SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mac 2012

KERAJAN MAMPU TAMPUNG KENAIKAN GAJI 1.4JUTA PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
25/03/2012 1:47pm
Oleh YULPISMAN ASLI



KOTA BHARU 25 Mac - Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.

"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kelantan di Dewan Utama Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. - UTUSAN

54 ulasan:

DG 41 berkata...

tak senonoh betulla mengeja.


K.E.R.A.J.A.A.N la woi!

Tanpa Nama berkata...

Duit kerajaan adalah diatas meja perancang kerajaan. Tunggu arahan kerajaan sahaja. Mudah sahaja.

Tanpa Nama berkata...

buat benda yg tak berfaedah ada duit berjuta2, tapi nak naikkan gaji banyak sangat alasan, tak perlulah setiap hari bercakap dan mengumumkan kebaikan tu, tu semua tak ikhlas namanya, hanya nak menunjuk2 saja setap hari.....

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapat duit.....projek mega dah habis...

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa, kadar cukai pendapatan individu untuk 2012 juga akan meningkat. Bersedialah

Tanpa Nama berkata...

Mampu tampung kenaikan....KENAPA LAMBAT SANGAT NAK BAYAR 13% DAHULU..PTD DAN JPN MANGKUK HAYUN......................................................................................

M 44 berkata...

Tanpa Nama berkata...

Mampu tampung kenaikan....KENAPA LAMBAT SANGAT NAK BAYAR 13% DAHULU..PTD DAN JPN MANGKUK HAYUN......................................................................................

Isnin, Mac 26, 2012 8:54:00 AM

-------------------------------

ko ni pun ultra mangkuk ayun jugak. JPA la bukan JPN. apa kena mengena jabatan pendaftaran negara?

memang standard PAR la ko menaip ni. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau cakap je tapi x bayar2 buat pe..kalau mampu byrlah...pa semua nk tgk gaji baru...asyik ulas..ulas...ulas...ulas ulas....pa pun dah bosan dgr bab gaji yg x kemana...apa pun x boleh...yang 36 orang tu cmne boleh byr sedangkan dulu suruh stop dulu...pikiqlah...

Tanpa Nama berkata...

sabarlah semua PA,kerajaan mmg ada duit untuk bayar gaji..nanti pm najib mintak dengan bank dunialah.cuma masa jer tak sempat lagi nak buat pekeliling tu..

Tanpa Nama berkata...

Wahai PM yang terhormat....bagaimana dan apa cerita dengan pekerja yang bergaji hari, tak kan lah tiada perubahan bertahun-tahun cuma gaji RM500 je..

Pekerja Gaji Yang Gelisah
Sabah

Tanpa Nama berkata...

Wahai PM yang terhormat....bagaimana dan apa cerita dengan pekerja yang bergaji hari, tak kan lah tiada perubahan bertahun-tahun cuma gaji RM500 je..

Pekerja Gaji Hari Yang Gelisah
Sabah

Along Halal berkata...

Kalau hasil meningkat, bayar dulu hutang lapuk supaya jangan Bangkrupkan Negara.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha... Tak check sebelum publish la tu

Tanpa Nama berkata...

gaji ahli parlimen pun leh naik selamba jer.

xkan gaji pa pun mau kira ek? ;-)

Tanpa Nama berkata...

WHAT A JOKE... kalau kerajaan mampu beli beg tangan rosmah, jam rolex, cincin berlian, hotel mewah, etc, etc...yang berbillion2 ringgit, takkan kenaikan gaji kakitangan awam seramai 1.4 juta tak mampu kot.....

Tanpa Nama berkata...

bukan joke..mmg realiti yg semua PA dok angguk & telan saja..

lepas telan baru sibuk nak bising dlm blog ni..hehe...

Tanpa Nama berkata...

