SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mac 2012

ANGKAT IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
11/3/2012


TENGAH hari selepas pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Khamis lalu, saya berkesempatan bersembang dengan tiga orang penjawat awam. Riak wajah mereka ceria. Rancak bertukar cerita sesekali disulami gurauan. Kata mereka, peniaga tentunya kumpulan paling gembira. Naik gaji maknanya ada peluang naikkan harga barang. Naik gaji ertinya kuasa membeli kalangan 1.4 juta penjawat awam bertambah. Luahan kata hati mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan 13 peratus itu adalah milik peniaga di luar sana. Di akhir perbualan, kami menyimpulkan tajuk perbualan - SBPA, baru bermula sudah berakhir.

SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.

Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.

Saya pernah mengajukan perihal perkembangan perkhidmatan awam kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji. Biar pun tajuk temuramah ketika itu tertumpu kepada siri syarahan perdana Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, soal peningkatan kualiti perkhidmatan awam tidak dilepaskan begitu sahaja.

Berulang kali Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.

Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.

Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.

Perkara itu pernah diakui bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam kesempatan menemui beliau akhir tahun lepas. Beliau melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.

Fleksibel

Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.

Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.

Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.

Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.

Sememangnya diakui perkhidmatan awam di negara ini sentiasa menjalani proses penambahbaikan. Perjalanan itu tidak sepatutnya berhenti, lantaran masih banyak kelemahan yang perlu diperhalusi dan diperbaiki. Namun perlu diberi perhatian bahawa memperkenalkan pembaharuan bukannya trial and error. Kesannya amat besar sehingga mampu membunuh integriti perkhidmatan awam dan tidak mudah dipulihkan dalam masa yang singkat.

258 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 258 daripada 258
Tanpa Nama berkata...

.........

Tanpa Nama berkata...

pejabat pe tu yg tukar krajaan...
pej pas,dap,pkr kws ke?????

Guru DG44 berkata...

Sumpah seranah laa lagi cikgu2 tu...moga ilmu yg dpt dr cikgu tu jadi tak berkat...sekarang pun dah nampak tak berkatnya..bahasa mcm org tak sekolah...kalu cikgu tak ajar dulu ntah2 nak tulis nama sendiri pun tak reti...kalau dah jenis tak sedar diri mmg mcm tu...biarkan laa aje wahai guru gur sekalian...takat maki dlm blog ni tak menjejaskan langsung..KEPADA SEMUA GURU,KERJA LAA DENGAN IKHLAS MCM BIASA..ORG YG MENGATA TU TONG KOSONG JE..BUKAN TAU APA APA PUN...KITA IKHLAS MENDIDIK, INSYAALLAH, PAHALA DAPAT, REZEKI PUN MURAH..ORG YG IRIHATI DAN DENGKI TU BIARKAN LAA... cakap pompang pompang, makin byk cakap makin byk terserlah kekosongan ilmu dan hitamnya hati...jgn dilayan sgt...diam adalah lebih baik dr melayan org berhati hitam....InsyaAllah, segala apa yg kita buat dengan penuh keikhlasan akan ada ganjaran..tidak semestinya pada harta, mungkin anak2 yang berjaya..Saya adalah guru mengajar Bahasa Inggeris..saya tak ambil peduli apa org nak kata...CIKGU2 SEMUA TAHU MAKNA KEPUASAN BILA MELIHAT ANAK MURID YANG PADA MULANYA TAK TAHU APA2, DI AKHIRNYA BEROLEH KEJAYAAN....ITULAH KEPUASAN JADI SEORANG GURU YG TIADA PD ORG LAIN....teruskan keikhlasan, insyaAllah, rezeki lagi murah dan berkat

Tanpa Nama berkata...

ooo gitu....

Tanpa Nama berkata...

Tahun lepas PTK dibatalkan, yg berpotensi untuk duduk PTK terlepas peluang anjakan gaji dan yg lulus tahun sebelum juga tak dapat anjakan.

Bagaimana pula penetapan gaji permulaan bagi yang naik pangkat tahun 2012.

