SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mac 2012

NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2012/03/07


Kenaikan pangkat secara ‘time base’ pertingkat profesion perguruan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012. Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing. “Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.

“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

“NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem ‘time base’ yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002,” katanya di sini, semalam.

Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.
“Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.

“NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.

207 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 207 daripada 207
MALASLAYAN MAKHLUK LUPA DIRI berkata...

Fuhhhh...ramainya yang mengutuk cikgu rupanya ye.....hmmmmm....cuti 9 hari dh nak abiss...Isnin ni sekolah....malas laaa aku nak mengajar..lantak laaaaa....bagi mak bapak diorang yang sibuk mengutuk cikgu laa ajar sendiri kat rumah..mak bapak terrer, pandai, dah jadi org berduit...org hebat laa kata kannnn...cikgu ni apa laaa sangat...hmmmmm.......lantak laa...tak payah ajar laaa...mak bapak kan byk duit...suruh diorang hantar pegi tuitin centre je laa....eh? tuition centre sapa yang ajar? ahhh..lantak laaa..cikgu kat tuition centre pun xpyh ajar laaaa....nak ajar buat apa..nnt org kutuk jugak kata cikgu mata duitan....lantak laaaaaaaaaaaaaaaaa..........cikgu kan ke tak guna.....lantak laaaaa ko wahai bebudak sekolah......

Tanpa Nama berkata...

Hari Rabu Hari Guru,tapi nasib kami guru lulusan Maktab DG29 dan sambung belajar dapat Dg41 tahun 2004 walaupun ijazah dah lama,naik dg44 2011,kami tak diberi kenaikan pangkat sebagai PK atau guru besar,kami berhak naik pangkat kami dah mengajar lebih 20 tahun,kalau PK sekarang ni di sekolah rendah ada yang mengajar tak lebih 10 tahun,hanya kelulusan diploma,bukannya ijazah boleh naik pangkat mengapa tidak kami,tolong faham kedudukan kami yang tua-tua ni,rata rata umur kami lebih 40 tahun tapi ada PK baru 34 tahun,mengapa jadi beginikami nak pangkat

YUSRI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

INGAT GURU SAJA YANG MEMILIKI KELULUSAN TINGGI.RAMAI LAGI PEGAWAI BAWAHAN BUAT MASA SEKARANG MEMPUNYAI KELULUSAN YANG LEBIH TINGGI TAPI BERTUGAS SEBAGAI N17 DAN YANG SETARAF DENGANNYA KERANA FAKTOR KEKOSONGAN ITU SAJA YANG ADE.JADI IMBUHAN KHAS KALAU HENDAK DIBERI HENDAKLAH KEPADA SEMUA YANG MEMILIKI KELULUSAN YANG LEBIH TINGGI DARI JAWATANNYA.(B.HARIAN 24.12.2012)

Tanpa Nama berkata...

PAP tu singkatan bg pencacai air puki mak hg la si ptn41 oiiii,,,muka mcm jebon ada hati nak jadi ptn41belajar pun malas....malu la sikit monyet yg bodoh pun sedar diri..,,hg ni lebih teruk dr monyet.,,hehehe

Tanpa Nama berkata...

Guru ppld 80an,
Dalam tempoh masa 30 tahun banyak perkara telah dibuat untuk guru. Terima Kasih.
Satu perkara masa belum berubah dan mungkin akan terus tidak akan berubah. Saya berpendapat keselesaan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran masih tetap tidak berubah.
Saya telah habiskan hampir 50 tahun dalam bilih darjah dan persekitaran bilik darjah sama saja, papan tulis, meja/kerusi guru, meja/kerusi pelajar dan kipas. Hanya inilah perkara yang sedia ada dalam bilik darjah. Satu-satunya kemudahan yang sedia ada inilah masih saya menjadi tanda tanya??? 'Apa yang paling menarik dalam bilik darjah, tok?' ... Saya belum ada jawapan yang sesuai untuk cucu-cucu yang akan masuk bilik darjah tahun depan... guru kena kriatif, maka ada skim baru, gaji baru, bilik darjah ...

Tanpa Nama berkata...

Guru ppld 80an,
Dalam tempoh masa 30 tahun banyak perkara telah dibuat untuk guru. Terima Kasih.
Satu perkara masih belum berubah dan mungkin akan terus tidak akan berubah kot. Saya berpendapat keselesaan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran masih tetap belum berubah.
Saya telah habiskan hampir 50 tahun hidup saya dalam bilih darjah dan persekitaran bilik darjah sama saja, papan tulis, meja/kerusi guru, meja/kerusi pelajar dan kipas. Hanya inilah kemudahan yang sedia ada dalam bilik darjah. Satu-satunya kemudahan yang sedia ada inilah masih menjadi tanda tanya??? 'Tok! tok! Apa yang paling menarik dalam bilik darjah, tok? Cucu mahu ke sekolah tahun depan'... Macam saya belum ada jawapan yang sesuai untuk cucu-cucu yang akan masuk bilik darjah tahun depan... kurikulum baru, pagar baru, skim baru, gaji baru, bilik baru ... bilik darjah ...

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 207 daripada 207   Terbaru› Baru»