SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2012

PELARASAN GAJI LIBATKAN PERUNTUKAN TAMBAHAN RM6 BILION

Bernama
9/3/2012


JOHOR BAHARU, 9 Mac (Bernama)-- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya semalam berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Perdana Menteri berkata peruntukan tambahan itu disediakan kerana kerajaan mahukan lebih ramai penjawat awam menikmati pelarasan gaji maksimum terutama golongan dalam kategori kumpulan pelaksana ataupun sokongan.

"Kali ini kita nak ramai yang menikmati pelarasan gaji maksimum sehingga 13 peratus, jadi kita naikkan sampai kepada Gred 54. Dengan ini kita terpaksa cari peruntukan tambahan yang kesemuanya lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Taman Molek di sini Jumaat. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya peruntukan tambahan itu juga termasuk peruntukan untuk kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Perdana Menteri sementara itu menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tindakan kerajaan mengumumkan pemansuhan SBPA semalam adalah ekoran desakan pembangkang .

"Merujuk ucapan perbelanjaan Bajet 2012 yang saya bentangkan Oktober tahun lalu, saya bagi komitmen bahawa penjawat awam akan terima pelarasan gaji 7 hingga 13 peratus.

"Tetapi apabila SBPA digubal, ia tergelincir daripada tafsiran yang telah saya umumkan, sebab itu kerajaan ambil keputusan untuk kembali semula terhadap komitmen yang telah saya berikan Oktober tahun lepas.

"Ini tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwa oleh pembangkang. Dia ni (Anwar) biasalah "lembu punya susu, dia mahu nama". Dah kerja pembangkang," katanya.

Beliau berkata, pembatalan SBPA itu juga tiada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang sebaliknya lebih kepada soal mengotakan janji yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini dalam Belanjawan 2012.

Perdana Menteri semalam mengumumkan SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan SSM yang ditambah baik.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9 peratus), Gred Turus 3 dan 2 (8 peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7 peratus) selain kenaikan COLA.

Sementara itu, Najib melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan pemerintahan di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

"Johor jelas bahawa nampak rakyat ceria, jadi rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN. Kita boleh rasa," katanya.

Beliau mahu kerajaan negeri meneruskan hubungan positif dengan semua lapisan masyarakat di negeri ini dengan cara berhemah dan rendah diri supaya rakyat terus menyokong BN.

-- BERNAMA

46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YES..I'M THE FIRST..

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya bila pekeliling tentang gaji baru ni nak keluar?

Tanpa Nama berkata...

Cepat .. jangan tunggu lama-lama .. nanti dikebas orang ! he .. he .. he ..

Tanpa Nama berkata...

i'm the third....haha .....sejak 2 menjak ni ramai tul ok komen kt web qpax ni....

Tanpa Nama berkata...

terima saja kpts...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih YAB PM...Smg Kejayaan sentisa bersama YAB PM...suruh letak jawatan sahaja siapa yang terlibat dengan SBPA tu..Sebab tu sorok lampiran C, sebab takut orang tau niat jahat puak-puak tu nak bolot duit kerajaan sesama mereka...pucuk bagi kat orang bawahan

Tanpa Nama berkata...

Kami penjawat awam Gred 54 ke bawah akan sentiasa mengenang budi mu YAB PM...Tapi Kalau KPPA sekarang bergiat politik tau la dia balasannya kami akan kalah kan pula...Geng-geng gubal SBPA buat kerja tidak jujur dan amanah...

Tanpa Nama berkata...

ala..baru aku nak jadik first!

Tanpa Nama berkata...

KPPA Tan Sri Abu Bakar sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada YAB PM, Kakitangan Awam, serta CUEPACS kerana beliau telah tergelincir memenuhi kehendak YAB PM, yg menyebabkan hilang kepercayaan kepada YAB PM sebelum ini...

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan pesara kerajaan? Kali terakhir penambahan saraan adalah ketika pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007. Apabila gaji kakitangan awam meningkat, harga barang di pasaran juga meningkat. Adakah sesiapa mahu bertangungjawab dan memikirkan langkah sepatutnya diambil bagi membela nasib pesara di Malaysia??