Harap CUEPACS dapat fikirkan hal ini

Mr Bean berkata...

shut up all of you, losers. i have master degree in electrical engineering, yet still become a comedian. grow up, kids. doesn't mean what you learn, what kind of certificate you have can give what you want.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan berbincang dengan CUEPACS sebelum rangka SBPA
13/03/2012 2:04pm

KUALA LUMPUR 13 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama CUEPACS dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS. Kerajaan juga menerima memorandum daripada CUEPACS dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember 2011,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil CUEPACS untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan CUEPACS.— BERNAMA


sapa2 yg xpuas ati tu sila buat undi protest pangkah PR ye PRU ni . sapa yg puas hati pangkah BN . jangan segan-segan protest .

Tanpa Nama berkata...

aku rasa la yang dok hentam cikgu ni, demo ni tak ngaji. keluar dari perut mak, dah boleh baca, boleh nulis, boleh ngira, pendek kata semuanya boleh. dah pandai dah. bila umur 12 thun ambik UPSR, tak g sek. pun.umur 15 thun ambik PMR. tak g sek juga. pas tu SPM tak sekolah juga. Memang mereka yang dok hemtam cikgu pandai2.Tak pernah sekolah tapi dapat kerja dengan kerajaan.

Mr Bean berkata...

shut up all of you, losers. i have master degree in electrical engineering, yet still become a comedian. grow up, kids. doesn't mean what you learn, what kind of certificate you have can give what you want.

Tanpa Nama berkata...

J27 = sijil poli/STPM

J29 = Diploma

ada perbezaan tukan...mana boleh j27 lebih tinggi dari j29 kan..kan..kan...

kalau SPM dikata dh hampir dgn Diploma maka mmg patutla puak2 j29 mengamuk...ini sijil Poli dah nk dekat dgn Diploma mmg logikla sebab Sijil Poli hanya beza 9 bulan jer belajar dgn Diploma...

Sepatuynya dh lebih 20 tahun dulu dh dpt j27

Dan sejak 15 tahun dulu pengambilan juruteknik menggunakan sijil poli ......... SPM dh tak pakai lagi dh

Tanpa Nama berkata...

diangkat ddunia....
dakhirat blum tntu....
wasalammmmm

-----------------------------------
sama-sama le kita berdoa didunia dapat di akhirat juga dapat..

sama-sama lah muhasabah diri dan memperbaiki diri..

wassalam...

Tanpa Nama berkata...

boring la baca komen2 yg xbmorel kt ruangan nihhh

Tanpa Nama berkata...

sanjung dan hormat guru2 yg iklas mengajar dan berhati mulia...smoga guru2 sukses slalu...
aminnnnn

Tanpa Nama berkata...

kepada yg duk kutuk guru tu udah2 le...
xberkat ilmu tu nt..
igt ank2 kita yg tgh bsekolah tu...
sapa yg ajar?????

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama

skg ni pelukis pelan bukan lagi keje menyurih je keje nye tetapi ada gak yang kena wat design sbb jurutera x nak wat keje tu nak tak kami yang menyurih ini kena gak buat design jurutera tau siap je...lagi satu jgn lupa kebanyakkan pelukis pelan J17 mempunyai sijil dari politeknik atau IKM, IKBN, ILP semua institut berkenaan adalah milik kerajaan kenapa sijil mereka tidak tiiktiraf oleh pihak JPA ada kah orang yang punya sijil poli je bagus sangat dan boleh diupgrade kan gred tu semua pihak kena kaji gak sekian wasalam

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa kat sini yg tahu sifir gaji sebaris min-maximum selepas kenaikan 13%tuh????

Tanpa Nama berkata...

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MASIH LG BELUM MENERIMA APA2 SURAT/PEKELILING BERKAITAN DENGAN GAJI BARU..

SO BETUL KE SEMUA NI LEH SELESAI BULAN DEPAN....?

APA2 KITA TUNGGU BULAN 4 PULA...

Tanpa Nama berkata...

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MASIH LG BELUM MENERIMA APA2 SURAT/PEKELILING BERKAITAN DENGAN GAJI BARU..