Tunjuk bukti Pakatan auta, Pas cabar PM

NORHASPIDA YATIM
26 Mac 2012





SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kenyataan Pakatan Rakyat (PR) mengenai sesuatu isu selama ini adalah auta dan tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, selama ini PR bercakap berdasarkan fakta dan tidak tampil mempertikaikan sesuatu isu tanpa bukti yang kukuh.

“Tanya beliau, bolehkah spesifikkan apa yang PR auta selama ini? Dakwaan Najib yang kata PR cakap duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram tidak betul. Mana ada kita halang rakyat ambil duit itu dan rakyat berhak menerimanya.

“Apa yang kita tekankan dan halang ialah duit rasuah yang masuk dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaaan. Itu yang kita titikberatkan selama ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mustafa berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Najib yang disiarkan Sinar Harian semalam bahawa rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan auta pembangkang yang bercakap mengenai sesuatu isu tanpa berlandaskan fakta kukuh.

Mustafa berkata, kerajaan kini sentiasa mencari peluang untuk memberikan gula-gula kepada rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Bantuan demi bantuan yang mereka hulurkan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13 kerana banyak perkara yang PR kemukakan termasuk dalam Buku Jingga dan Janji 100 hari PR mencabar mereka.

“Rakyat boleh terima dan rakyat kini semakin matang dalam menilai pemimpin. Banyak bantuan yang kerajaan hulur tetapi tidak semestinya rakyat yang ambil bantuan itu sokong mereka. Kita yakin, rakyat sekarang semakin matang,” katanya.

Beliau turut menegaskan dengan yakin bahawa momentum sedia ada memihak kepada pembangkang.


“Kita yakin terhadap kematangan rakyat, malah, kesilapan mengenai isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berlaku kerana kerajaan terlalu terburu-buru sehingga terpaksa menambah peruntukan sehingga RM6 bilion daripada jumlah asal RM3 bilion bagi baik pulih Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Apapun, mereka terpaksa laksanakan juga kerana takut dan mahu gula-gulakan rakyat,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Pihak PAS ada menyatakan duit BRIM sebanyak RM500 adalah duit haram. Ada juga mengatakan duit rasuah untuk PRU 13. Jika diamanati ramai dari pihak PAS juga turut berpusu-pusu menunggu giliran untuk mendapatkan BRIM.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini DS Najib telah mengumumkan sebanhyak RM1.92 Billion telah diagihkan sehingga 1 Mac 2012.
Selangor adalah negeri tertinggi penerima bantuan iaitu hampir 13 peratus dari kesulurahan wang yang telah diagihkan. Manakala Kelantan mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.


CUBALAH AGIH KEPADA NEGERI DIBAWAH PEMERINTAHAN BN DUA KALIGANDA LEBIH, BARU RAKYAT NEGERI BANGSAT PEMBANGKANG BERALIH ANGIN.

Tanpa Nama berkata...

Nanti kamu PA baca itu Pekeliling SSM baru pun disedia oleh PTD juga.

saya sokong sama lu .................hidup PTD!!!

--------------------------

MEMANG PTD SEKADAR MAMPU BUAT DAN DRAFT PEKELILING SAHAJA LAH. Sesuailah dengan degree Ijazah Sarjana Muda Sastera Geografi, Persuratan Melayu, Linguistik dan Psikologi yang KORANG ADA.
Sebab tu lah PTD tak ramai yg ada Master atau PhD. Sebab ijazahnya sekadar gitu-gituan.

Tanpa Nama berkata...

tunggakan gaji aku DG48, ribuan ringgit aku dpt, skim lain nasib kau orglah,boleh blaa..!! ha.!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

lantakk ngko lerr .. apa aku peduli.
bukannya ngko bagi aku makang duit tuuh !! bodoh !! Bangang !!!

bahalul punya guru !!

Tanpa Nama berkata...

PTD cacamerba .. hidup dlm gua kepompong syok sendiri !

