SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Mac 2012

CUEPACS MAHU JPA KELUARKAN SEGERA PEKELILING PELARASAN GAJI

Bernama
23/3/2012


NILAI, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini.

Pada 8 Mac lepas , Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata jika JPA lambat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru selain perlu membayar tunggakan gaji yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja dari 23 kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs.

"Kita sudah ada semua kertas kerja dan memorandum yang diberikan kepada kita dari 23 agensi termasuk tentera dan polis. Kita sedang menunggu penubuhan suruhanjaya itu sahaja, kita mahu tahu siapa pengerusinya dan kita mahu dalam bulan ini ia sudah terbentuk.

"Jadi kita minta pejabat Ketua Setiausaha Negara mempercepatkan penubuhan suruhanjaya tersebut sebelum 31 Mac ini sebab April depan kita mahu bersidang," katanya.

Omar berkata Cuepacs berharap perbincangan bersama suruhanjaya itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dan satu skim baru dapat diperkenalkan bagi menggantikan SSM yang kini hanya bersifat sementara.

Program Sumbangsaran Intelektual IPTA tersebut dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA dengan kerjasama Cuepacs bertujuan menambah baik sistem tadbir urus IPTA selain mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA.

Sebanyak 20 IPTA menghantar perwakilan persatuan dan kumpulan pegawai tadbir masing-masing pada program yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia di sini.

Pada majlis itu Omar menerima memorandum daripada Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA yang mengandungi saranan dan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas seluruh IPTA.
-- BERNAMA

33 ulasan:

DG 41 berkata...

main tarik tali la masing masing.

jpa dengan keras kepala dia. cuepacs dengan keras kepalanya.

cuepacs berjaya menyebabkankan sbpa masuk bakul sampah, jpa pula mogok sebab impian mereka musnah.

kah kah hahaha

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya JPA tidak beroperasi dengan berkesan. Mungkin kerana sakit virus.

Tanpa Nama berkata...

Ini kerja KSN. Mungkin besar KSN tidak begitu efisen. Tukar KSN lah.

Tanpa Nama berkata...

JPA berpakat sesama diorang untuk boikot tu. maklum la PTD la katakannnnnnnnn!!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya depa mogok....mogok terkejut sebab SBPA (Skim Baru Pegawai Atasan )dibatalkan....sukahatilah nak byr ka xbyr...masa dan ketika menentukan ....tunnngu...

Labucit Gilakuasa berkata...

Tunggu pilihanraya la tu, kan, Labu ?!

Tanpa Nama berkata...

semakin sikit yg mengulas, dulu sebelum sbpa dibatalkan sampai beratus-ratus komen

Tanpa Nama berkata...

Namapknya Dasar Pandang Ke Timur telah mencapai pd tahao '0'........bukankah ada PTD yg sdh sampai ke Korea utk lihat hasil kerja mereka????

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Namapknya Dasar Pandang Ke Timur telah mencapai pd tahao '0'........bukankah ada PTD yg sdh sampai ke Korea utk lihat hasil kerja mereka????

Isnin, Mac 26, 2012 4:03:00 PM

------------------------------

PTD memang sudah sampai ke korea, tapi sibuk bergambar posing sana sini, lepastu upload gambar masuk facebook. tu saja kerja mereka.

PTD = Posing Tonggeng dan Duduk

Tanpa Nama berkata...

Tarikh: 26-03-2012 15:12:44
Nama: Zarina Binti Zainal Abidin
Mesej:

Salam,

Tuan,

JPA mengambil maklum akan pandangan pihak tuan berhubung perkara tersebut. Untuk makluman tuan, JPA sedang dalam peringkat akhir penyediaan pekeliling perkhidmatan mengenai pelarasan gaji dan dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada awal bulan April 2012.

Sekian, terima kasih.

Zarina Binti Zainal Abidin
Penolong Pegawai Tadbir PPT(S)Q
Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam

PTD M 17 berkata...

sila add Zarina Zainal Abidin beramai-ramai.

tq.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak tunggu JPA kelurkn Pekeliling Pelarasan Gaji.
Gaji pokok X 13% dan kenaikan gaji ikut gred, maka itulah gaji bagi pegawai untuk bulan April ini. Bagi kenaikan Julai dan Oktober kena tunggulah naik gaji. Bukan susah, bayar ajelah. Okey Pas.

Tanpa Nama berkata...

"JPA mengambil maklum akan pandangan pihak tuan berhubung perkara tersebut. Untuk makluman tuan, JPA sedang dalam peringkat akhir penyediaan pekeliling perkhidmatan mengenai pelarasan gaji dan dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada awal bulan April 2012."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Cik Zarina,

Boleh tau apa yg ditambah2 lagi selain gaji ?

TQ!

C17

Tanpa Nama berkata...

SBPA=Sidek Bakar Punya Angkara

Tanpa Nama berkata...

Cik Zarina,

Boleh tau apa yg ditambah2 lagi selain gaji ?

TQ!

C17

Isnin, Mac 26, 2012 8:29:00 PM


salah tempat kau tanya ni. patut kau pergi sini:
http://www.facebook.com/zarina.abidin

hehehe

Tanpa Nama berkata...

url fb tuh "content not found"

minah tuh dh buang fb dia ker? or dah tukar nickname? wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Skrg semua PA mau kejar Cik Rina sebab itu dia hilang diri. he...he....mana kau???

