SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mac 2012

PARLIMEN : KERAJAAN TELAH BINCANG DENGAN CUEPACS SEBELUM RANGKA SBPA: NAJIB

Bernama
13/3/2012



KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Jumaat lepas, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.

Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.

-- BERNAMA

48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OOOhhh...SBPA tu lah idea Cuepacs jua...

;)

Tanpa Nama berkata...

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."
=============================================================

APE NI...LAIN YG DITANYA LAIN LAK YG DI JAWAB....TAK KAN TAK FAHAM SOALAN KOTTT

Tanpa Nama berkata...

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."
================================================

APE NI...LAIN YG DITANYA LAIN LAK YG DI JAWAB....TAK KAN TAK FAHAM SOALAN KOTTT
-----------------------------------------------------

ni kot yg dikatakan putar alam....

Tanpa Nama berkata...

Penantian suatu Penyeksaannnnnnn
Berikut Kronologi nyeeee

1. Menunggu Pengumumam Budget 2012
2. Menunggu Parlimen Luluskan
3. Menunggu Pekeliling SBPA
4. Menunggu Lampiran C---Hidden
5. Menunggu Nak Sain SBPA
6. Menunggu Tarikh Tutup 31 -15 hb
7. Menunggu Hasil Perbincangan Ceupacs
8. Menunggu Pengumuman PM--Batal
9. Menunggu Balik Pekeliling SSM Baru
10. Menunggu Gaji Baru kabarnya Mac/April
11. Menunggu..menunggu...menunggu dan menunggu tak habis habis.

Tolong tambah lagi jika ada "menunggu' yg saya tertinggal hehehe

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang tidak perlu masuk campur sebab tidak ada apa yg boleh diberi oleh pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang mereka yang luluskan SBPA nyanyi lagu "Bangau Oh Bangau". Lepas ni cari kambing hitam yang nak kena korban.

ayam desa berkata...

kalau hidup kais pagi makan pagi kasi petang makan petang, camner nak byr balik gaji SBPA yg telah diterima setelah ianya dibatalkan. dah jd taik, nak kna muntah smula, camner tu ?

Tanpa Nama berkata...

ayam desa berkata...
kalau hidup kais pagi makan pagi kasi petang makan petang, camner nak byr balik gaji SBPA yg telah diterima setelah ianya dibatalkan. dah jd taik, nak kna muntah smula, camner tu ?

===========================
Kalau yg premier 36 tu takan kais-kais punye....stok banyak, bole bayo punyer tu...
Yg kesian kat pesara la..kot nak kena bayor balik

Tanpa Nama berkata...

Ada 13 kali mesyaurat bukan kosong.Kenapa CUEPACS tidur pada masa itu? Tidak faham semua perbincangan itu. Ikut mesyuarat dengan otak kosong?

Tanpa Nama berkata...

Macamana nih...????
Ceupacs kata pihaknye tak dipanggil pun semasa merangka SBPA..!!
Pening-peninggggg

K.E berkata...

Sapa betul ni? Pak Omar kata pegawai Ceupacs x dimaklumkan....PM kata ada siri taklimat & mtg dgn pegawai Ceupacs....

Pak Omar & the geng tolong jawab.....jgn diam je mcm pegawai2 JPA yg propose SBPA tuh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Datuk Omar kena beri penjelasan kepada semua PA. PM dah jawab kat Parlimen. Cuepacs tidur ke masa bincang SBPA. 13 kali pulak bincang tu. Yang mana betul ni. Ni baru betul lagu Bangau Oh Bangau. PA dah kena kencing.

Tanpa Nama berkata...

puak ni semua karut. yang jadi mangsa kita semua.PA pakat dok tuduh menuduh.

Tanpa Nama berkata...

Adooooiiiii
PA semua masih meraba-raba lagi nih
Dulu meraba-raba SBPA sbb lampiran C di sorok...
Sekarang masih meraba-raba bagaimana kekdahnya 7-13, 80-320 dan minima-maksima tu...
Semua terpaksa buat andaian sendiri utk menyedapkan hati....
Heeeeee entah le yeee

Tanpa Nama berkata...

Adooooiiiii
PA semua masih meraba-raba lagi nih
Dulu meraba-raba SBPA sbb lampiran C di sorok...
Sekarang masih meraba-raba bagaimana kekdahnya 7-13, 80-320 dan minima-maksima tu...
Semua terpaksa buat andaian sendiri utk menyedapkan hati....
Heeeeee entah le yeee

......
Hehe...setuju
Tapi adakah minima-maksima ni bermaksud sebaris...????

Tanpa Nama berkata...

Pong Pang Pong Pang.....
Gaji baru bila kluar der...
Ada info ka???

Tanpa Nama berkata...