Tanpa Nama berkata...

Kenapa TS KPPA kena mintak maaf kat penjawat awam kerana pengumuman tu..???????? SBPA tu dipimpin oleh KSN...TS KPPA tu diminta untuk umum...kalau KSN yang umum dia yang kena belasah..baik dia selamatkan diri...apalahhh kau org semua...tak paham2 lagii..tak nak nak cakap jelas2..kias2..pun tak faham..bengong!!! SBPA dah buat lama dah sebelum TS KPPA jd KPPA lagi...dia masuk SBPA dah nak siap..kang KPPA tu baru jadi KPPA..ini semua idea...tuttttttt...yang dok sambung kontrak setiap 6 bulan..tu..

Tanpa Nama berkata...

Apahal PM nak kutuk2 PM aku akan datang nie (DSAI) ... lantak DSAI lah nak cakap apa ?? gua tetap sayang DSAI wlpn gua keje Gov...dulu masa dia menteri leh kongsi lif dengan penjawat awam..skrg hampeh,menteri satu lif berasingan..dulu time zohor masa dikemterian pelajaran dia bagi kuliah zohor dan jadi imam...mana ada menteri yg buat mcm tu sekarang ??

Tanpa Nama berkata...

Salam semua

Mengapa nak gaduh dan semuanya sudah tiada ada maknanya dan biarkan ia berkubur. Kita harus jadikan ia satu pengajaran dan hikmah disebaliknya. Jari kita menuding jari kepada sianu dan siani.

Tetapi ada hikmahnya kita jangan terlalu cepat dan gelojoh sepertimana SBPA. Biarkan dikebas orang tetapi setidaknya kebaikan diakhirnya.

Tiada gunakan kita menepuk dada tetapi ada kebaikan kita memberi sokongan bersama kepada PM kita. Saya tak marahkan PAS yang telah buka pekung didada seperti di Kedah. Masakan pokok bergoyang jika tiada ada angin melandanya.

Biarkan mereka terjun dengan labu..labunya biarkan..biarkan...
Apa yang penting kepada orang kampung biarkan mereka disediakan makan, jangan terlalu naikkan harga barang dan bahan komoditi seperti getah, padi, kelapa sawit dipantau agar harganya jangan terlalu direndahkan.

Jadilah PRU 12 sebagai bahan kajian. Nak kata pembangkang kuat dan bertambah macam tu juga, tetapi kenapa?????. banyak seloka dan nada sinis angkara orang atasnya yang dikatakan alim, lembut tetapi keras kepalanya dan suka jadikan tkt bawahnya.......
BN kalah kerana ahlinya yang peringkat pertengahan bahagian mencatas dan menghasut sesama rakan.

Nak kata MB Kedah tak pandai pada masa tuuu ianya hebat orangnya. Tapi faham2lah..... jangan pulak orang hapraknya yang melebih2 daripada sudu atau camca.

Insyaallah PRU13 pasti berubah dengan nahkoda barunya dan resipi barunya dan slogan barunya. Melihatkan angin perubahan kian bertiup kencang dah.....

Terus terang calon sesuai UMNO kat DUN Kuala Nerang hanya pada 2 orang sahaja sekiranya mahu berjaya DUN kini YB Dato Syed Sobri atau Dato Afiffuddin. Lain lain nampaknya tak berapa ceria dan pasti goyah jua. Jika Dato' Syed Sobri mereka kata pucuk dicinta ulam mendatang dan seperti sirih digagangnya.
Flower

Tanpa Nama berkata...

BAGI PA MANGKOK YANG GILA JADI AHLI POLITIK TAIK KUCING TINGKAT KEJA ANDA DARI DUK MEMBEBEL PASAL PRU ATAU POLITIK.PA NI SELALUNYA KALAU KEJA BANYAK MENGULAR.PEMALAS.

Tanpa Nama berkata...