SO BETUL KE SEMUA NI LEH SELESAI BULAN DEPAN....?

APA2 KITA TUNGGU BULAN 4 PULA...

Tanpa Nama berkata...

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MASIH LG BELUM MENERIMA APA2 SURAT/PEKELILING BERKAITAN DENGAN GAJI BARU..

SO BETUL KE SEMUA NI LEH SELESAI BULAN DEPAN....?

APA2 KITA TUNGGU BULAN 4 PULA...

Tanpa Nama berkata...

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MASIH LG BELUM MENERIMA APA2 SURAT/PEKELILING BERKAITAN DENGAN GAJI BARU..

SO BETUL KE SEMUA NI LEH SELESAI BULAN DEPAN....?

APA2 KITA TUNGGU BULAN 4 PULA...

Tanpa Nama berkata...

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

GAJI BULAN 3 MASIH LG SSM LAMA..

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MASIH LG BELUM MENERIMA APA2 SURAT/PEKELILING BERKAITAN DENGAN GAJI BARU..

SO BETUL KE SEMUA NI LEH SELESAI BULAN DEPAN....?

APA2 KITA TUNGGU BULAN 4 PULA...

Tanpa Nama berkata...

AKU SEORANG CIKGU........AKU JUGA SOKONG KAKITANGAN AWAM LAIN NAIK TIMEBASE MACAM CIKGU JUGA>>>>>>

Tanpa Nama berkata...

wahai keluaran sijil ikm,ikbn,ilp semua mari kita sama-sama menuntut hak kita kerana sijil kita tidak di iktiraf...kalo masuk keje jpa bayar gaji guna sijil spm padahal sijil institut lain kebanyakkan diiktiraf kita macam di anak tiri kan atau terlepas pandang oleh mereka semua ini..kalo kita tgk di pihak swasta lebih iktiraf keluaran sijil ini dari sijil poli heheheh sbb mereka tau wat keje hehehe tapi tu le x de pembelaan masuk MTSU bayar yuran tiap-tiap bulan tapi sorang pun kt MTSU tu x cuba nak fight untuk kita tapi lepas tengkuk dorang je hehehe

HANG SECRET ADIK HANG LEKIU berkata...

aku setuju dengan TIME BASE yg diberikan kpd guru2 ..cume

Kami skim lain selain guru ingin TIME BASE juga...jangan hanya bilangan guru ramai dlm gov kerajaan lepas pandang skim lain...

apakah motif hanya skim tertentu sahaja yg menikmati nikmat ini...

adakah ini ADIL untuk semua PA..
adakah PA lain tidak membangunkan modal insan?tidak membangunkan negara?

"MARI SEMUA PA KITA MINTA KERAJAAN LAKSANAKAN TIME BASE KEPADA SEMUA SKIM"
-----------------------------------

SEMUA SKIM DAN GRED ATAU PUN SEMUA HIERARKI....

DRPD- ADA IJAZAH DEMAND NAK GAJI SATU CAKERAWALA....

Tanpa Nama berkata...

wahai pmegang sijil IKM,ILP dan yg sewaktu dgnnya...klayakan ko msuk utk dptkn sijil2 korg tu apa hahhhh...
SPM cukup2 mkn je la......
klu ko lyk nape xmsuk poli??????
menyalak je lebihhhhh...
klu ko xmau bayar yuran,kluar la dari kesatuan MTSU..
bangangggggg tol la puak2 ko niiii

Tanpa Nama berkata...

ssss

Tanpa Nama berkata...

oi

HANG SECRET ADIK HANG LEKIU ADA IJAZAH DEMAND NAK GAJI SATU CAKERAWALA berkata...

Tanpa Nama berkata...

boring la baca komen2 yg xbmorel kt ruangan nihhh
Selasa, Mac 13, 2012 3:52:00 PM
-------------------------------------

KORUNK YANG MULA DULU, KUTUK ORANG, SKUNK TANGGUNG LA

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
kepada yg duk kutuk guru tu udah2 le...
xberkat ilmu tu nt..
igt ank2 kita yg tgh bsekolah tu...
sapa yg ajar?????