Tanpa Nama berkata...

hei mangkuk, lu dengki kea, aku dpt tunggakan besar, DG48 beb bukannya mcm skim kau org, cabuk punya skim, ciput jea dpt, cikgu di beri keistimewaan bukannya mcm kau org mengemis beb..!! muka tak malu.. aku rasa kau nie lulus spm cabuk jea.. cikgu paling rendah ijazah beb.. boleh blaa..!!

lok_lak84 berkata...

Satu hari di kelas 6C,

Cikgu: Azman kamu nak jadi apa ni, malas! Bodoh pula tu?

Azman: Buat apa belajar rajin2 cikgu, baik jadi bodoh, tak skor SPM, kemudian masuk maktab jadi cikgu, boleh buat degree juga last-last nanti..

1Kelas: Kah kah kah kah kah kah betul3, cayalah Azman kah kah kah kah kah kah..

Cikgu: (begang).. tapi betul juge..


KUSTM's BEST,
Aku jadi guru nak selamatkan sistem pendidikan

Tanpa Nama berkata...

kalo gomen mampu bayar kenaikan gaji nape sampai bbulan2 da xbayar2 lg....
bln 4 ni lom tentu lg ni...
'MEMANG tggu ms y sesuai'
......"DRAMA PRU-13"......lg!

Tanpa Nama berkata...

CUBALAH AGIH KEPADA NEGERI DIBAWAH PEMERINTAHAN BN DUA KALIGANDA LEBIH, BARU RAKYAT NEGERI BANGSAT PEMBANGKANG BERALIH ANGIN.

==============================
agak-agak la sikit berbahasa...bahasa cerminkan peribadi anda sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

tunggakan gaji aku DG48, ribuan ringgit aku dpt, skim lain nasib kau orglah,boleh blaa..!! ha.!!ha..!!

Isnin, Mac 26, 2012 11:28:00 PM

tak payah ko nak provokasi dkt sini la...kalau kau betul DG48...Aku rasa DG48 xde keluar ayat bodoh macam kau ni...ha ha ha ha...

M 17 berkata...

DG 48 bukan bermakna dia pandai.

ianya bermakna dia dah lama dalam perkhidmatan, naik gred disebabkan lulus PTK dan sebagainya.

tapi tak sama macam PTD M 48. diorang boleh naik tak sampai 5 tahun servis disebabkan kaki kipas, kaki ampu dan yang paling utama sebab MURAH REZEKI katanya.

Tanpa Nama berkata...

salam, dimulakan dengan nama ilahi, kepada semua pembaca. saya adalah salah seorang yang selalu baca blog ni, dimulakan dengan maaf andainya ada yang terasa.. kenapa setiap kali isu yang dikeluarkan oleh pihak penerbit mesti ada ulasan yang menyelewng dari tajuk oleh pihak pro kerajaan mahupun pembangkang? adakah penerbit blog ini @ pembaca sendiri yang terpesong, pada pemahaman saya sebagai budak sekolah menengah, ini adalah suatu yang tidak wajar kerana sepatutnya orang-orang yang membaca blog ini tidak terdiri dari rakyat malaysia ianya mungkin dari segenap bangsa dan pelusuk dunia. Adakah ianya untuk menujukkan ketidakmatangan rakyat kita. sebenarnya blog ini adalah sangat bagus kerana berkongsikan banyak berita-berita yang melibatkan perjuangan Ceupacs dalam membantu penjawat awam gred rendah. Jangan lah ianya dirosakkan dengan pemahaman politik dan serangan peribadi.
Diharap apa yang diutarakan oleh saya jangan ada yang disalahfahamkan demi kepentingan politik masing-masing kerana ini adalah luahan dari pelajar sekolah yang ingin melihat negaranya membangun dan ditadbir oleh pekerja-pekerja yang ikhlas dalam melakukan kerja. maaf sekali lagi andai ada yang terasa. Dengan segala pujian kepada yang maha esa saya menutup warkah ini.