APALAH KORANG NI TAK ABIS2 PASAL GAJI GAJI GAJI. ADA PIKIR TAK KALO2 NANTI HARGA BARANG MELAMBONG. SIAPA BERANI TURUNKAN HARGA BARANG.CONTOH HARGA AYAM SEKARANG NI +-RM7.00/KG. IKAN KEMBONG +-RM12.00/KG. BERPADA2LAH SIKIT NAK CAKAP PASAL DUIT. YANG UNTUNG NANTI TAUKE JUGAK.TAPI BANYAK2 KERJA GOMEN NI TAK LAWAN KERJA TENTERA LA. LEPAS TU AKU KERJA POLIS. SEKARANG KAT AADK. YANG BANYAK MAKAN NAJIS DADAH NI ORANG MELAYU. DAH TUA NAK MATI PUN ADA PALING RAMAI BUDAK MUDA. MASA DEPAN KITA CAMNE. BUKAN SENANG NAK PULIHKAN ORANG DADAH NI KALAU DAH TEGAR. DIA ORANG SANGGUP MATI ATAU BUNUH ORANG UNTUK DAPAT DADAH.KALO TAK DAPAT DADAH LEBIH TERUK DARI ORANG GILA.JIJIK.MARI KITA RAMAI2 BANTERAS DADAH MACAM KITA BENCI DENGGI.KALO DIBIARKAN APA JADI GENERASI KITA AKAN DATANG. SIAPA PERINTAH SIAPA. PIKIR2KAN LAH YE..!

Tanpa Nama berkata...

elaun cola dah naik.. Elaun wilayah bila lagi? Dahlh kami di sabah & sarawak tiada elaun cola. Nampak sgt tidak adil serta diskriminasi di sini..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Apahal PM nak kutuk2 PM aku akan datang nie (DSAI) ... lantak DSAI lah nak cakap apa ?? gua tetap sayang DSAI wlpn gua keje Gov...dulu masa dia menteri leh kongsi lif dengan penjawat awam..skrg hampeh,menteri satu lif berasingan..dulu time zohor masa dikemterian pelajaran dia bagi kuliah zohor dan jadi imam...mana ada menteri yg buat mcm tu sekarang ??

Jumaat, Mac 09, 2012 10:58:00 PM

Tu dulu...skang dia bg kuliah kt dlm hotel pakai tuala! kah kah kah... spesis mcm ni nak jd PM??? HANYA YANG BAHLOL SAJA SOKONG ANAK HARAM DSAI....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Cuepacs... hampir 50% dari tuntutan kenaikkan gaji RM700 - RM2000 berjaya! Tahniah jugak kpd PM kerana gagalkan usaha PTD2 haram jadah yg tamak haloba!!!

Tanpa Nama berkata...

Tu dulu...skang dia bg kuliah kt dlm hotel pakai tuala! kah kah kah... spesis mcm ni nak jd PM??? HANYA YANG BAHLOL SAJA SOKONG ANAK HARAM DSAI...

Suke hati je ckp Orang len anak haram..awk tue anak halal ke..ntah2 diri sdiri cm2..ish..klu sokong PM pon gune la akal bile bckp..jgn jd bodoh sombong..i2 pesan PM kite..

Tanpa Nama berkata...

sabah sawawak bila dapat cola untuk beli cocacola?

Tanpa Nama berkata...

KUMPULAN PREMIER - KAMI AKAN SAMAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR - 10 MAC. Kumpulan Premier dalam jawatan kerajaan bercadang untuk menyaman kerajaan kerana telah membatalkan perjanjian SBPA yang telah di tandatangani oleh mereka. Mereka menuntut hak mereka diberikan dan setidak-tidaknya ganjaran setimpal perlu diganti kerana pemansuhan SBPA telah banyak memberi kesan kepada pengurusan kewangan masing-masing.
Menjawab pertanyaan yang dikemukakan, seorang Premier berkata kumpulan itu wajar terima gantirugi atas pembatalan kontrak itu.

-BERNAMA

------------------------

Saya pun nak SAMAN la.. UNTUNG-UNTUNG dapat 100 Ribu ke..terus angkat kereta baru..