Selasa, Mac 13, 2012 4:00:00 PM

+++++++++++++++++

ingat jugak yang bapak, mak ngko, sdrmara, isteri, suami, anak YANG PERGI hospital tu siapa yang rawat ... geng aku jugak ! (Bukan guru).

Bukan ke kerja kamu ngajar ?! kenapa PERLU DIUNGKIT ilmu yg kamu ngajar ... kann ia telah dibayar oleh kerajaan !!
apa itu pun kena ajar !

HANG SECRET ADIK HANG LEKIU ADA IJAZAH DEMAND NAK GAJI SATU CAKERAWALA berkata...

HANG SECRET ADIK HANG LEKIU ADA IJAZAH DEMAND NAK GAJI SATU CAKERAWALA berkata...

Tanpa Nama berkata...

boring la baca komen2 yg xbmorel kt ruangan nihhh
Selasa, Mac 13, 2012 3:52:00 PM
-------------------------------------

KORUNK YANG MULA DULU, KUTUK ORANG, SKUNK TANGGUNG LA
Selasa, Mac 13, 2012 4:35:00 PM

Tanpa Nama berkata...

12

Tanpa Nama berkata...

aku rasa la yang dok hentam cikgu ni, demo ni tak ngaji. keluar dari perut mak, dah boleh baca, boleh nulis, boleh ngira, pendek kata semuanya boleh. dah pandai dah. bila umur 12 thun ambik UPSR, tak g sek. pun.umur 15 thun ambik PMR. tak g sek juga. pas tu SPM tak sekolah juga. Memang mereka yang dok hemtam cikgu pandai2.Tak pernah sekolah tapi dapat kerja dengan kerajaan.

Selasa, Mac 13, 2012 3:29:00 PM

+++++++++++++++++++

bodo punya statement !
kalu mu free dan sukarela ngajar budak ... mu boleh buat statement di atas !

mu makan gaji!

kalu budak tak pandai .. itu tandanya mu tak kompiten dan tak pandai ngajar !!

Tanpa Nama berkata...

Adakah PTK akan dimulakan semula ? Kenapa skim gaji utk PA tunggang langgang ? Macam tak professional betul ! Apa yang kerajaan tengah fikir ni ? GST akan dilancarkan bila bila masa ! Dah pening dan porak poranda !

Tanpa Nama berkata...

Bising bising menarik perhatian untuk kahwin.

Tanpa Nama berkata...

Notese Limro

Tanpa Nama berkata...

Tapi apalah sangat dengan time base cikgu ni bro... Nak cepat jadi PTD la bro. Dlm 10 tahun dah boleh pergi ke gred 48/52. Atau jadi pensyarah bro. Tamat PhD dlm umur 28 dah boleh dilantik ke gred 51/52 bro...Cikgu ada ijazah sarjana muda saja dan kalau ada Master atau PhD tak dpt pun naik gaji atau gred. Pilihan di tangan anda. Tapi kalau tak ada ijazah TAK Payah la komen lebih-lebih sebab gred maksima 38 jer. Guru ijazah 41-54, bukan ijazah 29-38 Jangan la di banding dgn yg 17 ke, 22 ke atau 27. Lagi satu ada betulnya jugak kat atas tu kata yg segelintir PA haprak SPM nya dulu akan salahkan gurunya kerana SPM nya kokak. Cikgunya dikambing hitamkan.

Drp:
Dulu jadi guru sekejap

Tanpa Nama berkata...

apa perkembangan terkini?

Tanpa Nama berkata...

damo plicastapa perkembangan terkini?

Tanpa Nama berkata...

......

Tanpa Nama berkata...

Rakan-rakan guru sekelian:

Begitu malangnya nasib guru. Bila dapat timebased yang diberi oleh kerajaan, profesyen kita dihina, dikutuk dan dipersenda.Kita tidak halang pun mereka ingin menuntut keistimewaan yang sama. Berjuanglah untuk mendapat timebased bagi kerjaya yang lain....kami guru-guru mendoakan "all the best". PAP semoga dapat gaji yang adil, PNP dapat laluan kerjaya yang mudah, Pemegang sijil politeknik naiktaraf, N17 naik KUP N22 dalam tempoh 8 tahun dan seterusnya ke N26. Bidang kerja yang kritikal mendapat elaun khas dll. Tapi mungkin kerajaan tak dapat luluskan serentak jadi ada yang perlu bersabar. PEACE!