Datok mahfuz tolong desak supaya bayaran gaji baru ssm dibayar pada bulan MAC ni.Kami PA tak larat nak tunggu...tunggu dah ni. Asyik dok bincang . sampai bila .... sampai PU 13

Tanpa Nama berkata...

Komen2 dlm blog ni tak habis2 kutuk PM dan kerajaan. Patutlah bab gaji ni tenggelam-timbul2. Cuba renungkan kalau kamu punya 2 anak, 1 tak dengar kata/melawan org tua dan 1 lagi baik/rajin belajar. Bukan maksud saya membezakan kasih sayang tapi yang mana satu kamu tidak akan berpikir 2kali kalau mereka minta wang. Cukuplah dgn kutukan pada PM dlm log ini. Kalau PRU13 nanti terserah sapa nak diundi. Tapi dlm blog ini berbincanglah dgn cara terbaik demi untuk kebaikan PA.

GuRu SeKOlaH berkata...

susu balas dgn tuba...ala bising2 pon kito bkn bleh buatpe pun..tunggu je la..dah..ade alhmdulillah...xde mmg la merana tp.sabarrrr....istghfar..

Tanpa Nama berkata...

PA dah kena kencing oleh Cuepacs dan PM. PRU 13 MEMANG UNDI PEMBANGKANG. NOKTAH COS DAH SAKIT HATI PASAL SBPA NI.

Tanpa Nama berkata...

sabar.....
tunggu peluang kita...
kita tunjuk jalan yang betul nanti pada pru13......

biar mereka menyalak.....menjerit.....
memekak.....
melolong........
tunding - menunding jari...menuduh sapa yang betul sapa yang salah....

biarkan......

tunggu pru13.....

Tanpa Nama berkata...

SAYA PERCAYA PADA PM
Terima kasih kerana membatalkan sbpa kerana mereka menyeleweng hasrat PM iaitu kenaikan 7-13 peratus,
Itu yang diluluskan JIKA kenaikan melebihi dari 13 peratus bermaksud Penjawat Awam MEROMPAK wang Rakyat,
PENDAPATAN kerajaan adalah hak seluruh rakyat malaysia BUKAN main agih ikut suka sahaja.
TINDAKAN PM ADALAH BETUL DAN TEPAT.

KijaSelow

Tanpa Nama berkata...

tipu, tipu, tipu...tak habis-habis menipu..sapa yang boleh dipercayai sekarang?

baik bubar je cuepacs nih, tak pun pilih pucuk pimpinan baru...

PA2 bergaduh, bertekak dan caci maki sesama sendiri selama ini hanya menambah dosa jek...rupa-rupanya semua kena..kena tipu..

Tanpa Nama berkata...

Tipah tertipu bang, PA kena tipu dgn Tok Omar dan PM bang.

Tanpa Nama berkata...

aku nak gaji baru bulan 3 ni kalau tak dapat aku undi anuar.

Tanpa Nama berkata...

Penantian suatu Penyeksaannnnnnn
Berikut Kronologi nyeeee

1. Menunggu Pengumumam Budget 2012
2. Menunggu Parlimen Luluskan
3. Menunggu Pekeliling SBPA
4. Menunggu Lampiran C---Hidden
5. Menunggu Nak Sain SBPA
6. Menunggu Tarikh Tutup 31 -15 hb
7. Menunggu Hasil Perbincangan Ceupacs
8. Menunggu Pengumuman PM--Batal
9. Menunggu Balik Pekeliling SSM Baru
10. Menunggu Gaji Baru kabarnya Mac/April
11. Menunggu..menunggu...menunggu dan menunggu tak habis habis.

Tolong tambah lagi jika ada "menunggu' yg saya tertinggal hehehe
*********************

menunggu PR13
menunggu kerajaan baru
menunggu skim gaji terbaru..oleh PR..
menunggu

Tanpa Nama berkata...

ayam desa berkata...
kalau hidup kais pagi makan pagi kasi petang makan petang, camner nak byr balik gaji SBPA yg telah diterima setelah ianya dibatalkan. dah jd taik, nak kna muntah smula, camner tu ?

===========================
Kalau yg premier 36 tu takan kais-kais punye....stok banyak, bole bayo punyer tu...
Yg kesian kat pesara la..kot nak kena bayor balik
+++++++++++++++++++++++
dikira hutangla tu..kena bayar balikla....HARAMMMMMM DUIT TU....
HARTA BANYAK GADAILA RUMAH BANGLO ATAU KERETA ...CELAH GIGI SAJE GENG PREMEIR NI...DAH KAYA PUN...SETAKAT TAIK GIGI ESOK PUN BOLEH BAYAR BALIK.. KALAU KITA....KENA LOKAPLA...TAK DAPAT BAYAR HUTANG.............HE...HE

Tanpa Nama berkata...