Tanpa Nama berkata...

sungguh pelik bagi semua gred kenaikan 13% yang sama...kalau semua tetap bagi kenaikan rm300 ok gak....bayangkan yang gaji seribu akan dapat dapat kenaikan cuma rm130....bayangkan pulak yang gaji rm4000 akan dapat kenaikan rm520....ini memang tidak adil...yang kaya makin kaya...yang miskin makin miskin...kan adil kalau semua dapat rm300 kenaikan tidak kira gred....
macam ni lingkup la kerajaan sekarang...

Tanpa Nama berkata...

haji najis nak defend kenajisan dia dengan maki DSAI... bodoh punye haji najis... haji pun jenis palsu@mabduh@bodoh

Tanpa Nama berkata...

tak abis2 gadoh.. berhentilah bukak kedai meniaga, byk sket income.. tak tahu BERSYUKUR ke korang?

Tanpa Nama berkata...

KUMPULAN PELAKSANA NAIK 13%,TAPI AMAUN YANG DIPEROLEHI SEDIKIT DIBANDINGKAN GRED 48,5 54,JUSA DAN TURUS.

Tanpa Nama berkata...

Adalah tidak adil Juruteknik naik gred 27 kerana mereka mempunyai sijil,kami lulusan diploma gred 29,penolong jurutera tiada beza gred 27/29.kalau kerajaan nak kami juga kepada juruteknik gred 27,kami penolong jurutera bertaraf diploma perlu diubah,teruk-teruk kami belajar,kalau ada diantara mereka kata mempunyai diploma,degree,master dan Phd,minta dan pohon jawatan ikut kelulusan bukan taraf jawatan sijil mau taraf diploma,adalah tidak adil.

Tanpa Nama berkata...

elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).????
kenapa sarawak tak dapat..sedangkan kos hidup sarawak pun tinggi...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Adalah tidak adil Juruteknik naik gred 27 kerana mereka mempunyai sijil,kami lulusan diploma gred 29,penolong jurutera tiada beza gred 27/29.kalau kerajaan nak kami juga kepada juruteknik gred 27,kami penolong jurutera bertaraf diploma perlu diubah,teruk-teruk kami belajar,kalau ada diantara mereka kata mempunyai diploma,degree,master dan Phd,minta dan pohon jawatan ikut kelulusan bukan taraf jawatan sijil mau taraf diploma,adalah tidak adil.

Sabtu, Mac 10, 2012 6:57:00 PM
___________________________________


Bro, Geng Penolong Jurutera, Penolong Akitek, Penolong Juruukur dan sewaktu dengannya tak kisah pun...

Jangan jadi batu api bro,,,

Kita patut sokong member sekutu dan membantu kumpulan lain kearah dan matlamat yang sama...

Beri idea yang bernas dan jangan melalak tak tentu pasal...

Tanpa Nama berkata...

PM dan pun bentangkan dlm belanjawan negara dan dah diluluskan pun. Maknanya kerajaan ada duit. Kalaupun dibatalkan sbpa dan kembali semula pd ssm, jadual gaji yd dicadangkan dlm sbpa haruslah dimasukkan dlm ssm sebab PM dan janji. Jgn la nak mungkir janji pulak.

Tanpa Nama berkata...

harap kenaikan gaji tahunan SSM baru sama dengan SBPA...bimbang lagi sedikit pergerakan gaji tahuanan....ada dengar ura2 kenaikan tahunan SSM baru nie lagi sikit dari SBPA yang dimansuhkan...harap diberi perhatian...

cuba renung berkata...

aiii
kenapa diam ni?
Bising la lagi....

Tak reti-reti....
Lagi banyak cakap, lagi tak menjadi

banyakkan tindakan, kurangkan rungutan

kualiti tinggi, gaji pun boleh dikaji.
Ni asyik dok memekak jeee
Gaji nak gred A, Kerja gred E. Dah la kelulusan pun nasib baik ada sijil, mujur la dapat kerja, ada gak gaji... masih tak nak bersyukur
Cermin la sikit...

Orang yang berilmu diberi kelebihan beberapa darjat...

orang tak berilmu kan jadi kuli sampai ke mati...