Tanpa Nama berkata...

..............

Tanpa Nama berkata...

best

Tanpa Nama berkata...

se

Tanpa Nama berkata...

napelah Dato Omar beria-ia kata gaji baru akan dirasai sama ada bulan 3 atau 4 walhal pekeliling tak de lagi. betol2 buat PA berharap...

Tanpa Nama berkata...

PENGALAMAN AKU SBG PESAKIT
.
TENTANG JURURAWAT DAN DOKTOR,MEMAMG KERJA MEREKA TERUK,MEREKA SELALU KENA KOMPLEN DISEBABKAN TAHAP KEPUASAN PESAKIT YANG NAK CEPAT DAN RAWATAN TERBAIK.JANGAN NAFIKAN KERJA MEREKA.
TENTANG JURU X RAY,JIKA ANDA KATAKAN ANDA SAKIT BELAKANG ANGKAT PESAKIT ADAKAH JURURAWAT TAK ANKAT PESAKIT?CUBA JAWAB DENGAN JUJUR ADAKAH ANDA MAMPU MEMBERSIHKAN MUNTAH DAN NAJIS PESAKIT.BANYAKNYA SAYA TENGOK JURU XRAY MELARIKAN DIRI DAN MEMAMGGIL NURSES BILA ADA PESAKIT MUNTAH WALAUPUN DEPAN KAUNTER X RAY.TINGGI SANGATKAH TARAF ANDA DAN RENDAH SANGATKE TARAF NURSES?
ADA JUGA JUR XRAY YANG SELAMBA BADAK TUTUP KAUNTER BILA MASA BUKA PUASA.SIKAP BEGITU TIDAK ADA PADA JURURAWAT,PPP DAN DOKTOR,SETIDAK NYA MEREKA BERGILIR GILIR MAKAN.

HENTIKAN LAH MERENDAHKAN NURSES.JIKA AK PERJUANGKAN KITIKAL,GUNALAH KESATUAN,BERI JUSTIFIKASI KENAPA ANDA LAYAK DAPAT ELAUN KRITIKAL.JANGAN MERENDAHKAN ORANG LAIN DENGAN MENGATAKAN KERJA NURSES REMEH.
..................................

dan ini adalah jawapan aku utk menjawab soalan ko sebagai pesakit....
1) yang ko tgk juru xray panggil staf nurses ...dimana tempat kejadian ...jika diwad tu memang lah tugas dia nak kene cuci wooiii kan nanti juru xray pun buat kat wad abis tu satff yang ada nak watpe...??? nak cakap jang main2 je guna lah otak jangan letak otak kat kepala lutut..
2) adalah disini bukan tujuan nak merendahkan staff nurses baca ayat tu betul2 ....tulah org suruh belajar x nk belajar...
3) ko tahu ke syarat2 untuk sesorang memperolehi elauan kritikal ??? dan juru xray memenuhi tiga syarat ...tp knapa kami x dak...???
4) pasal tutup kaunter tu...baik ko g siasat dulu ....kaunter bukan dibawah pengurusan juru xray...ok jgn main tibai je...klu x tahu baik ko ddk dalam umoh jg anak n bini or suami ko...?
5) pasal bulan puasa makin berkeja walaupun waktu berbuka puasa ,,, jadi jangan nak mnuduih org sebarangan klu ko tak thu...ko pesakit layak duduk kat atas katil n tgk staff nurse buat kje je...ada ko tgk juru x-ray buat kje ...x ada kan so jangan banyak ckp y ko tahu semua...
6) pasal staff nurse n doktor kene koment n nk layan karenah pesakit ....ko igat hanya dia org je ke nk layan n kene koment ....kita org ni tak ke...sah lah ko ni memang org x guna dan memang buta n memang dah kne rasuk ,....sampai tak boleh buat pertimbagan dengan betul...
lain kali ckp pakai otak bukan cakap pakai kepala lutut...

kalu ko tak paham apa y berlaku jgn just ckp selepas ko tgk satu pihak je... ada paham....

