SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Mac 2012

MINDA PENGARANG: JADIKAN PELARASAN GAJI SUNTIKAN SEMANGAT TINGKAT PRODUKTIVITI

Berita Harian
2012/03/10




PERJUANGAN berterusan CUEPACS sejak 2007 untuk mendapatkan pelarasan gaji kakitangan awam akhirnya membuahkan hasil, sekali gus membuktikan kerajaan sentiasa peka dengan kehendak dan prihatin dalam menjaga kebajikan mereka. Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam pastinya lega dengan keputusan kerajaan memansuhkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan pelbagai kontroversi sejak pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober tahun lalu. Langkah kerajaan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan yang diumumkan Perdana Menteri, kelmarin menyaksikan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam dan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA). Apa yang jelas, keputusan besar itu bukan mudah untuk dilakukan dalam suasana ekonomi yang mencabar berikutan krisis kewangan antarabangsa. Kita yakin pelbagai implikasi sudah diambil kira Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebelum membuat keputusan itu. Pelarasan gaji tentunya memerlukan sejumlah peruntukan yang besar daripada kerajaan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan kakitangannya dan sejajar dengan slogan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, ia disifatkan sebagai pengorbanan dan pelaburan kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun, setiap tindakan kerajaan sering diputarbelitkan pembangkang sehingga ada melempar pelbagai kecaman dengan menuduh tindakan kerajaan itu sebagai ‘gula-gula’ kepada penjawat awam dan tindakan populis untuk menarik undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sebagai rakyat, kita perlu menjadi lebih bijak menilai setiap tindakan dan keputusan dibuat kerajaan. Dalam soal ini, pada prinsipnya ia bertujuan membantu dan menjaga kebajikan rakyat yang turut merangkumi penjawat awam. Justeru, adalah wajar kakitangan awam bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka. Seperti kata pepatah Melayu, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’, sewajarnya pihak yang menerima menghargai pemberian pihak berkenaan. Kita percaya sebahagian besar penjawat awam kini mendapat semangat baru untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja bersungguh-sungguh, jujur, amanah dan ikhlas, asalkan ia selari dengan tuntutan Islam. Menyokong kepemimpinan kerajaan yang memerintah dan menjayakan dasar dirangka untuk manfaat rakyat serta negara juga adalah antara cara penjawat awam berbudi kepada kerajaan. Pada masa sama, kerajaan harus tegas dalam mendepani pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan. Ini kerana berdasarkan pengalaman lalu, setiap kali kenaikan gaji diumumkan, ia akan disusuli dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau.

16 ulasan:

tak perlu kata apa-apa....senyum.... berkata...

camtu la plak

Tanpa Nama berkata...

Terima aje le...nak buat mcmana

Tanpa Nama berkata...

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

hehehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Hari ni cikgu-cikgi akan byk bagi komen nih...maklumlah sedang bercuti-cuti 1Malaysia...

cuba renung berkata...

9.05 am komen pertama
9.07am komen kedua
9.10am komen ketiga

Bila hang buat koje aaaaaa, gaji nak naik tinggi, time koje duk memekak je

Tanpa Nama berkata...

cuba renung berkata...
9.05 am komen pertama
9.07am komen kedua
9.10am komen ketiga

Bila hang buat koje aaaaaa, gaji nak naik tinggi, time koje duk memekak je

--------------------------------
Kimak la hang....komen keempat hang tu tak ambil kira ke....
Aku tengok hang pi masuk semua tajuk tu ape cerita...kimakkkkk

er berkata...

bagi aku la pulak.JPA patut selaraskan pemberian elaun kritikal 15% drp gaji pokok kepada semua staff yang perkhidmatannya kritikal juga di hospital kerajaan. skrg ni hanya bagi kepada jururawat u29 jer. Bagi la juga elaun kritikal tu kepada juru xray, fisioterapi, pembantu farmasi dan juruteknologi makmal. Mereka pun kerja contact dengan pesakit juga. handling biohazard sample lagi. kena sinaran radiasi yang boleh wat penyakit kanser. tapi kami tak dapat aper2. sekurang2nya MA dapat gak 10%. Banyak wo 15% drp gaji pokok tu. Kalo kerja 5 tahun basic RM 1895 elaun krikal dah dapat dlm RM 284. ni depa yg dpt elaun kritikal SSM naik basic so naik la elaun krikal. babi betol. Kalo macam ni ramai la kalangan kami kerja sambil lewa. ingat kesihatan pesakit ditangan kami. Macam sial dah la SSM baru ni pun mcm taik

cuba renung berkata...

aku cikgu, cutiiiii
hahahah
saje layan cite kau orang
menghabiskan boreh jooo

Tanpa Nama berkata...

layan org spastik sampi bila x abes

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua

Kemasyuran pada zatnya bukanlah tercela. Tidak ada disana orang yang lebih masyur dari pada nabi dah Khulafah Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walaupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali.

From BP

Tanpa Nama berkata...

mana ada suntikan semangat nak bekerja keras keran elau wilayah tak naik pun sedangkan elaun cola dah naik.. kami org borneo sangat2 rasa dianaktirikan...

Tanpa Nama berkata...

mana ada suntikan semangat nak bekerja keras keran elau wilayah tak naik pun sedangkan elaun cola dah naik.. kami org borneo sangat2 rasa dianaktirikan...

bh211 berkata...

apa perbezaan/persamaan elaun sara hidup(COLA)dengan elaun malaysia timur(EMT)@pun bayaran insatif sabah sarawak(BISS)

Unknown berkata...

http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/03/ssm-13-bagaimana-pengiraannya.html

anak borneo(macam di Malaysia juga) berkata...

Maaf Presiden Ceaupac,
Elaun COLA memang dinaikkan tapi nampak macam untuk PA semenanjung saja, kami Di kepulauan Borneo ada elaun wilayah( itu tidak naik kah ) jgn ada double standard atau anak anak tiri, mana pergi slogan apa tuu...Rakyat di dahulukan....macam tak 1 Malaysia saja....

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.