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA KERAJAAN (JPA) AGAR LIHAT DALAM SISTEM HRMIS, MANA2 KAKITANGAN PENGURUSAN &PROFESIONAL MELEBIHI 10 TAHUN KE ATAS YANG TIDAK NAIK GRED (TERTINGGAL/SENGAJA DITINGGALKAN), DINAIKKAN SECARA TIME BASED SEPERTI GURU DAN PTD.

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA KERAJAAN (JPA) AGAR LIHAT DALAM SISTEM HRMIS, MANA2 KAKITANGAN PENGURUSAN &PROFESIONAL MELEBIHI 10 TAHUN KE ATAS YANG TIDAK NAIK GRED (TERTINGGAL/SENGAJA DITINGGALKAN), DINAIKKAN SECARA TIME BASED SEPERTI GURU DAN PTD.

Tanpa Nama berkata...

PUZ sasar kutip RM60 juta
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Mac 2012
KEPALA BATAS - Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang yakin kesedaran orang ramai membayar zakat akan berjaya meningkatkan jumlah kutipan dari RM50 juta kepada RM60 untuk tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah PUZ Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man berkata, tahun lalu pihaknya mencatatkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM59 juta berbanding tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan hampir RM10 juta perolehan.

“Tahun ini sasaran awal kami adalah RM60 juta dan tidak menolak kemungkinan jumlahnya jauh lebih tinggi kerana kita turut melaksanakan pelbagai promosi menggalakkan orang ramai membayar zakat.

“Dari segi jumlah pembayar zakat, seramai 52,000 penduduk negeri ini berbuat demikian dan pihak kita turut mensasarkan akan lebih ramai individu tampil memenuhi tanggungjawab mereka menjelaskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis penyerahan bantuan rumah PUZ kepada seorang penduduk di Kampung Air Melintas Kecil di sini semalam.

Pada majlis itu, Saadiah Abd Hamid, 60, menerima kunci rumah daripada PUZ Pulau Pinang yang membina rumahnya yang rosak dan usang.

Rumah teres dua bilik berharga RM27,000 itu dibina sejak akhir tahun lalu dan siap diduduki sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Saadiah hidup dalam keadaan tidak selesa bersama anak lelakinya Mohd Fahmi Khalid, 32, selepas rumah lama miliknya yang dibina di atas tanah orang lain di kampung itu rosak.

Selepas tidak diberi kebenaran oleh pemilik tanah untuk membaiki rumahnya, Saadiah memohon peruntukan melalui PUZ dan diberi kelulusan untuk membina sebuah rumah baru menggantikan rumah lamanya.

Mohd Salleh berkata, PUZ Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5.7 juta bagi melaksanakan pembinaan rumah golongan asnaf sejak 2006 sehingga tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu sebanyak 211 rumah telah berjaya dibina merangkumi 24 buah rumah baru di Butterworth, Kepala Batas (60), Seberang Perai Tengah (SPT) (53), Seberang Perai Selatan (SPS) (50), Barat Daya (23) dan Timur Laut (satu).

“Manakala untuk kerja baik pulih rumah bagi tempoh sama sebanyak 112 buah rumah penduduk berjaya dibaik pulih melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

1)JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG BELUM SIAP,TOL JAMBATAN DIUMUM RM7/=,DIBAWAH TANGGUNGJAWAB/KUASA SIAPA PUSAT ATAU KERAJAAN PULAU PINANG,SIAPA BOLEH BAGI JAWAPAN?
KUASA PUSAT.

2)BARANG NAIK TANGGUNGJAWAB SIAPA?

3)TOL SG NYIOR TANGGUNGJAWAB SIAPA?

4)SBPA BATAL KUASA SIAPA DIGANTIKAN DENGAN SSM SEMULA?

5)ZAMAN SIAPA RAKYAT HIDUP SELESA TANPA BARANG NAIK SEHINGGA MALAYSIA MAJU HINGGA KINI.

Tanpa Nama berkata...

PKR mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan hari ini.

"Namun, pembatalan ini jelas menunjukkan kegagalan berterusan Kerajaan Umno-BN dalam mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar yang begitu penting sebegini," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar (gambar).