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya statement....
dh ko keje merawat org rawat je la..
keje guru mgajar je la
tu la dlu skolah mls
keje tahap atenden haiwan la tu
heheheheh

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahah..
sesama keje kem kesihatan pn nk gaduh jugakkkkk
heheheheheheh
padan ngn muke..
lain klai jgn keje gomen..
jd mcm aku noreh getah satu bulan dapat rm15000.00

Tanpa Nama berkata...

asyik duk cakap pasal time based guru jer tak habis2..awat tak minta time based mcm doktor bro?keje 8 tahun dpt 52..der master automatik dpt 52..guru kalau der phd sekalipun still 41 gak..baik mnta kerajaan guna pakai time based doktor tuk semua pa..kesan pastu?hang pikiaqlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru..

..........
knp kami yg dh sign sbpa thn lps xbyr pn gaji SBPA...msih gaji lama beb..yg dpt gaji bru tu sikit sgt..yg kump PnP msh gaji lama lg...

Tanpa Nama berkata...

Aku ni komen ke 124. Nak bagitau dah kerja 32 tahun. Tak lama tapi dah masak dengan asam garam PA dari gred 1 - 54 je. Sebenarnya gred 1 - 16 dah banyak diberi insentif. Gred 17 - 40 taklah seberapa mendapatnya. Gred 41 - 54 sampai sendawa 3 kali. Gred 17 - 40 ni adalah kumpulan pelaksana sebenar baik dari segi dasar ataupun prinsip. Gred 1 - 16 bertugas atas arahan. Gred 17 - 40 bertugas atas arahan dan komitmen tugas jawatan. Gred 41 - 54 bertugas atas komited dan komitmen jawatan tapi masih meletakkan pelaksanaan ke bahu gred 17 - 40. Dari segi beban tugas yang paling berat memikul ialah gred 17 - 40. Dari segi naik pangkat gred 41 ke atas biasanya 5 tahun dah jadi 44.
Gred 17 biasanya 15 tahun baru jadi 22. Kalau 41 dalam 15 tahun dah jadi 52. Ini ada kebenarannya.
Aku pikir gred tak jadi soal pokok. Tapi beban tugas. Ok contoh komitmen buat bajet. 52 arah 48 arah 44 arah 41 arah 32 arah 27 arah 22 arah 17. Setelah siap dari 17 beri ke 22 sampailah ke 52.
Si 17 - 40 punyalah buat kerja sampai lupa malam, lupa cuti, lupa ajar mengaji anak dan lupa tengok kerja rumah sekolah anak dan lupa jengok emak bapak yang dah tua, demi tugas. Tapi semuanya ini tak dipandang betul2 dari segi gaji dan imbuhan. Kesian2. Walaupun kerja itu adalah ibadah tapi masa kita hidup ini perlu makan minum, pakaian, kemudahan dan tempat tinggal, timbang rasa dan kasih sayang. Banyak atau sikit semuanya perlu wang lebih. Harap2 ada yang respon catatan ini. Terima kasih.
.............

utk pengetahuan..gred 29-44 yg bkhidmat d sekolah (GURU) semua tugas gred 1-44 diorg yg buat..pt kt skul buat gaji n urus prkhmtn jer..pa2 yg xrsa jd guru mmg kata yg mcm2 xbaik pls GURU, xslh cz diorg xpena jd GURU..mcm i 3 thn keje ofic gred 17 sblm jd GURU ( PA) mmg msh xsma ngn beban GURU..keje je nmpk 3/4 msa sehari tp..cba bygkn..bangun sblm subuh, kuar rumah sblm matahari terbit, smpi skul bdepan ngn murid2 yg plbagai ragam, bdpn ngn bos, keje2 menanda buku murid, keje2 KOKO, sukan, perkhemahan, jd jurulatih sukan, bnk lg keje2 perkeranian yg xmsuk dlm skop keje GURU (mengajar), kumpul data murid yg sering mghadapi mslh dr i/bapa yg kurg cakna pd kperluan skul anak2, msa cuti pn keje btimbun bwk blk rumah, klu bdk EXAM bnk2la kem motivasi yg wajib GURU handle tuk murid2 yg nk amik EXAM..mcm2 lg...
jgn kerana setitik nila rosak susu sebelanga..klu ada PA yg bjwtn GURU bperangai "KURG ELOK" e2 bkn slh profesion GURU..e2 mslh individu itu sendiri..yg bsalah ttp dijatuhkn hukuman..

