dan peluang kepada pensyarah pergigian/perubatan pelatih untuk memperbaiki gred mereka berbanding dengan rakan-rakan mereka di KKM. Isu ini telah dibangkitkan lama, sejak tahun 2010 lagi, tetapi bengkel demi bengkel, mesyuarat demi mesyuarat, tidak ada apa-apa perubahan.
Pembatalan SBPA menyebabkan nasib pensyarah perubatan/pergigian pelatih kembali ke status quo.
Lebih malang lagi, adalah apabila ada juga pensyarah tetap yang telah ada master dan bergelar specialist tetapi masih lagi di tangga 45. Alasan mereka, kerana kenaikan ikut time based di universiti tidak ada tangga gaji 48. Oleh itu, kena tunggu 7 tahun lagi untuk mendapat tangga gaji 52 walaupun telah ada master. Memang tidak munasabah langsung apabila pensyarah yang telahpun ada master mempunyai tangga gaji sama seperti pensyarah pelatih hanya semata-mata kerana mengikut syarat SSM untuk 7 tahun berkhidmat bagi mendapat kenaikan gred.
Ini semua merendahkan motivasi kerja pensyarah pelatih dan juga pakar-pakar yang telah berpenat lelah menghabiskan pengajian mereka.
Tangguh demi tangguh dilakukan oleh pihak universiti,tidak ada apa-apa perubahan.

Tanpa Nama berkata...

Betul, saya setuju, walaupun sebahagian pihak bergembira dengan pembatalan SBPA namun, kami pensyarah-pensyarah pelatih yang telah lama didiskriminasikan oleh SSM merasa terkilan. Kerana SBPA membantu kami memperbaiki gred gaji kami yang ketinggalan jauh berbanding rakan-rakan kami di KKM. Harus diingat, kerja sebagai pensyarah perubatan tidak hanya mengajar sahaja, sebaliknya turut membuat kerja-kerja klinikal, konsultant dan research. Tetapi gaji kami lebih rendah daripada rakan-rakan KKM yang hanya terlibat dalam kerja klinikal sahaja.
Pembatalan SBPA menyebabkan keadaan kembali kepada asal iaitu nasib kami seperti bola. Dilambung ke sana ke mari, tanpa ada penyelesaian.
Harus diingat, bukanlah kami terlalu tamak dengan gaji tinggi, tetapi sekurangnya biarlah setaraf dengan beban kerja kami dan kepakaran kami. Kalau kami tamakkan wang ringgit semata-mata, lebih baik kami pergi ke KKM ataupun pergi ke hospital swasta. Berikan kepakaran kami di sana. Tinggalkan sahaja pelajar-pelajar tempatan yang dahagakan ilmu dan kepakaran. Tetapi itu tidak berlaku kerana kami cintakan budaya ilmu dan pengajian, sebab itulah kami berkhidmat di universiti. Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

inilah yang terjadi apabila golongan cerdik pandai dipinggir sebaliknya golongan fasik/bodoh diangkat menjadi pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.

Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh Najib.

Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.

Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap Najib, Zambry dan Adun-Adun ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.

Najib menyangka ‘rakyat Perak mudah lupa’. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak.

Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya.

Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya KPT membayar gaji setara pensyarah pelatih gred 45 ini sama macam KKm iaitu bermula march 2010 so pensyarah pelatih tidak ketinggalan dari segi gaji. ini tidak, semua pegawai di KKM akan sentiasa mendapat gaji yang lebih tinggi klu baru sekarang naks start sbb benda ni dah berlarutan selama 2 TAHUN, bukan 2 bulan. jpa ngan kpt sepatutnya buat kenyataan akhbar mengenai perkara ini