Katanya, kegagalan Kerajaan Umno BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah.

Ini, ujarnya berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.

"Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya ‘sudah terhantuk baru terngadah’ diambil oleh Perdana Menteri hari ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan.

Secara tuntas, beliau menggariskan prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan yang prihatin terhadap nasib pekerja.

Katanya, SSM yang lebih adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan.

"Kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji 'sara hidup' (living wage), dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012," katanya lagi.


Tambahnya, SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam.

Di samping itu, ujarnya SSM yang lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.


"SSM yang mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan di dalam kerajaan," katanya.

Beliau menambah, SSM akan disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun; semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.


Akhir sekali, katanya PKR meletakkan keyakinan bertunjangkan perkhidmatan awam sebagai penggerak pembangunan negara yang terutama, dan mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mengenepikan suara mereka.
template joomla

Tanpa Nama berkata...

UALA LUMPUR, 10 Mac: Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr. Abdul Aziz Bari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan kepada rakyat berapa jumlah wang yang telah dibazirkan kerajaan untuk skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Tindakan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak hanya terhenti sekatan itu sahaja tetapi ia perlu didedahkan juga berapa kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi urusan tersebut.

“Najib tidak boleh berdiam diri selepas pemansuhan tetapi beliau perlu dedahkan segala kerugian akibat pemansuhan tersebut,” katanya kepada harakahdaily.

Tambahnya lagi, Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas pembaziran yang berlaku sebelum SBPA dimansuhkan.

Menurutnya lagi, beliau pasti kos yang dikeluarkan bagi kajian SBPA itu adalah satu jumlah yang besar kerana ia melibatkan satu sektor yang besar.

“Saya yakin kerajaan telah mengeluarkan kos yang besar untuk kajian SBPA ini kerana ia semestinya meliputi kajian disemua peringkat dasar serta perlaksanaan.

“Kakitangan yang digunakan juga merupakan satu jumlah yang ramai, semua ini melibatkan kos,” tegasnya

Abdul Aziz berkata, rakyat berhak mendesak Najib menyenaraikan segala kos yang dikeluarkan bagi SBPA kerana itu adalah duit rakyat, malah jika tiada desakan dilakukan kerajaan akan mudah melakukan pembaziran wang rakyat.

Beliau juga mencadangkan pihak audit memainkan peranan bagi menilai kerugian yang berlaku.

“Kita tidak mahu amalan umum dan batal ini menjadi kegemaran kerajaan di bawah Najib, kerana tindakan tersebut menyebabkan pembaziran berlaku.

“Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam soal ini, bukannya lepas tangan malah pihak audit perlu pastikan serta bertindak atas kerugian disebabkan kegagalan Najib memastikan SBPA ini benar-benar berkesan sebelum membuat pengumuman perlaksanaan pada tahun lepas,” sambung beliau lagi.

Jelas Abdul Aziz lagi, ini adalah gambaran jelas dalam kegagalan Najib mentadbir kerajaan yang mana setiap tindakan yang diumumkan hanyalah untuk menunjukkan kehebatannya tetapi sebaliknya adalah kegagalan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Adalah tidak adil Juruteknik naik gred 27 kerana mereka mempunyai sijil,kami lulusan diploma gred 29,penolong jurutera tiada beza gred 27/29.kalau kerajaan nak kami juga kepada juruteknik gred 27,kami penolong jurutera bertaraf diploma perlu diubah,teruk-teruk kami belajar,kalau ada diantara mereka kata mempunyai diploma,degree,master dan Phd,minta dan pohon jawatan ikut kelulusan bukan taraf jawatan sijil mau taraf diploma,adalah tidak adil.

Sabtu, Mac 10, 2012 6:57:00 PM
___________________________________


Bro, Geng Penolong Jurutera, Penolong Akitek, Penolong Juruukur dan sewaktu dengannya tak kisah pun...

Jangan jadi batu api bro,,,

Kita patut sokong member sekutu dan membantu kumpulan lain kearah dan matlamat yang sama...

Beri idea yang bernas dan jangan melalak tak tentu pasal...