TANYA DIRI ANDA SBGI IBU BAPA..
" ANDA PERCAYA GURU BOLEH MENDIDIK ANAK ANDA? @ LBH BAIK ANDA YG MENDIDIK & MENGAJAR ANAK ANDA SENDIRI KERANA MENURUT PENDAPAT ANDA GURU SEKARANG NI XBLH DIPERCAYAI"...FIKIR LA SENDIRI...

Tanpa Nama berkata...

shut up all of you, losers. i have master degree in electrical engineering, yet still become a comedian. grow up, kids. doesn't mean what you learn, what kind of certificate you have can give what you want.
...........
there is s'thing went wrong wit u..it's not about wat r u learn b4 bt it's about wat r u doing right now..just thinkin..

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

SBPA, di antara kuasa rakyat dan kuasa birokrat. KSN nak berkuasa selagi ada bulan dan bintang
Hari ini ada lagi paluan media mendesakan agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyegerakan persaraan mereka.

Mamak Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang juga tidak ketinggalan tumpang sekaki mendesak KSN dan KP JPA meletak jawatan dengan terhormat ekoran ekoran kontroversi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga mencemarkan reputasi PM.

Isu ini jika diselami dengan mendalam yang sebenarnya ia merupakan pertembungan di antara dua kuasa ia itu kuasa politik @ kuasa rakyat dan kuasa pentadbir @ birokrat.

Golongan-golongan birokrat ini seperti KSN, KSU, TKSU, SU Kerajaan Negeri dan KP semuanya merupakan pentadbir yang cukup berkuasa di Kementerian. Kalau Menteri tidak berapa cerdik atau kurang smart (bukan semua Menteri cerdik) senang mereka kelentong dengan terma-terma dan peraturan pentadbiran sehingga Menteri menjadi takut untuk membuat keputusan dan akur bulat-bulat dengan cadangan mereka. Khasnya peraturan perolehan dan projek Kerajaan yang melibatkan billionan ringgit.

Terdapat sekelompok mereka ini yang tidak langsung menghormati menteri, malah kata mereka ‘menteri comes menteri goes’dan sesiapa juga menteri mereka masih lagi berkuasa. Menteri adalah politikus yang dipilih rakyat dan bila-bila masa boleh kalah dalam pilihanraya jadi apa mereka nak hairan?.

Jika mereka pandai membodek kontrak mereka akan disambung lagi dan kalau boleh mereka ingin berkuasa selagi ada matahari dan bulan. Jika kontrak mereka habis mereka akan diletak menjadi CEO, Pengerusi atau Ahli lembaga Pengarah mana-mana GLC Kerajaan dan mereka boleh lagi menghabis umur bonus bergentanyangan dengan kuasa dalam GLC pulak.

Hakikatnya as at today tidak ada desakkan yang boleh mengoyahkan mereka....tu dia powernya depa PTD

Tanpa Nama berkata...

PULAU PINANG, 19 MAC 2012 – Kira-kira 2,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan kakitangan awam persekutuan dan negeri mendengar taklimat khas berkenaan pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Dato’ Omar Osman di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Prof. Dato. Dr. Omar Osman berkata, majlis khas anjuran Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) itu disifatkan sebagai satu agenda penting dalam memberi penjelasan dan pemahaman kepada penjawat awam berhubung pembatalan SBPA baru-baru ini.