Tanpa Nama berkata...

Khairy dilantik Pengerusi PUNB


2012/03/27

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru, berkuat kuasa 1 April.

"Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 8 Mac tahun ini," menurut PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini selepas berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

Jadi Khairy tidak dilantik sebagai menteri penuh selepas PRU 13 ?????

Pembantu Tadbir Diplomatik berkata...

diharap lepasni dapatlah Khairy menggantikan pula Abu Bakar KPPA.

sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 gred C17 ditambahbaik. Ada yg belum naik2 lagi. Duduk sampai bila? Kena tunggu 15 tahun juga? Guru hanya perlu tunggu 8 tahun saja, kenapa?aji? Adakah gred C tidak berkhidmat kpd negara? Ada yg naik ke C22 terlalu cepat (tidak adil). Gaji pokok > RM 2K++++. Kami masih nyawa2 ikan. Cuba CUEPACS bantu kami.

Tanpa Nama berkata...

dalam jpph ramai kakitangan islam pura-pura alim,tetapi ramai suka curi tulang,datang lewat(penipu alasan),jadi batu api kepada kakitangan lain, janji memuaskan hati dia kerana dapat batu api(melaga-lagakan) orang lain.ceramah-ceramah agama yang dibuat dipejabat-pejabat tidak dihayati cuma dengar telinga kiri keluar telinga kanan,bercakap kalah bos bagai pensyarah U dan kaunselor.Ramai kakitangan cari jalan nak pergi kursus untuk claim,harap jpph kaji masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred


2012/03/28

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.
"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Harap2 gred C17 ditambahbaik. Ada yg belum naik2 lagi. Duduk sampai bila? Kena tunggu 15 tahun juga? Guru hanya perlu tunggu 8 tahun saja, kenapa?aji? Adakah gred C tidak berkhidmat kpd negara? Ada yg naik ke C22 terlalu cepat (tidak adil). Gaji pokok > RM 2K++++. Kami masih nyawa2 ikan. Cuba CUEPACS bantu kami.

Rabu, Mac 28, 2012 10:36:00 PM

-----------------------------------

Masaalahnya, guru ni ramai sebab tu 'suara' mereka didengari. tapi aku heran lah ... makin ramai guru siswazah , makin tinggi gaji .. murid2 kena ambik tusyen gak . mcm tak cukup plak apa yg diterima kat sekolah. heran akuu...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya PM sudah pun mengumumkan gaji SSM & bila pula giliran JPA utk mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji tersebut...harap ambil tindakan segera...

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana nak umum kalau belum siap. Baru rangkanya, isinya tiada.

Tanpa Nama berkata...

Tun M kata susah mau dpt 2/3 kali ini. Jadi, semua PA beri sokongan, OK?

Pena Dhaif berkata...

Hari ini dah 30 mac...pekeliling x keluar lg.... macam mana pengumuman dulu yg mengatakan gaji baru termasuk tunggakan pada april nnt sedangkan pekeliling xda lagi...macam kene tipu jer kita yg PA... pekeliling xda lg...kalo keluar pun dalam april, belom tentu tunggakan dan gaji masuk april jugak selagi kew8 x dibuat kalo xda pekeliling.... Kerajaan ni ada duit ke tidak nak bayar 1.4 juta PA.. atau nampak kelemahan itu sendiri dalam pengurusan..sebab awal belanjawan dulu umumkan SBPA pastu batalkan SBPA...pelik tp nyata...mcm xda kesungguhan mcm main2 sekejap ada sekejap batal...memang betul lah PA 1.4 juta ni mcm buih di lautan...mcm permainan jer nasib PA ni...kalo betullah kerajaan nak sungguh2 membantu rakyat..kebajikan PA pun kena jaga...sungguh2 lah membantu jgn seperti melepas batuk di tangga.....

Tanpa Nama berkata...

betul ..gaji baru akan dibyr pada 25april nanti bersama tunggakan bulan januari-mac ...ag diarahkan byr dulu gaji tu...gaji anda sekarang x 13%...dapatlah kenaikan tu...

Tanpa Nama berkata...

gaji dg29 P3 lebih tinggi dari gaji dg32 P1. Gaji dg32 P2 lebih tinggi dari gaji dg34 P1. Gaji DG41 P3 lebih tinggi dari gaji DG44 P1... bengong...bengong...

Tanpa Nama berkata...

mintak tolong semak2 gaji penjawat awam Pembantu Makmal C17..terdedah dengan pelbagai RISIKO...kenapa tidak diberi elauan tambahan.?

Tanpa Nama berkata...

Masalah tanah di Sabah tidak akan berakhir selagi UMNO/BN masih memegang tampuk pemerintahan kerana selama ini memang mereka tidak pernah mendengar masalah Rakyat Sabah. Rakyat Sabah harus memandang perkara dengan serius kerana ia nya membabitkan masa depan Generasi masa kini dan akan datang. Kami menyeru agar Pihak NGO dan Pihak Pembangkang supaya dapat mengetengah Isu ini agar di berikan perhatian oleh Masyarakat Umun dan kerajaan yang selama ini menafikan Hak Rakyat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg masih tak sedar..............................bangunlah wahai yg masih kabur2 pandangan. Kau tgk, Labuan sdh hilang dari Sabah.