Sabtu, Mac 10, 2012 9:36:00 PM

------------------------------

Saya faham saya dulu J17 juga melalak macam dok ada sekarang, tapi dengan kelulusan lebih tinggi yg saya ada saya mintak jawatan lebih tinggi.

Dulu-dulu JPA menganggap Sijil Poli setara STPM sebab masa tu ada satu dua poli keluarkan Diploma, sesuai lah dengan zaman tu, rasa aku JPA patut mengiktiraf Sijil Poli dari Sistem Penggal(keluaran sebelum tahun 1990) bukanya Sistem Semesta sekarang kerana dulu sijil 2 tahun 6 bulan sekarang 2 tahun sahaja.

Apa pun memang tak adil untuk lantikan Diploma, sepatutnya JPA wujudkan gred khas sijil poli macam jururawat desa bermula dari gred 19, tapi saya faham ramai j17 inginkan bukan setakat gaji lebih dari kerani tapi mereka ingin tergolong dari pegawai kumpulan B.

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu JPA menganggap Sijil Poli setara STPM sebab masa tu ada satu dua poli keluarkan Diploma, sesuai lah dengan zaman tu, rasa aku JPA patut mengiktiraf Sijil Poli dari Sistem Penggal(keluaran sebelum tahun 1990) bukanya Sistem Semesta sekarang kerana dulu sijil 2 tahun 6 bulan sekarang 2 tahun sahaja.

Aku setuju kalau spt diatas keluaran sijil sistem penggal keluaran sebelum 1990 di upgredkan kerana masa nya 2 tahun 6 bulan pengajian.

Tanpa Nama berkata...

asa terbaik bubar Parlimen
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2012/03/11

Sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN kian melonjak

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan

Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengambil tempat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program transformasi. Sehubungan itu beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk mengadakan PRU-13 penghujung Mei atau awal Jun depan dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk keselesaan petugas pilihan raya membuat persiapan di sekolah yang dijadikan pusat mengundi.

Penganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.

Beliau berkata, dengan peningkatan sokongan rakyat sehingga 69 peratus berikutan pelbagai insentif dan penambahbaikan dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, tidak mustahil tarikh ‘keramat’ itu akan umum dalam masa terdekat.

“Jika tidak dilaksanakan, dikhuatiri momentum yang sedang memuncak itu akan kembali ‘suam’, sekali gus mendatangkan risiko kepada pentadbiran Najib pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kajian mendapati Perdana Menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat per lima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula yakin sokongan terhadap Najib akan terus meningkat apabila penjawat awam mula merasai faedah daripada penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri tidak seharus menunggu lebih lama untuk merasai peningkatan sokongan yang lebih tinggi kerana ia akan mendedahkan kerajaan kepada risiko.

“Dalam konteks politik Malaysia, bukannya ideologi parti yang penting tetapi parti mana yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dalam bentuk praktikal dan mampu dirasai dalam masa terdekat,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHA, BERANGAN NAK NAIK GAJI TINGGI2 SAMPAI NAK BATALKAN SBPA...APA JADIK?...LA NIE KORANG NAIK GAJI 100++, AKU NAIK GAJI 500++...BODOH PUNYA PA...ELOK SBPA TU GAJI MATINYA TINGGI KORANG TAK SUKA...AMIK LA GAJI SSM....NAK BELAGAK PANDAI...PMR PUN TAK LEPAS...KESIAN PAK OMAR...BERPELUH-PELUH...

Tanpa Nama berkata...

redisalHAHAHAHAHA, BERANGAN NAK NAIK GAJI TINGGI2 SAMPAI NAK BATALKAN SBPA...APA JADIK?...LA NIE KORANG NAIK GAJI 100++, AKU NAIK GAJI 500++...BODOH PUNYA PA...ELOK SBPA TU GAJI MATINYA TINGGI KORANG TAK SUKA...AMIK LA GAJI SSM....NAK BELAGAK PANDAI...PMR PUN TAK LEPAS...KESIAN PAK OMAR...BERPELUH-PELUH...

Penegak SSM berkata...