Sekian. Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin memaklumkan bahawa Y.Bhg. Datuk Seri Ahmad bin Haji Kabit akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2 April 2012. Bagi pihak Perkhidmatan Awam, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Datuk Seri Ahmad di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama 36 tahun, terutama di sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha KPKT.

2. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengumumkan pelantikan Y.Bhg. Datuk Arpah binti Abd Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPKT, sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, P.T.D. Gred Utama Turus III mulai 3 April 2012 bagi menggantikan Y.Bhg. Datuk Seri Ahmad.

3. Y.Bhg. Datuk Arpah, 57+ tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Amerika Syarikat; dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengajian Bandar dari Universiti Sains Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatan dengan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979 dengan karier seperti berikut:

• Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mulai 2 November 2011;

• Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (2006-2011);

• Pengarah Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya (PjC) (2005-2006);

• Pengarah, Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (2000-2005);

• Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (1993-2000);

• Pegawai Projek, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) (1991-1993);

• Pegawai Projek Kanan, Pusat Pembangunan Pengurusan, INTAN (1983-1991); dan

• Penolong Setiausaha, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran (1979-1983).

4. Dalam hubungan ini, pelantikan Y.Bhg. Datuk Arpah sebagai Ketua Setiausaha KPKT yang baru, dibuat berdasarkan pengalaman luas dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang pembangunan perbandaran dan Kerajaan tempatan sepanjang karier perkhidmatan beliau. Pengalaman dan pengetahuan semasa bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Perbadanan Putrajaya (PjC) yang merupakan antara agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik negara, pastinya menjadi satu aset kepada kompetensi beliau. Selain itu, pengalaman sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPKT akan membantu beliau merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dengan cekap dan berkesan.

5. Saya percaya pengalaman dan pengetahuan mendalam Y.Bhg. Datuk Arpah akan membolehkan beliau mengetuai warga Perkhidmatan Awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berkhidmat dengan penuh integriti terutama dalam melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan perbandaran dan perumahan negara yang berkualiti, ke arah kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.









( TAN SRI SIDEK HASSAN )
Ketua Setiausaha Negara

27 Mac 2012

Tanpa Nama berkata...

kesimpulan dari artikel di atas:

PTD

itu sahaja mesejnya.

Tanpa Nama berkata...

Pasangan ditinggal berdua-duaan dalam pejabat


SAYA sedang menjalankan latihan praktikal di sebuah firma guaman bersama seorang perempuan bukan mahram yang baru saya kenali.

Permasalahannya, kami selalu ditinggalkan berdua-duaan di dalam pejabat dan hanya dibenarkan pulang pada jam 5.30 petang sementara majikan pulang pada 5 petang.
Sebaik mereka keluar, pintu ditutup dan pagar dikunci. Tidak ada apa-apa yang berlaku antara kami namun saya berasa kurang selesa.

Saya takut apakah reaksi orang lain terhadap kami. Saya risau akan timbulnya fitnah kepada kami. Apakah hukum kami berdua-duaan di dalam pejabat dan apakah tindakan yang perlu saya ambil dalam situasi sebegini?



Perlukah saya berbincang dengan majikan saya berkenaan hal itu?


TAUFIQ,
Selangor



PERASAAN hati itu memang ada benarnya kerana keadaan boleh menimbulkan fitnah dan tuduhan masyarakat sekeliling.

Ditambah pula sikap masyarakat yang suka menyebarkan khabar angin dan membuat fitnah. Sebab itu segala perbuatan perlu dijaga supaya fitnah tidak timbul.

Perkara ini boleh dibincangkan dengan majikan untuk keselesaan ketika bekerja.
Sebenarnya, anggapan negatif sepatutnya tidak timbul apabila setiap pekerja menjaga akhlak dan etika di tempat kerja.

Khalwat pula adalah perbuatan pasangan yang belum berkahwin dan bukan mahram yang berada di tempat sunyi hingga menimbul fitnah pada pandangan masyarakat awam kerana membabitkan perbuatan sumbang.