GAJI BARU BILA NAK MASUK...BUKAN PAYAH PUN BAYAR TERUS JE 13% TU.. LEPAS TU KIRA KGT BARU...UMUM CEPAT KAMI DAH MELUAT HABIS-HABISAN.....JANGAN BUAT LATAH.....

Tanpa Nama berkata...

Baru siap 'frame' sdh umum. Apa x makan diri..........he..he......

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA KERAJAAN (JPA) AGAR LIHAT DALAM SISTEM HRMIS, MANA2 KAKITANGAN PENGURUSAN &PROFESIONAL MELEBIHI 10 TAHUN KE ATAS YANG TIDAK NAIK GRED (TERTINGGAL/SENGAJA DITINGGALKAN), DINAIKKAN SECARA TIME BASED SEPERTI GURU DAN PTD.

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA KERAJAAN (JPA) AGAR LIHAT DALAM SISTEM HRMIS, MANA2 KAKITANGAN PENGURUSAN &PROFESIONAL MELEBIHI 10 TAHUN KE ATAS YANG TIDAK NAIK GRED (TERTINGGAL/SENGAJA DITINGGALKAN), DINAIKKAN SECARA TIME BASED SEPERTI GURU DAN PTD.

Tanpa Nama berkata...

Nama pegawai-pegawai PTD yang menggubal SBPA di JPA patut diumumkan kepada seluruh penjawat awam dan tindakan tatatertib patut dikenakan kepada mereka. JPA juga patut mengisytiharkan kos-kos yang terlibat semasa SBPA hebdak dilaksanakan kerana banyak pembaziran wang rakyat yang berlaku sedangkan SBPA akhirnya dibatalkan oleh PM.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Sekarang mereka yang luluskan SBPA nyanyi lagu "Bangau Oh Bangau". Lepas ni cari kambing hitam yang nak kena korban.

Selasa, Mac 13, 2012 5:31:00 PM

^^^^^^^^^^^^^^^^^
SBPA dapat kelulusan Parlimen. Maknanya semua parti politik sokong.
Cuepacs pun TERIMA/sokong SBPA (27 Disember 2011).
Siapa mau dipersalahkan ??
cari ....

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA KERAJAAN (JPA) AGAR LIHAT DALAM SISTEM HRMIS, MANA2 KAKITANGAN PENGURUSAN &PROFESIONAL MELEBIHI 10 TAHUN KE ATAS YANG TIDAK NAIK GRED (TERTINGGAL/SENGAJA DITINGGALKAN), DINAIKKAN SECARA TIME BASED SEPERTI GURU DAN PTD.

Rabu, Mac 14, 2012 7:06:00 AM

****************

ada yang kompiten .. ada yg habuk pun tarak laku !!

usssooong!!! berkata...

komen bagus tapi semua penembak sasar. Tiada nama. Tak hensem lah.

Tanpa Nama berkata...

sapa yang pepandai byr gaji kump primier ni..gaji kitorg org bwhn ni taknk byr dulu..ke yg primier tu nk mintak gaji awl..haha..padan muka..kan dah naik sikit je..ke mmg akan naik byk tu???
kitorg balaci ni dpt taik2 je yg 13% tu???cmtu???

Tanpa Nama berkata...

Ada PA menunggu kenaikan gaji 13%, Ada juga PA yg menunggu PRU 13, terus menungguuuuuuuuuuuuu...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs kata xda pbincangan..najib kata 13 kali dah wat pbincangan..korang tidur ke waktu bincang tu?atau sibuk nak wat tuntutan pejalanan korang ?mampos mcmni...korang xnampak ke omar osman tu suke menipu...baik bubar qpacs ni..

PTD CGPA 2.01 guna KABEL berkata...

biasa la semua ni sampah-sampah jer. tak reti klik "nama/url" pada "pilih identiti" tu. atau register user dalam blogspot.

tu sebab gaji kecik, lepastu nyalak nyalak mau gaji lebehhhh.

