SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2012

' SBPA TIDAK BERAPA SESUAI DENGAN 1 MALAYSIA'

Sinar Harian
8 Mac 2012





Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA)," katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang operasinya bermula hari ini.

Pembatalan skim SBPA itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan keputusan ini, guru-guru juga diharap berasa gembira kerana kerajaan akan melaksanakan seberapa segera janji-janjinya sebelum ini.

"Macam perdana menteri kata, guru-guru jangan gundah gulana, apa yang dijanjikan dalam bajet itu (Bajet 2012) akan dipenuhi dan mungkin dalam tempoh yang terdekat perincian itu akan dimaklumkan oleh pihak JPA. Dengan jaminan perdana menteri itu, kita harap ia akan dapat memuaskan hati," katanya.

Ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya umum ke-13 telah hampir memandangkan kerajaan sudah menyelesaikan isu SBPA, Muhyiddin berkata, "Belum ada sebarang keputusan yang jelas mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13."

"Semua orang boleh membuat spekulasi kononnya pilihan raya akan berlaku sebaik sahaja kerajaan menyelesaikan status kedudukan SBPA, tidak ada salahnya.

"Yang saya tahu, kita masih lagi fokus untuk membuat persediaan bagi pilihan raya, apa yang kita boleh buat dan kita masih teruskan usaha kita kerana yang penting kita mesti memperoleh kejayaan dan kemenangan," katanya.

Mengenai keputusan kerajaan menganugerahkan konsesi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion kepada sebuah syarikat yang dipertikaikan oleh pembangkang, Muhyiddin berkata permohonan daripada syarikat tersebut dibuat mengikut saluran yang betul dan ia turut dinilai oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Unit Perancangan Ekonomi.

"Tidak ada sebab kita hendak menolak permohonan syarikat tersebut kerana sebarang keputusan pemberian dibuat ke atas merit," katanya.

Beliau berkata kerajaan bersikap terbuka dan akan menerima cadangan sesiapa sahaja yang mahu menaik taraf tahap pengangkutan awam negara ini. - Bernama

14 ulasan:

nordin berkata...

ha ha i'm first

Tanpa Nama berkata...

Lawak bodo -Obama dan KoperaC.

Memalukan PA semua. Inikah Presiden Cuepacs. Baik berhenti saja .. tidak FOKUS !

HAJAH ROSMA berkata...

JANGAN TERTIPU DENGAN HELAH LICIK PM, UMNO DAN BN. MEREKA PAKAR TIPU MENIPU...PUTAR SANA PUTAR SINI..DI BERI RM100...AMBIL...DIBERI RM200...AMBIL...DIBERI RM500...AMBIL...PRU-13...UNDILAH PAS...PKR...DAP...

Tanpa Nama berkata...

asyik2 citer pasal guru... napa takut sangat ngan guru.. guru2 jangan gundah gulana? guru2 lah paling banyak jd pembangkang.. napa jua nak puaskan hati guru2 jer.. napa PA yg len tak pandai ngundi ker???

Tanpa Nama berkata...

KPPA perlu meletak jawatan Der... maruah sudah calar, PA sudah hilang percaya, DPM pun sudah berkata-kata...

Tanpa Nama berkata...

cet Tan Sri... masa Datuk Seri umum SBPA Tan Sri baguih dok ada... la nih bila Datuk Seri kata BATAL Tan Sri kata tak sesuai dengan 1Malaysia... mana satu nih... kasik tetap lah itu pendirian..

Tanpa Nama berkata...

rakyat x sebodoh hjh rosma..kau pergilah undi kaki liwat tu dlm pru 13...BN adalah terbaik setakat ini..

Hj Zul
Kelantan

Tanpa Nama berkata...

tuh lu....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Tanpa Nama berkata...
Kalau CUEPACS tidak komplain tempoh hari sudah ramai PA menikmati kenaikan gaji yang lebih baik dalam jangka masa panjang. Tapi kerana HASAD DENGKI punya pasai....hahaha padan muka. Duduk lah kita pada takok yang tu sahaja. Apa-apa pun PADAN muka CUEPACS yang kononnya memperjuangkan hak PA ...tetapi sebenarnya DIA TAK TAU APA YANG DIA BUAT...

Nak ketawa skit kat CUEPACS
...kalau gaji RM1000 naik 13% jadi berapa..?
...kalau gaji RM6000 naik 13% jadi berapa..? kah..kah itu kah yang dikatakan "memperjuangkan hak PA" ..

Khamis, Mac 08, 2012 7:28:00 PM
oooooooooooooooooooooo

mata gaji akhir sbpa adalah lebih jauh tinggi daripada daripada kenaikkan 13% ni....cuba semak dan bandingkan....carilah presiden kupek yg cerdik sikit ...ini mengira pun tak tau...heeee

Jumaat, Mac 09, 2012 11:08:00 AM
...........................

Tipah tertipu lagi....

Tanpa Nama berkata...

DGA29 Ke DG41.Ini kumpulan paling malang. Susah payah belajar dan menghabiskan wang tetapi gaji pokok kurang daripada DGA32. Pak lah dah buat kesilapan tetapi najib juga sama. Di mana silapnya kami yang melanjutkan pelajaran ini.... sentiasa diketawa oleh rakan..

Tanpa Nama berkata...

DGA29 Ke DG41.Ini kumpulan paling malang. Susah payah belajar dan menghabiskan wang tetapi gaji pokok kurang daripada DGA32. Pak lah dah buat kesilapan tetapi najib juga sama. Di mana silapnya kami yang melanjutkan pelajaran ini.... sentiasa diketawa oleh rakan..


Tukar Presiden Cuepacs
Tukar Presiden Cuepacs
Tukar Presiden Cuepacs
Tukar Presiden Cuepacs
Tukar Presiden Cuepacs

Tanpa Nama berkata...

nak umum lagi kenikan pangkat guru ikut time base.kata mahyuddin. dah berapa puluh kali umum.kalau tak umum pun sampai masa dapat lah. ni saja gembar gembur.pasai tu la PA lain kata guru ni dapat macam2. tapi habuk pun takdak. yang umum masa hari guru tahun pun tak dak pa.sikit2 nak umum tapi yang jadi mangsa serang adalah guru.

Tanpa Nama berkata...

Apa kaitan skim gaji ssm atau pun sbpa dgn 1Malaysia nih....??? Takde kaitan langsung...
Lagi satu TPM nak umumkan ape lagi utk guru-guru tu..??? Kan dah jelas masa PM umumkan tu.
Lagi satu tak sangka pulak si premier semua tu dah dpt gaji baru sbpa tu yee....PA lain melopong nunggu gaji baru tak tiba2...si premier diam-diam dah dpt sejak bulan januari...puuuiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

TPM ni pn satu...GURU>>>GURU>>>GURU>>>