Ini termasuk berada bilik yang sama di pejabat padahal ketika itu tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Duduk berdua-duaan itu boleh membawa kepada godaan nafsu dan syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Khairy dilantik Pengerusi PUNB


2012/03/27

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru, berkuat kuasa 1 April.

"Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 8 Mac tahun ini," menurut PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini selepas berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

KUSTM's BEST,
Aku jadi guru nak selamatkan sistem pendidikan

___________

Hebat demo, ihhh setakat mampu masuk KUSTM jer. Dah rasa best. Apa la gamaknya kalu masuk SOAS ke MIT ke. Kustm jer mampu coz result spm macai kan.

ur hideous

Tanpa Nama berkata...

lok_lak84 berkata...

Satu hari di kelas 6C,

Cikgu: Azman kamu nak jadi apa ni, malas! Bodoh pula tu?

Azman: Buat apa belajar rajin2 cikgu, baik jadi bodoh, tak skor SPM, kemudian masuk maktab jadi cikgu, boleh buat degree juga last-last nanti..

1Kelas: Kah kah kah kah kah kah betul3, cayalah Azman kah kah kah kah kah kah..

Cikgu: (begang).. tapi betul juge..

Nih sorang lg MANGKOK BENGAP BONGOK BIN BEBAL WAL TOLOL...nih jokes zaman bila bro?? la nih mana ada dah maktab perguruan..semua dh upgrade jadik Institut Perguruan...minimum masuk kalau setakat 6A,7A SPM sori la kalau ada hasrat nk jadi guru..syarat ketat sekarg der..skrg semua guru lulusan ijazah..zaman sijil2 or diploma lama dh xde..len kali rajin membaca sikit..bukan rajin mengeji tp otak tang tuh juga..bengap..dh la bodoh tak nk di ajar lak tu..mentaliti rendah...puiii

Tanpa Nama berkata...

budak mangkok kustem ni bukan apa.kurang akhlak.Mungkin budak ni dari golongan orang2...Kesianla kat ibu bapa yang mendidik ingin menjadi anak yang berakhlak.

Bertaubatla.nanti kut menyesal.ni bukan nk bukan masa joke.gnakan blog ni benda yang berfaedah.pi belajar bagi pandai dulu.belum tentu lagi lulus.jgn bagi orang sumpah dan maki kita.hidup tak tenteram.

Tanpa Nama berkata...

tanggapan bahawa ptd mempunyai degree rojak mmg outright salah. kebanyakan ptd baru mempunyai ijazah professional, malah ada juga yg mempunyai ijazah 1st class dlm bidang kejuruteraan dan perakaunan. Saya salah seorang ptd yang mempunyai degree dalam bidang perakaunan (kepujian). Diharap para PA lain jgnlar mencarut dan melabelkan ptd sbg degree rojak. Penyebaran info salah sebegini memberi imej yg buruk kepada semua ptd yg bergraduan professional. TK.

Tanpa Nama berkata...

Saya salah seorang ptd yang mempunyai degree dalam bidang perakaunan (kepujian).

dh tauu ade degree akaun, pi jd ptd wat per? asallak x mintak jd juruaudit (W)? psl x glamer? hah?

sembang jer lebeyyyy. tipikal ptd!

Tanpa Nama berkata...

bukan pasal glamer. tapi untuk memikul tjawab yg lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

SAYA sedang menjalankan latihan praktikal di sebuah firma guaman bersama seorang perempuan bukan mahram yang baru saya kenali.

Permasalahannya, kami selalu ditinggalkan berdua-duaan di dalam pejabat dan hanya dibenarkan pulang pada jam 5.30 petang sementara majikan pulang pada 5 petang.
Sebaik mereka keluar, pintu ditutup dan pagar dikunci. Tidak ada apa-apa yang berlaku antara kami namun saya berasa kurang selesa.