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM IAITU KAKITANGAN AWAM SELURUH NEGERI DIUTARA TANAH AIR ADALAH DIJEMPUT HADIR MENDENGAR TAKLIMAT DARI PRESIDEN CUEPACS ISU PEMBATALAN SBPA/KEKAL SSM,APAKAH KESUDAHANNYA,APA MAKSUD GAJI MINIMUM/MAKSIMUM,ADAKAH HAD GAJI INI KEKAL?BILA BERMULA GAJI BARU.

tarikh: 19 .3.2012(ISNIN)
tempat:dewan budaya usm.
Jam :8.30 pagi

Datanglah beramai-ramai ke USM untuk mendengar/menanya soalan kepada Presiden Cuepacs Malaysia( Dato Omar )disesi Dialog yang aakan ke Udara.Penuhilah dewan budaya dengan semangat Malaysia Boleh untuk menunjukan sokongan kepada Ybhg Dato Omar Selaku Presiden Cuepacs yang bersusah payah menyelesaikan isu gaji kepada penjawat awam.sebarang masalah hubungi 0164701519( Mat Yusof)s/u Cuepacs cawangan Pulau Pinang)

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau nak gubal satu skim perkhidmatan awam yg baru, lantik seorg Pakar Matematik dari IPTA tempatan(USM)utk buat kerja penyelarasan gaji / elaun. Barulah cerdik. Takkan suruh PTD yg kira. Mana pandai siap2 kerja. PTD cuma pakar dlm draf surat shj.

Tanpa Nama berkata...

KENAPA ABANG OMAR KITA.SENYAP AJE

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Macamana nih...????
Ceupacs kata pihaknye tak dipanggil pun semasa merangka SBPA..!!
Pening-peninggggg

Selasa, Mac 13, 2012 5:41:00 PM

mungkin dua2 penipu, tapi aku yakin P ahli politik lagi menipu,,kesian omar

Tanpa Nama berkata...

Umeno yang rompak duit rakyat.bagi kat shahrizat brapa ratus juta.kata bela lembu..kondo yg dibelinya.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan Agama: Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk
Bersama Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/03/18

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

RASHID,

Klang, Selangor DE. RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”


Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:
“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.


Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Tanpa Nama berkata...

PULAU PINANG, 19 MAC 2012 – Kira-kira 2,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan kakitangan awam persekutuan dan negeri mendengar taklimat khas berkenaan pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Dato’ Omar Osman di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Prof. Dato. Dr. Omar Osman berkata, majlis khas anjuran Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) itu disifatkan sebagai satu agenda penting dalam memberi penjelasan dan pemahaman kepada penjawat awam berhubung pembatalan SBPA baru-baru ini.

Katanya, penjawat awam juga perlu diberikan pemahaman sewajarnya berkaitan penggunaan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai langkah sementara sebelum satu penambahbaikan yang holistik dperkenalkan kerajaan untuk 1.4 penjawat awam di seluruh negara.

``Kita difahamkan akan ada satu suruhanjaya khas dibentuk bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung perkhidmatan awam di negara dan diharap melalui suruhanjya itu semua pihak diberi pengiktirafan sewajarnya.

``Penjawat awam memainkan pernanan penting dalam menggerakkan pembangunan negara dan apa juga skim yang diperkenalkan kelak diharap turut mengambil kira produktiviti penjawat awam dan keupayaan negara untuk terus membangun,’’ katanya.

Tambah beliau, kebijaksanaan Omar (CUEPACS) dalam membantu kerajaan memastikan keutuhan penjawat awam diteruskan dari masa ke semasa tidak dapat dinafikan dan berharap sesi penjelajahan beliau untuk tujuan penambahbaikan mencapai matlamat yang diinginkan semua pihak.

Sementara itu, Omar (CUEPACS) pula menegaskan, pihaknya akan turut serta dengan menghantar sembilan pegawai dalam senarai ahli suruhanjaya yang akan bersidang dalam tempoh terdekat.

Katanya, buat masa sekarang pihaknya masih menunggu draf pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kenaikan gaji sehingga 13 peratus seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebelum mula bersidang melalui suruhanjaya tersebut.

``Kita mahu isu penambahbaikan SSM ini dapat diselesaikan dalam tahun ini juga dan berharap rundingan di antara kerajaan dengan CUEPACS melalui suruhanjaya tersebut berjalan lancar.

``CUEPACS sudah bersedia dengan perkara-perkara yang akan dibentangkan meliputi pelbagai agensi dan kesatuan seperti tentera, Polis Diraja Malaysia (PDRM), akademik dan sebagainya serta berharap satu skim baru yang bersifat menyeluruh dapat diperkenalkan kelak,’’ ujarnya.

Beliau terdahulu dalam ucapannya menyifatkan SBPA dibatalkan atas tujuh sebab utama yang dirasakan perlu diberi penelitian semula termasuk isu kedudukan gaji maksimum, kekananan, perubahan gred tidak menyeluruh, penjumudan jawatan dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

mohon supaya diwujudkan setting words filtering dalam blog cuepacs... cuepacs tak sedih ke tengok ayat mencarut2 dalam blog ni, walaupun itu adalah hak untuk bersuara, tetapi sebagai rakyat malaysia, perlulah menggunakan ayat yang sebaiknya i.e. dalam rukun negara sendiri termaktub prinsip kesopanan dan kesusilaan...