Maafkanlah saya yang mencelahBaru-baru ini saya terbaca idea dan sasaran baru Datuk Omar,Mahu menaikkan taraf Gredvteknikal iaitu..golongan J dan G..bagus tu sebab diaorang berkelayakkan untuk berpindah ke gred 27.maaf yer rata-rata yang memberi komen juga mahukan hak masing-masing didalam ini.saya sebagai insan yang selalu bergaul dengan semua golongan dan tahu selok belok sebenar kehendak PA semasa SBPA ditangguhkan sehingga lah dibatalkan...Pihak tuan benar dengan cadangan itu TETAPI kena pikirkan hak gred lain seperti FT ,NT yang juga mempunyai kelayakkan yang sama..bagi saya J,FT,NT adalah setaraf. Ini benar kalau diselidik dan dikaji.Ia tidak bergantung dengan pemohonan yang lama ataupun dinaiktarafkan didalam SBPA.sekiranya Datuk menjadi guru(PRESIDEN CUEPACS),pelajar(SEMUA PA) mengambil Exam disekolah,Tiba-tiba pelajar(PA) merungut soalan(ISI KANDUNGAN SBPA) yang diberi tidak relevan,susah dan sebaginya.Tetapi ujian tersebut(SBPA) telah dijalankan dan telah mendapat markah(SBPA).dua orang pelajar(GOLONGAN pa TERSEBUT) lepas exam tu dan yang lain kandas.kemudian dikaji semula akibat rungutan...dan akhirnya dibatalkan markah bagi SEMUA pelajar tersebut(SBPA DIBATALKAN 8HB MAC 2012).Bolehkah Datuk membawa pelajar yang telah mendapat markah penuh tadi agar xpayah menghadapi ujian sedangkan pelajar2(GOLONGAN PA LAIN) lain kena menjawab soalan LAIN akibat dibatalkan ujian(SBPA DIBATALKAN) sebelom ini.jawapan datuk sebab pelajar(GOLONGAN YANG DATUK CADANGKAN) ini telah lepas exam sebelum ini.TETAPI Pengetua(PM) telah membatalkan semua Markah ujian tersebut(KEPUTUSAN SBPA) .tidak adil bagi pelajar(PA) lain datuk yang kena berusaha semula untuk menjawab.sedangkan semua pelajar2(PA) ini sama sahaja levelnya(17-memiliki sijil Politeknik) cuma berlainan kelas(GRED).Saya setuju golongan J dan G dinaikkan sebab saya selalu berhubung dengan J..(G tidakla)..tetapi saya juga berhubung dengan FT sama sahaja diaorang dari bidang teknikal.termasuk juga NT juga mempunyai kelayakkan yang sama dan lain-lain yang berkaitan.
CADANGAN SAYA:Memohon pihak Datuk Omar jangan mengucar kacirkan nama cuepacs sebagai pembela nasib Penjawat Awam,mesti mengadili bukan memberi perhatian.Bukan berperingkat tetapi saksama demi maruah Cuepacs,sekiranya bertindak tanpa memikirkan apa yang terjadi kedepan..Susah dan merumitkan.Jaga nama baik serta mesti ada strategi.jangan terlalu paham sehingga tersilap.Begini cadangan saya yang memahami pihak dan gred-gred ini,BAGI SEMUA YANG MEMILIKI SIJIL POLITEKNIK @YANG SETARAF DAN PALING PENTING MESTI BERKAITAN! DIPERTIMBANGKAN UNTUK KE GRED 27 ITU PASTI TIADA PILIH KASIH ATAU SEBALIKNYA.SEBAB PENJAWAT AWAM SEDAR DATUK DARI GRED J DAN PERTANIAN.MAAFKAN SAYA SILAP TETAPI DEMI MARUAH PA SERTA NAMA BAIK CUEPACS SAYA HARUS BERSUARA...TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

Macamana mau kira penyelarasan gaji ?

Tanpa Nama berkata...

K/tangan kerajaan sebahagiannya pemikiran kelas 3!....nasib2. Kalo anak2 baca sebahagian komen dlm ni..mau depa geleng kepala. Berlakon tunjuk baik, tapi sebenarnya hati BUSUK.