Saya takut apakah reaksi orang lain terhadap kami. Saya risau akan timbulnya fitnah kepada kami. Apakah hukum kami berdua-duaan di dalam pejabat dan apakah tindakan yang perlu saya ambil dalam situasi sebegini?

++++++++++++++++++++++++++++++++++

cantik tak perempuan tu?.....aku selalu membayangkan tibanya detik seperti itu,.....kalau baru kenal...ambillah peluang untuk kenal lebih rapat.mana tau itu jodoh anda,tapi....jangan pegang pegang sebelum kahwin.

Saya dulu sampai kena ngurat awek kat bas stand untuk dapat kawan perempuan,itupun selalu tak diyan.malu sendiri bila pertanyaan tanpa jawaban.jangan lepaskan peluang yang ada,kata orang peluang hanya datang sekali saaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya sedang mencari Datin Muda yang cantik, seksi dan kaya.

Saya seorang gigolo part time. Siang keja kat opis gomen. Duit i tak cukup. Tapi takpe, yang penting selalu merasa nikmat di katil.hehe..

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam yang kerap kali datang lewat,kerapkali minum ,asyik curi tulang,buat kerja main-main,suka bodek orang atas,kaki report kepada orang atas,perlu diambil tindakan oleh Boss Boss isu ini.
Setengah kakitangan suka main game.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred


2012/03/28

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.
"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.
template joomla

Tanpa Nama berkata...

JOHOR BAHRU: Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan JPPH Malaysia mengkaji kaedah pertukaran membabitkan kakitangan awam terutama mereka yang sudah lama berkhidmat bagi mengelak sebarang masalah. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata isu pertukaran membabitkan antara agensi sejak empat bulan lalu perlu ditangani bagi mengelak pilih kasih terutama membabitkan pegawai atasan.
Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan daripada kakitangan awam kanan yang berkhidmat cemerlang di sesuatu tempat tetapi dipindahkan ke tempat lain tanpa sebarang alasan.
“Semalam, saya menerima panggilan daripada kira-kira 30 kakitangan awam di sebuah kementerian yang akan dipindahkan ke kementerian atau agensi lain dengan kebanyakannya membabitkan kalangan kakitangan kanan dan akan bersara. “Kami tidak menentang pertukaran tetapi cara pertukaran berkenaan dibuat. Ingatkan pada awalnya, hanya kakitangan muda saja dipindahkan tapi kini dapati yang senior turut dipindahkan ke tempat lain termasuk ke daerah pedalaman,' katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) Johor ke-54 di sini, hari ini.

Tanpa Nama berkata...

OHOR BAHRU: Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan JPPH Malaysia mengkaji kaedah pertukaran membabitkan kakitangan awam terutama mereka yang sudah lama berkhidmat bagi mengelak sebarang masalah. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata isu pertukaran membabitkan antara agensi sejak empat bulan lalu perlu ditangani bagi mengelak pilih kasih terutama membabitkan pegawai atasan.
Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan daripada kakitangan awam kanan yang berkhidmat cemerlang di sesuatu tempat tetapi dipindahkan ke tempat lain tanpa sebarang alasan.
“Semalam, saya menerima panggilan daripada kira-kira 30 kakitangan awam di sebuah kementerian yang akan dipindahkan ke kementerian atau agensi lain dengan kebanyakannya membabitkan kalangan kakitangan kanan dan akan bersara. “Kami tidak menentang pertukaran tetapi cara pertukaran berkenaan dibuat. Ingatkan pada awalnya, hanya kakitangan muda saja dipindahkan tapi kini dapati yang senior turut dipindahkan ke tempat lain termasuk ke daerah pedalaman,' katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) Johor ke-54 di sini, hari ini.

Tanpa Nama berkata...