Katanya, penjawat awam juga perlu diberikan pemahaman sewajarnya berkaitan penggunaan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai langkah sementara sebelum satu penambahbaikan yang holistik dperkenalkan kerajaan untuk 1.4 penjawat awam di seluruh negara.

``Kita difahamkan akan ada satu suruhanjaya khas dibentuk bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung perkhidmatan awam di negara dan diharap melalui suruhanjya itu semua pihak diberi pengiktirafan sewajarnya.

``Penjawat awam memainkan pernanan penting dalam menggerakkan pembangunan negara dan apa juga skim yang diperkenalkan kelak diharap turut mengambil kira produktiviti penjawat awam dan keupayaan negara untuk terus membangun,’’ katanya.

Tambah beliau, kebijaksanaan Omar (CUEPACS) dalam membantu kerajaan memastikan keutuhan penjawat awam diteruskan dari masa ke semasa tidak dapat dinafikan dan berharap sesi penjelajahan beliau untuk tujuan penambahbaikan mencapai matlamat yang diinginkan semua pihak.

Sementara itu, Omar (CUEPACS) pula menegaskan, pihaknya akan turut serta dengan menghantar sembilan pegawai dalam senarai ahli suruhanjaya yang akan bersidang dalam tempoh terdekat.

Katanya, buat masa sekarang pihaknya masih menunggu draf pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kenaikan gaji sehingga 13 peratus seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebelum mula bersidang melalui suruhanjaya tersebut.

``Kita mahu isu penambahbaikan SSM ini dapat diselesaikan dalam tahun ini juga dan berharap rundingan di antara kerajaan dengan CUEPACS melalui suruhanjaya tersebut berjalan lancar.

``CUEPACS sudah bersedia dengan perkara-perkara yang akan dibentangkan meliputi pelbagai agensi dan kesatuan seperti tentera, Polis Diraja Malaysia (PDRM), akademik dan sebagainya serta berharap satu skim baru yang bersifat menyeluruh dapat diperkenalkan kelak,’’ ujarnya.

Beliau terdahulu dalam ucapannya menyifatkan SBPA dibatalkan atas tujuh sebab utama yang dirasakan perlu diberi penelitian semula termasuk isu kedudukan gaji maksimum, kekananan, perubahan gred tidak menyeluruh, penjumudan jawatan dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Memang benar SBPA pada moral lebih baik dari SSM. SBPA dilaksanakan aku dapat naik 4oo ratus. bila Penambahbaikan SSM pun 400 juga.Tapi tangga gaji mati dan kenaikan tahunan bertambah. SBPA dibatalkan, kenaikan gaji sama je tapi kenaikan tahunan dan tangga gaji mati ikut lama. Ini kah yang dikatakan kepandaian CUEPACS? President cuepacs, KSN Patut letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan seorang guru, cuma seorang PA yang telah lama berkhidmat tanpa naik pangkat secara time based.
Tahniah kepada guru kerana mendapat kenaikan pangkat secara time based. Saya turut berasa gembira dengan pengumuman ini.Ini bermakna PA tak kira dari kumpulan sokongan atau PNP ada sebab kukuh untuk menuntut perkara yang sama kerana sudah ada precedent. Apa yang perlu kita lakukan adalah desak CEUPACS membuat kajian tentang PA yang lama tiada mendapat kenaikan pangkat dan membawa perkara ini ke JPA atau PM. Kepada guru-guru terima kasih diucapkan dan tolong doakan kami PA yang tak de time based ni. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

kenapa blog cuepacs ni takde setting words filtering macam blog pembangkang contohnya "Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan." yg mane ianya perlu sebab xboleh nak mencarut sewenang-wenangnye dalam ni...

Tanpa Nama berkata...

tak paye gaduh gaduh kutuk kutuk lah tuan tuan, puan puan , cik cik dan encik encik....kalo nak ubah sistem gaji di malaysia ni,,,,pi lah rebut jawatang KSN baru lah u all puas hati nak ubah basic semua gagji kakitangan awam...aku pun luah kan cakap macam tin kosong jer juga ni mcm u all semua...he he he he sbb itolah gagji muu.....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 258 daripada 258   Terbaru› Baru»