HIDUP UMNO, KEKALKAN BARISAN NASIONAL...UMNO SAHAJA YANG BOLEH MENJULANG MELAYU DAN BN SAJA YANG LAYAK MEMERINTAH NEGARA..SOKONGAN PENUH UNTUK DATO' NAJIB....PM 1 MALAYSIA....1MALAYSIA.....1 MALAYSIA....
KAKIBODEX

Pena Dhaif berkata...

Hari ini dah 30 mac...pekeliling x keluar lg.... macam mana pengumuman dulu yg mengatakan gaji baru termasuk tunggakan pada april nnt sedangkan pekeliling xda lagi...macam kene tipu jer kita yg PA... pekeliling xda lg...kalo keluar pun dalam april, belom tentu tunggakan dan gaji masuk april jugak selagi kew8 x dibuat kalo xda pekeliling.... Kerajaan ni ada duit ke tidak nak bayar 1.4 juta PA.. atau nampak kelemahan itu sendiri dalam pengurusan..sebab awal belanjawan dulu umumkan SBPA pastu batalkan SBPA...pelik tp nyata...mcm xda kesungguhan mcm main2 sekejap ada sekejap batal...memang betul lah PA 1.4 juta ni mcm buih di lautan...mcm permainan jer nasib PA ni...kalo betullah kerajaan nak sungguh2 membantu rakyat..kebajikan PA pun kena jaga...sungguh2 lah membantu jgn seperti melepas batuk di tangga.....

Tanpa Nama berkata...

saya pinta kaji semula skim perkhidmatan kesihatan dan perubatan dan jadikan spt gred kepolisan supaya gred diploma di naikkan ke gred ijazah

Tanpa Nama berkata...

Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.

Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh Najib.

Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.

Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap Najib, Zambry dan Adun-Adun ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.

Najib menyangka ‘rakyat Perak mudah lupa’. Oleh yang demikian beliau berani merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih jernih dalam ingatan seluruh warga Perak.

Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya.

Sebelum Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara yang terkutuk.

M 17 berkata...

Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah

kau sorang je yang marah. apa ingat orang lain sama ideologi macam kau kah? aku takda rasa marah pun?

jangan la syok sendiri bai. pendapat & perasan kau tak semestinya sama dengan pendapat & perasaan orang lain.

dah2 la tu cerita politik dalam ni. bosan aku tengok. ini blog perkhidmatan awam, bukan blog parti politik. cakap bodoh kang marah! tapi tula realiti fanatik fanatik politik. menjadi mangsa kebodohan orang politik.

Tanpa Nama berkata...

kaji semula skim diploma supaya di masukan dlam kumpulan p&p.harap cuepacs ambil perhatian

Tanpa Nama berkata...

DI USM,LAPORAN PRESTASI YANG DITULIS PENILAI PERTAMA/KEDUA BERBAU PERIBADI TERUTAMA DIPUSAT PENGAJIAN USM,HARAPAN KAMI PIHAK-PIHAK YANG BERKAITAN DALAM USM PERIHATIN MASALAH KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA GRED 22 KEBAWAH.HAIRAN SETIAP TAHUN SAYA DAPAT LPNT YANG TINGGI,2011 RENDAH 85% KEBAWAH.JAWAPAN YANG DIBERI MASALAH PERIBADI,PENILAI PERTAMA/KEDUA TAK TELUS.puak puak atas gred 41 keatas lepas tangan.

Non berkata...

Betullah M17..budak mentah tu ingat orang lain tak membaca...tak tahu perkembangan...dia silap...di sebenarnya tak tahu perkembangan, diingat orang sema macam dia. asik nak main politik murahan...kita penjawat awam ada pemikiran sendiri...pandai menilai...dan tidak bergantung kepada haramkah saja. Kita kakitangan awam cerdik berfikir...dan sentiasa bergantung kepada Allah...rezki ajal maut ditangannya. nak harapkan pembangkang...DAP perintah...habisle kakitangan melayu...sapa yang banyak kerenah siap le nanti...aku bukan ahli BN...tetapi pemerhati.